"MAKE peace with your past, so it won't shambles your present."
Sekarang, Althaf faham kenapa Zayn berulang kali memberi nasihat yang sama kepadanya dulu. Menyesalnya dia sebab tak dengar pesanan lelaki itu dari awal!
Selepas otaknya dibasuh dengan mummy semalam, terus dia buat keputusan untuk bertemu dengan pakar psikiatri hari ini. Tidak mahu ada penyesalan buat kali kedua. Dia nekad!
Dia mahu dirinya dirawat dahulu. Selepas dia sepenuhnya sembuh, Wafa orang pertama yang dia akan cari nanti.
Tunggu abang tau, Wafa.
Setelah mengumpul segala keberanian yang ada, tangan perlahan-lahan diangkat sebelum dia mengetuk pintu di hadapannya itu.
"Masuk!" laung satu suara yang berada di dalam.
Althaf tiba-tiba jadi gementar. Dikuasai ketakutan, tubuhnya automatik berpusing ke belakang. Baru dia ingin buka langkah, figura mummy yang sedang berpeluk tubuh menghiasi pandangannya. Wajah wanita itu tegang dan serius. Mengecil dia dibuatnya!
"Pergi. Masuk. Sekarang." Satu per satu Puan Lisa berkata. Tegas dengan pendiriannya untuk melihat Althaf pergi konsultasi dengan pakar psikiatri.
Jika bukan disebabkan Zayn yang menelefon dan memberitahu dia tentang arwah Tya semalam, mungkin sampai ke hembusan nafasnya yang terakhir pun dia tak tahu yang Althaf masih dihantui kejadian lalu. Althaf dan Zayn itu sama saja, suka berahsia!
Namun, salah dia juga sebenarnya. Dia ingatkan Althaf dah lupakan semuanya. Dia ingatkan Althaf baik-baik saja. Teruknya dia sebagai ibu, anaknya sedang menderita pun dia tidak tahu.
Althaf perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. Tubuh dipusing menghadap pintu semula. Tangan memulas tombol pintu sebelum dia menolaknya ke dalam.
"Mr. Althaf Zaiden?"
"Yes, I am." Althaf hulurkan sebuah senyuman buat doktor itu. Terketar-ketar setiap langkahnya yang mahu mendekat.
"You finally come, Mr. Althaf. Your friend, Zayn, keep calling me to make sure if you come to our first consultation or not." Doktor itu tersenyum lega.
Kening Althaf berkerut-kerut. Zayn? Jangan kata yang lelaki itulah menjadi penyebab dia kena basuh dengan mummy semalam?
DENGAR saja pintu terbuka, Puan Lisa bangun dari tempat duduknya. "How's the consultation going? You okay?"
"Althaf okey la, mummy. Tapi kenapa mummy tunggu Althaf ni? Kenapa tak balik dulu?" Risau nada Althaf. Konsultasinya bukannya ambil masa puluhan minit, tapi berjam-jam. Wanita itu dah la ada masalah tulang belakang. Haih.
"Mummy takut Althaf lari lagi. Macam dua tahun lepas." Puan Lisa merangkul mesra lengan anaknya sebelum mereka sama-sama bergerak keluar dari klinik itu.
"I'm not going to run anymore, mummy. I have a heart to protect. I have a woman to love. And I don't want her to see me like this again, mummy. Althaf nak sembuh dari semua ini, Althaf tak mahu lukakan Wafa lagi. Althaf tak mahu dia menangis disebabkan Althaf lagi." Sebak Althaf rasa ketika meluahkannya.
"It's okay, son. Althaf dah buat keputusan yang bijak untuk datang ke sini. Insha Allah, suatu hari nanti Althaf akan sembuh dan Althaf tak perlu lalui semua ini lagi." Puan Lisa turut sebak mendengar luahan anaknya. Pertama kali Althaf bersikap terbuka dengannya.
"Althaf pergilah jumpa Wafa dulu, beritahu dia semuanya. Kesian dekat Wafa kalau Althaf terus berahsia macamni," nasihat Puan Lisa. Tahu yang Wafa masih lagi clueless tentang apa yang dialami anaknya itu.
"Tapi Althaf nak tunggu diri Althaf betul-betul sihat dulu, mummy. Althaf tak nak berhadapan dengan dia dengan kondisi yang macamni lagi. Itu akan membuatkan dia lebih terluka. Sebab Althaf tak akan mampu buka mulut untuk bercerita fasal arwah Tya selagi Althaf tak sembuh sepenuhnya."
"Wafa mahukan penjelasan, mummy. Tapi, macam mana Althaf nak jelaskan kalau Althaf masih sakit?" Lemah suara Althaf.
Serabut sungguh kepalanya setiap kali memikirkan keadaan Wafa. Jujur, dia juga mahu cerita tanpa tertinggal satu pun kepada isterinya itu, tapi nak buat macam mana kalau dia dah tak mampu?
MELIHAT Instagram story yang dimuatnaik Wafa beberapa minit yang lalu, Althaf tersenyum lebar. Wajah isterinya dielus-elus melalui skrin telefon pintarnya itu. Rindunya! Tak sampai seminggu lagi tapi dada dia dah rasa macam nak pecah kerana terlalu rindukan Wafa! Agak-agaknya, Wafa rindukan dia tak? Macam mana kalau Wafa dah terlalu bencikan dia sekarang?
"Parah dah kau ni, Thaf." Aryan yang sedang memandu itu gelengkan kepala.
"Diamlah." Althaf menjeling. Terus skrin telefonnya digelapkan.
"Nak suruh aku hantar kau dekat airport tak?"
"Tak payahlah!"
"Macam mana kalau Wafa semakin benci dekat kau bila kau menjauh dari dia berbulan-bulan?"
Althaf hanya mampu membisukan diri. Tak tahu nak jawab macam mana soalan abangnya itu. Risau juga dia kalau apa yang dikatakan Aryan itu benar-benar terjadi.
"Bukankah Wafa sepatutnya tahu tentang keadaan kau? She's your wife. Bayangkan betapa kecewanya dia bila dia tahu suami dia menderita seorang diri. Aku tahu kau tak boleh buka mulut tentang arwah Tya depan dia, tapi dia tetap layak untuk tahu kenapa kau menjauh dari dia. Dia juga layak untuk tahu tentang penyakit kau tu," tegas Aryan. Dia pula yang risau dengan hubungan pasangan itu.
Nak sokong Althaf, tapi Althaf bersalah. Nak sokong Wafa, tapi Wafa juga bersalah. Seorang suka memendam. Seorang lagi melulu. Bila disatukan, beginilah kejadiannya!
"Sekurang-kurangnya enam bulan untuk kau sembuh sepenuhnya, Althaf. Dan dalam jangka masa enam bulan tu, mungkin Wafa bukan setakat marah dan benci, tapi dah boleh jadi dendam, tahu? Cuba kau bayangkan Wafa tinggalkan kau selama enam bulan tanpa alasan, apa kau rasa?" Pabila Althaf kekal mengunci mulut, Aryan meyambung lagi. Serius dia tak boleh nak faham dengan pemikiran adiknya itu! Ke, efek dari penyakit yang dialami Althaf tiba-tiba jadi bengap macamni?
"How am I supposed to face her? Aku buat dia menangis, Aryan. Aku bukan suami yang baik. Macam mana kalau aku pergi jumpa dia dengan keadaan yang macamni, dan aku buat dia menangis lagi?" Althaf akhirnya bersuara.
"Pergi Malaysia. Jumpa dengan dia. Melutut depan dia. Terangkan kenapa kau kena menjauh daripada dia. Dan lepastu, baru aku izinkan kau jejak kaki dalam rumah mummy." Sebaik tiba di depan lapangan terbang, Aryan berhentikan kereta. Tali pinggang keledarnya ditanggalkan sebelum dia meluru ke bonet kereta. Bagasi Althaf yang mummy sediakan itu dikeluarkan.
"Aryan! Kau gila, ke?" Terjojol keluar biji mata Althaf melihat bagasi dan Aryan silih berganti. Ketika mana pula Aryan berkesempatan untuk mengemas barang-barangnya ini?
Aryan buat tidak dengar sebelum cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam kereta dan menguncinya. Tingkap diturunkan sehingga paras matanya. "Jangan balik selagi kau tak berbaik dengan adik ipar aku tu." Dan pedal minyak ditekan sebelum keretanya meluncur jauh dari kawasan lapangan terbang itu.
Althaf mendengus. Tiket yang dilempar Aryan sebelum lelaki itu berlalu tadi dikutipnya apabila angin mula membawa kepingan itu jauh dari pandangannya. Haih!

STAI LEGGENDO
Cinta Sejati
Storie d'amoreIkatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "I already have my own girl to spend my love fo...