5️⃣

40 0 0
                                    

Dara membantu mengemaskan sampin Tuah. Dia mengambil sampin dari tangan Tuah lalu membantunya .

"Dara ,Abang minta maaf ."  Ujar Tuah perlahan memecah sunyi .

"Aku okay je . Kau usah risau . Kau berdebar tak?" Nada Dara ceria . Tiada lagi saya-awak apatah lagi panggilan khas .

"Cakaplah elok elok dengan abang , sungguh abang rindu." pinta Tuah dengan suaranya yang terketar .

"Ini paling elok dah ni   Hari special kau kot mana boleh aku maki hamun  ." Hujung kata Dara tertawa kecil .

"Aku tamak Tuah , Terima kasih dah jadi suami aku 5Tahun , aku akan failkan cerai lepasni ." Dara memandang tepat anak mata Tuah usai siap membantu memakaikan sampin .

"Awak cakap apa nih ? Kasarnya awak bergurau." Tuah cuba menyedapkan hati .

Dara letak punggung dihujung meja soleknya . Dia berpeluk tubuh memandang suaminya yang sudah bersiap untuk menikah .

" Tak gurau . Aku tamak . Aku tak suka kongsi . Lepas aku fikirkan aku memang tak boleh ." senyuman pahit Dara tayangkan  .

"Jangan risau aku tak campur aduk kerja dan peribadi . Kau dan Haura tetap akan kekal dipejabat tu ." Dara mengangguk perlahan.

"Letak semua barang barang aku , dan tuh beg kau . Aku dh kemaskan itu semua baju yang kau beli sendiri . Luggage besar tuh pulak berisi semua hadiah yang aku pernah bagi kau . Kalau tak nak terima kau jual preloved . Topup duit sikit ." Terang Dara panjang lebar .

"Dara ...Astagfirullahalazim . kenapa sejauh nih kita macam ni ?" Suara Tuah cuba menahan sebak .

"Sejauh mana? tak jauh pun kita dah nak tamat dah . Jalan cerita kita setakat nih je . Antara kau dan aku akan cuma jadi sejarah je . " Suara Dara kedengaran amat tenang .

"Saya tak boleh ceraikan awak .. Dara.. awak kandung anak saya Dara ." Tuah mengusap perut Dara yang sedikit timbul .

"Lepas bersalin nanti boleh jatuhkan talak ." jawab Dara tenang .

Dia sudah tawar hati . Dia akan membesarkan anak ini sendiri . Dia tidak akan menerima Tuah selama lamanya .

"Saya takkan ceraikan awak Dara . Kita akan besarkan  anak kita sama sama ." tegas Tuah .

"Tuah Addiyan , Pergi besarkan anak kau dengan Haura . Aku ada duit , aku stabil insyaallah aku boleh urus sendiri tapi Haura tak . Haura perlukan kau ." pujuk Dara .

Nampaknya Dara betul betul sudah mati rasa . Dia sedikit pun tidak terlihat ingin menangis . Tenang je dari tadi .

"Inara!! " laungan suara yang dikenali dari bawah.

"Coming!" Jawab Dara lalu melihat ke cermin dan mengemaskan tudungnya .

"Itu suara Luth kan?" soal Tuah tak puas hati .

"haah . Jomlah dah lambat ji nanti bini kau majok ." Dara tarik tangan Tuah dibuat macam kawan je .

"Macam mana Luth boleh masuk?" soal Tuah menarik Dara untuk berhenti .

"Aku bagi no pin rumah nih . Lepas ni aku tak duduk sini dah jadi Luth akan jagakan rumah nih ." jawab Dara selamba lalu meneruskan langkah.

"Awak akan ke ma...." Ayat tuah terpotong melihat gerangan Luth didepan mata.

"Aku yang bernikah apahal dia overshadow aku ni!" bentak Tuah dalam hati .

Luth memakai sama warna dengan abaya Dara . Mana adail macam ini . Nak pakai sama warna juga!

"Masyaallah bidadari jatuh dari langit ke ni?" usik Luth mengenyitkan mata .

"Mengada you nih hah . Dah dah jom lambat nih kang majok bini dia ." Dara hadiah ketam dilengan Luth .

Dada Tuah berombak menahan cemburu .

"Dara saya masih suami awak ." tegas Tuah memegang tangan Dara .

"Memanglah dah kau belum ceraikan aku . " Dara menepuk dahi .

"Kau usha apa?" marah Tuah apabila tersedar yang Luth asyik memandang wajah isterinya .

"Inara, bibir you cantik ." spontan terkeluar dari mulut Luth .

Dara tersenyum kekok . Tanpa sedar pipinya membahang . Rona merah mula kelihatan . Tuah yang sedar segera memegang wajah Dara lalu melekapkan bibirnya .

"humpmm.." Dara cuba menolak ciuman Tuah .

Namun Tuah rakus dia tak kisah dengan reaksi Luth . Disedut ,dijilat kasar dan digigit lembut bibir isterinya yang munggil itu .

Luth pedih hati .  Mahu sahaja dia hempuk lelaki didepannya tapi apakan daya dia tiada hak menghalang . Luth berlalu pergi .

Tuah yang sedar akan kehilangan Luth melepaskan Dara . Puas hatinya . Sudah lama dia dan Dara tidak berhubungan intim . Sejujurnya rindu amat .

Tanpa sedar rupanya dibawah sudah pun tegang . Nafsunya membuak . Dara menolak bidang dada Tuah apabila Tuah cuba merapatinya .

Dara segera berlari menurun anak tangga . Dia memang tidak mahu berhubungan intim dengan suaminya lagi . Jijik bercampur .

"Dara!" jerit Tuah mengejar langkah Dara .

Dara duduk ditempat duduk hadapan sebelah Luth . Luth memandang wajah Dara . Dia membetulkan tubuh badannya menghadap Dara .

Luth mengemaskan tudung Dara . Tuah nampak dari luar . Sungguh hatinya sakit amat .

"Jalan lah cepat nanti aku lambat." Arah Tuah duduk ditempat duduk belakang .

"Aik kita hantar dia ke you?" Soal Luth pelik .

"Hantar jela , i dont mind ." jawab Dara lembut tayang senyum manis buat Luth .

"Eee jangan senyum manis sangat nanti i angau!" usik Luth membuatkan Dara ketawa kecil .

"Aku masih suami dia ." tegas Tuah dibelakang .

"Sorry Haura's husband ops Inara's Husband." ejek Luth .

Tuah hela nafas berat . Ini sepatutnya jadi hari bahagia dia kenapa dia tak rasa apa apa . Hatinya kosong . Tiada debar atau apa .

Tuah memandang dewan yang terisi dengan kurang 100 orang . Dia membuang pandangan ke arah Haura yang duduk diatas sofa pelamin .

Haura memandang ke arahnya dan memberikan senyuman paling manis . Namun Haura perasan riak wajah Tuah bersahaja . Seolah tak gembira .

"Assalamualaikum semua ." Tok kadi dan beberapa oramg saksi memasuki ruang dewan .

satu dewan gamat menjawab salamnya . Tuah mencari seseorang didalam lautan orang didepannya .

Matanya tertancap pada sepasang baju sedondon yang duduk  dibarisan kedua . Sakit hatinya . Dia hela nafas panjang .

"Pengantin lelaki silakan tengok diatas pelamin itu betulkah calon pengantin perempuan ?" soal Tok Kadi .

Tuah tak mengalihkan pandangannya . Dia cuma mengangguk . Tok kadi hulur tangan dan tangannya disambut Tuah.

"Tuah Addiyan Bin Sulaiman Aku nikahkan dikau dengan Haura Safiyah Binti Hamid dengan berwakil walikan aku oleh ayahnya dengan mas kahwinnya limu ribu ringgit tunai ..." Tok Kadi mengakadkan

"Aku .." Tuah membuang pandangan ke arah Dara . Dara bagi isyarat mata untuk teruskan .

Orang didalam dewan mula berbisik .

"Allahuakhbar . Aku terima nikahnya Nur Dara Inara Binti Tan Sri .... Maaf saya silap . Mohon sekali lagi ." pinta Tuah

Haura berubah riak . Mak Haura memandang ke arah Dara yang terkejut .

"Tuah Addiyan Bin Sulaiman Aku nikahkan dikau dengan Haura Safiyah Binti Hamid  dengan berwakil walikan aku oleh ayahnya dengan mas kahwinnya limu ribu ringgit tunai ..." Tok kadi akad kali kedua .

"Aku ..Aku.. Aku terima nikahnya Haura Safiyah Binti Hamid dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit tunai ." Tuah berjaya melafazkan .

"Sah ."
"Sah."
"Alhamdulillah ,tadahkan tangan untuk kita sama sama mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan suami isteri yang baru sahaja diijab kabulkan sebentar tadi ." Tok kadi sedia menadah tangan .

Tuah segera mencari bayang Dara namun tiada lagi . Luth pun sama menghilangkan diri . Timbuk rasa gusar dalam hati .

T.Y.T.T.Where stories live. Discover now