2️⃣

66 0 0
                                    

"Dah 3 hari dia terlantar . Bila agaknya Dara akan sedar bang?" soal Puan Seri Salmah yang sedang mengelap tubuh Dara .

"Entahlah ,Mah . Awak doa banyak banyak minta Allah swt beri kesembuhan . Awak ibu dia doa awak jauh dimakbulkan dari orang lain ." pujuk Tan Sri Baharom memegang bahu mak Dara dari belakang .

Selama 3hari Dara terlantar tak ada satu hari pun yang Tuah tak jenguk . Setiap kali habis kerja ke sini lah tempat dia . Sungguh dia berasa kesal dengan apa yang berlaku .

Yang membuatkan dia bertambah kesal apabila mengetahui yang Dara sedang mengandungkan anaknya . Usia kandungan Dara sudah pun 12minggu .

"Assalamualaikum ." pintu ward dikuak . Tuah memberi salam .

"Waalaikumsalam , Tuah kamu okay ke?' sapa Bapa Dara sambil bersalaman dengan Tuah.

"Alhamdulillah macam ni jela . " Tangan Tuah bersalaman dengan Mak Dara namun belum sempat dia mencium tangan tua itu sudah ditarik .

"Buat apa dekat sini?" soal mak Dara tegang .

"Mah, dia nak tengok isteri dia takkan tengok awak pulak" Tan Sri Baharom menggelengkan kepala .

Isterinya begitu marah dengan kejadian yang menimpa anaknya . Dia betul betul marah akan Tuah . Walaupun dia belum tahu punca sebenar kejadian itu berlaku namun sifat keibuan dia yakin Dara ada masalah .

"Lah ni isteri dia ke? Maaflah lupa anak saya ada suami . Iyalah pelik juga macam mana suami anak saya boleh biarkan keadaan seperti ini berlaku ." sinis Puan Seri Salmah berkata . Wajah Tuah langsung tak ingin dipandang .

"Mah , sudahlah ! Allah swt uji seseorang yang mampu menanganinya . Percayalah Dara kuat!" Tan Sri Baharom merapati isterinya . Dia menggosok belakang isterinya .

"Mana awak tau yang Dara kuat?!" nada isterinya naik seoktaf sekali gus air matanya mengalir laju .

Sungguh dia sakit melihat keadaan anaknya . Tidak makan atau minum . Tidak bercakap apatah lagi bergerak . Macam mayat hidup!

"Bonda..Ayah.." panggil Dara sayu perlahan . Tuah segera merapati katil .

"Sayang! Sayang dah sedar." tangan kiri Dara digenggam erat . Air matanya gugur perlahan .

Tangan kanan Dara digenggam oleh ibunya . Ibunya menggosok tangan anaknya yang tak hangat itu . Air matanya mengalir lagi laju . Tan Sri Baharom menyeka sedikit air mata yang keluar menahan sebak .

"Penat." satu perkataan keluar dari mulut Dara perlahan .

"Kejap Bonda panggil doktor." Puan Seri Salmah segera menghilangkan diri diikuti Suaminya .

"Sayang , Abang nih." tangan kiri Dara dikucup .

Dara menggunakan baki tenaga yang tak banyak mana itu untuk merentap tangannya . Tuah terkejut dek tindakan Dara . Dara membuang pandangan ke arah kanan . Tidak mahu memandang muka Tuah .

"Sayang , tolong jangan buat abang diselubungi rasa bersalah macam ni." pohon Tuah  .

"Bagi abang peluang hargai sayang dan anak kita ." Tuah menambah lagi apabila Dara mendiamkan diri .

Dara berpaling perlahan memandang Tuah . Sebenarnya dia sudah tahu akan kandungan dia seawal 4 minggu lagi tapi sengaja dia rahsiakan memandangkan dia tahu akan hubungan curang Tuah dan Haura .

"Berambus." satu perkataan meluncur keluar dari mulut Dara .

Tuah tergamam . Dia tak menyangka Dara sudah berubah kasar . Rasa kesal terselit rasa hiba .

"Hi Inara!" sapa doktor yang menghampiri katilnya .

"Macam kenal." Dara jawab perlahn, Dara mengecilkan mata cuba cam gerangan.

" Muka hensem cenggini pun boleh lupa ek ." gurau doktor itu mencapai tangan kanan Dara untuk periksa nadi .

"Luth ? Luth Amsyar?" teka Dara . Suaranya masih perlahan . Dia cuba senyum .

"Ye sayang . Luth dah jadi doktor dekat sini . Bonda pun terkejut bila berjumpa kali pertama lepas beberapa tahunenghilang kan diri budak bertuah nih." Sampuk Puan Seri Salmah menepuk bahu doktor muda yamg sedang periksa anaknya .

Entah kenapa rasa sakit hati melihat adegan depan matanya . Padahal cuma prosedur yang biasa dilakukan oleh doktor ke atas pesakitnya . Tuah tahan diri dari cemburu .

"Inara , parents you dah atau nak i beritau ." bisik Luth ditelinga Dara .

Muka Dara kemerahan menahan diri dengan berita gembira itu . Tuah yang perasan senyuman Dara yang terbit itu mula rasa sakit hati .

"Maaf doktor boleh saya tahu aoa yang doktor bisikan dekat isteri saya?" soal Tuah tak puas hati .

Luth dan Dara saling berpandangan sebelum pandangan tuh tertuju ke arah Tuah pula . Dara main mata dengan Luth tanpa hiraukan soalan Tuah tadi .

"Sebenarnya Inara ada good news yang dia simpan . Luth mewakili Inara nak announce yang Nur Dara Inara gonna be a mom soon!" ceria Luth memberitau .

Puan Seri Salmah dan Tan Sri Baharom saling berpandangan lalu berpelukan . Tuah tergamam. Dia dibelakangkan?

Tanpa sengaja Luth mengusap rambut Dara . Dara terkejut begitu juga dengan Tuah . Tuah bangun dari kerusi .

"Sorry, Inara . Im just too excited ." pinta Luth menundukkan kepala .

"Doktor Luth, mari kita berbincang ." Pinta Tuah lalu keluar dari bilik ward yang terasa bahang itu .

Luth keluar meninggalkan yang mana ada . Bonda dan ayah Dara menghampiri Dara lalu memeluknya dengan erat .

"Bonda macam tak percaya my one n only daughter gonna be a mom soon." Bonda mengusap kepala anaknya .

"Ayah tumpang gembira buat kamu dan Tuah . Allah swt makbulkan doa semua ." Ayahnya tersenyum menggengam tangan Dara .

Luth memasukkan tangan didalam poket . Lagaknya yang selamba menaikkan darah Tuah .

" Siapa awak nak mewakilkan isteri saya untuk beritau berita itu?" soal Tuah mengawal nada .

"Dara main mata bagi green light so apa masalahnya?" Luth beriak santai .

"Awak sedar tak yang awak usap tuh kepala isteri orang? dia ada suami dan suami dia ada deoan mata tadi ." Tuah gagal menahan amarah kot putih Luth dicengkam .

"Chill bro , Im just used to it . Terlupa pulak yang cinta hati saya dah kahwin ." Senyuman sinis dihadiahkan buat Tuah .

Bukk!

Satu penumbuk hinggap dipipi kiri Luth . Terteleng sikit kepalanya . Darah tepi bibir dijilatnya . Dia memandang tepat ke anak mata Tuah .

"Aku tak bertuah macam kau dicintai dengan penuh kesetiaan selama 5 tahun . Tapi aku belum tetlambat antara aku dan Inara masih ada harapan . " Luth sengaja mahu menambah api .

"Kau doktor ke orang gila . Cakap pun macam orang tak waras ." Kot putih masih kemas dicengkam Tuah .

"Kau ingat Inara akan stay dengan kau macam drama Setia Hujung Nyawa ke bro? kau kan tak lama lagi nak jadi bapak kepada 2 anak kan macam mana ek nak urus 2 isteri n 2 anak sekali gus?" apa yang barusan dikeluar dari mulut Luth mengejutkan Tuah .

Tuah mengundur beberapa tapak ke balakang . Siapa Luth Amsyar? Macam mana dia boleh tahu semua benda . Luth mencengkam kolar kemeja Tuah .

"Kau belum tentu mampu nak bagi 4 mulut makan . Apa yang kau ada sekarang pun berkat Inara je . Jangan ingat aku tak tau apa apa pasal kau . Lelaki bodoh ." Kepala Tauh ditunjal .

"Leave her alone . Bagi dia bahagia dengan orang lain pulak . " Sedas lagi ayat hangat dari mulut Luth .

"Satu lagi, Aku boleh je nak shoot muka kau kat sini . Tapi kau bukan lawan aku bangsat ." Kolar kemeja dilepaskan dengan kasar .

Luth Amsyar berjalan pergi meninggalkan Tuah ynag masih tergamam . Tuah terduduk . Dia seperti baru kena tamparan hebat dari tangan ghaib .

T.Y.T.T.Where stories live. Discover now