"READY?" Althaf menyoal Wafa yang sedang menutup mata dengan kedua-dua belah tangan. Senyuman di bibir Wafa bergantayangan, membuatkan bibir Althaf automatik membentuk senyuman yang sama.
Wafa mengangguk penuh semangat. "Ready!"
Althaf tergelak kecil. Lucu melihat Wafa yang sedang teruja untuk meneroka rumah baru mereka.
Pintu lantas dibuka seluas-luasnya. Bahu Wafa dipaut sebelum dia membantu Wafa melangkah masuk.
"Bukalah mata Wafa."
"Cantiknya!" Terus Wafa melompat teruja apabila dekorasi rumah yang sangat cantik, unik, dan elegan itu menyapa pandangan. Sesuai dengan cita rasa. Leher Althaf dirangkul mesra. Kaki dijinjit sedikit sebelum dia melabuhkan beberapa kucupan di pipi itu. Menzahirkan rasa gembira.
"Wafa ni suka sangat melompat tengah mengandung, kan?" Althaf kedengaran risau. Tubuh Wafa yang masih tidak duduk diam walaupun sudah ditegur itu ditarik masuk ke dalam dakapan. Kejap.
"Wafa lupa." Wafa melepaskan diri dari terus dipeluk sebelum menayangkan sengihnya. Kaki laju melangkah ke setiap pelosok rumah. Memerhati dan memuji kecantikan dan keunikan reka bentuk yang terhasil. Memang dia betul-betul puas hati dengan hasil kerja arkitek yang diupah Althaf.
"Abang ada surprise untuk Wafa."
"Nak tengok surprise abang, cepat!" Terus teralih perhatian Wafa. Tidak sabar mahu menerima kejutan yang Althaf sediakan untuk dia.
"Jom." Althaf lebarkan senyuman sebelum menarik tangan Wafa agar membuntuti langkahnya. Sampai di depan pintu bilik yang masih tertutup, mereka sama-sama berhentikan langkah.
"Surprise!" Laju tangan Althaf memulas tombol pintu sebelum dibuka seluas-luasnya. Menampakkan sebuah ruang yang penuh dengan buku-buku yang kemas disusun di atas rak.
Wafa menekup mulut yang ternganga. Mata sudah berair dek rasa terharu yang membuhul dalam hati. Serius dia tidak sangka kejutan yang Althaf maksudkan berbentuk sebegini.
"Abang...." Setitis air matanya meluncur di pipi.
"We both love books. So I decide to build a mini library for us to read." Althaf menyeka air mata Wafa itu dengan ibu jari. "Berhenti menangis, sayang. You always cry because of me."
"I'm crying because you made my dream come true, abang," ujar Wafa, perlahan. Macam mana la dia tak menangis kalau Althaf selalu buat dia terharu macamni?
"I made your dream come true because you made my dream come true first, darling." Tangan Althaf turun ke perut Wafa. Mengelus lembut kandungan Wafa yang baru mencecah enam minggu itu. "You make me a dad."
"Tapi tanpa abang, Wafa takkan mengandung."
"Tapi tanpa Wafa, abang takkan dapat beri Wafa anak."
Wafa termalu sendiri. Padahal dia yang mulakan dulu!
"Tepilah, Wafa nak tengok buku-buku ni." Menutup malu, tubuh Althaf yang berdiri di depan rak itu ditolak perlahan. Bola mata bergerak-gerak melihat barisan buku yang penuh di atas rak. Tiada langsung rongga yang mencacatkan pandangan.
Mata Wafa tertancap pada novel yang pernah dihadiahkan Althaf kepadanya dulu. Aiyan dan Aiyani! Namun, buku itu terletak di aras yang tinggi, membuatkan dia yang sememangnya pendek ini terjinjit-jinjit untuk mencapai.
Bibir Althaf sudah menyengih sinis. Perlahan-lahan dia marakan langkah. Sehingga tiba di belakang Wafa, dia panjangkan tangan lalu buku yang cuba diraih Wafa diambil.
"Thank you, abang." Wafa tersenyum. Buku yang berada di genggaman Althaf ditarik. Namun, Althaf ketatkan pegangan sehingga tubuh dia yang terdorong ke depan. Tidak fasal-fasal dada Althaf mendapat ciuman percuma.
"Remember our first met?" Althaf tiba-tiba bertanya.
Wafa mengangguk laju. "Mestilah Wafa ingat." Tanpa momen itu, mungkin kisah dia dan Althaf tidak akan bermula. Mungkin mereka akan terus menjadi orang asing sampai ke tua.
"Kalau dulu, Wafa cakap thank you abang tak layan." Memori itu diungkit kembali. Masih jelas di ingatan Althaf betapa dinginnya layanan dia terhadap Wafa.
"Sekarang?"
"Sekarang abang tak nak dengar Wafa cakap thank you aje. Abang nak Wafa hadiahkan ciuman paling manis dekat sini." Althaf suakan pipinya sambil tersenyum miang.
"Tak nak la." Wafa palingkan muka. Sengaja!
"Kenapa?" Althaf sudah cemberut.
"Dulu abang sombong dengan Wafa. Sekarang, Wafa pula yang nak sombong dengan abang." Wafa memeluk tubuh. Wajah ditayang angkuh.
"No. No. Tak boleh." Laju tangan Althaf menekup wajah Wafa agar menghadap dia semula. Hujung bibir Wafa ditarik ke atas agar membentukkan senyuman khas untuk dia.
Wafa menepis tangan Althaf yang bermain-main di bibir itu. "Kenapa tak boleh pula?" soalnya.
"Mana boleh sombong sengan suami. Wafa kena bahagiakan abang. Dan abang akan bahagia kalau Wafa cium abang dekat sini." Althaf tak sudah-sudah lagi dengan hadiah ringkas yang diminta.
"Mengada betul. Padahal dah nak jadi bapak!" Akhirnya, terlabuh juga kucupan Wafa di pipi Althaf. Tersenyum kemenangan Althaf dibuatnya.
"Sebelum jadi bapak, kenalah mengada dengan isteri puas-puas. Nanti dah ada anak, dah tak ada masa nak bermanja." Novel yang diambil tadi Althaf hulurkan kepada Wafa.
Tidak sampai sesaat Wafa menyambut huluran, terus disimpan semula novel itu ke atas rak. "Abang pandai menari tak?" soalnya, tiba-tiba.
"Mestilah tak. Abang tak ada masa nak belajar semua itu."
"Okey, jom Wafa ajarkan." Wafa lingkarkan lengan ke leher Althaf. Kemudian, tangan kiri Althaf digenggam sebelum diangkat sehingga ke paras bahunya. "Put your other hand on my waist," arahnya.
Althaf patuh. "Kenapa tiba-tiba ajak abang menari ni, sayang?" Dia cuba mengikut rentak kaki Wafa yang mula bergerak dalam pusingan.
"Wafa cuma sengaja nak ajak abang menari. I have always been dreaming to slow dance with my husband." Wafa nyatakan imaginasinya.
"Kenapa Wafa tak cakap awal-awal. Patutnya abang pergi daftar kelas menari dulu sebelum menari dengan Wafa." Althaf berseloroh.
Wafa gulingkan mata ke atas. "Over sangatlah, abang."
Althaf cuma tergelak. Kemudian, wajah Wafa yang sangat rapat dengannya itu diteliti. Dalam tatapannya sehingga memunculkan tompokan merah jambu di kedua-dua belah pipi Wafa. "Have I said that I love you before?"
"You always said that, abang. Every night and every morning, you never skip those routines."
"Wafa rimas tak abang cakap macamtu hari-hari?" soal Althaf, tiba-tiba. Manalah tahu kalau Wafa betul-betul rimas dengannya.
"Rimas apanya? Suka adalah. Rasa dihargai. Rasa macam Wafa la perempuan paling bertuah dalam dunia ni." Bangga Wafa berkata. Mana ada isteri yang tak suka apabila hari-hari suami menyatakan cinta.
Althaf tersenyum lebar. "I love you, Wafa." Bibir Wafa dikucup sekilas.
Wafa turut tersenyum. "I love you too, abang."

KAMU SEDANG MEMBACA
Cinta Sejati
RomansaIkatan perkahwinan yang terjalin tanpa merantaikan cinta, tidak mudah bagi pasangan itu hendak mengekalkan kekukuhan rumah tangga. Lagi-lagi apabila sebelah pihak masih tidak sudah dengan masa lalunya. "I already have my own girl to spend my love fo...