4️⃣

37 0 0
                                    

"Abang sayang, nah air ."

"Air nih tak manis tapi tak apa sebab sayang abang nih dah manis."

"Nahh saja je tak letak gula nak tengok reaksi abang sayang ."

"Nakal eh pandai ngusik sayang abang nih ."

"Tapi abang tetap tak nak tmbah gula sebab nak minun smabil tatap muka sayang abang ni!"

"Eeee malulahh orang tenung muka kita ."

Satu kucupan singgah didahi . Lama kucupan itu.

"Abang sayang nah air." Haura menghulurkan cawan berisi latte panas .

"Terima kasih Dara sayang abang" Tuah tayang senyum namun senyumannya mati apabila orang yang menghulirkan air itu bukan Dara .

"Saya Haura ." Haura senyum segaris . Jiwanya disiat tatkala mendengar nama Dara .

"Lepasni jangan panggil abnag dengan panggilan Abang sayang . Panggil abang je ." ointa Tuah lalu menghirupkan kopinya .

"Saya ingat saya masih pertama dihati abang ." ujar Haura lalu duduk berhadapan Tuah .

Tuah raup muka . Hatinya terbelah bahagi . Pejam celik minggu depan sudah tiba hari nikahnya dengan Haura .

"Abang cuma minta jangan panggil macam tuh . Janganlah emosi sangat . Haura cari je nama panggilan yang lain tuk abang " pujuk Tuah menggenggam tangan Haura .

Haura tersenyum pahit .

"Abang, macam mana dengan Dara?" soalan Haura membuatkan Tuah terhenti dari menghirup kopi.

Lepas kejadian tempoh hari sudah hampir seminggu tak bersua muka . Dia balik ke rumah tapi Dara tiada . Dia cuba call, whatsapp, dm tapi tak ada satu pun berbalas . Hatinya tiba tiba terjentik rasa hiba .

Haura sedar akan perubahan wajah Tuah . Dia yakin yang bakal suaminya tak mampu jawab soalan nya .

"Abang , Haura teringin nak makan Steak . Boleh bawakan tak?" Haura cuba menaikkan situasi .

Tuah yang tadi diam hanya mengangguk dan tersenyum kecil .

"Eh macam kenal , apa khabar?" Luth menghulurkan tangan ke arah Tuah .

Tuah lambat lambat capai tangan Luth . Semak betul doktor seorang ini .

"Doktor lunch juga kat sini?" Haura cuba ramah . Luth menangguk .

Tuah hanya pandang ke arah menu .

"Doktor seorang ke kalau seorang join lah kami ." gatal mulut Haura mengajak . Tuah memandang tajam ke arah Haura .

"Haura.." meleret Tuah panggil cuba bagi petanda yang dia tak mahu Luth disini .

"Its okay . Saya ada lunchdate dengan patient saya . Hah itupun dia dah sampai ." Luth menunjuk ke arah pintu masuk restoran itu .

Rahang Tuah hampir jatuh . Haura juga tak ketinggalan dengan matanya yang terbutang . Tuah tergamam .

"Masyaallah cantiknya you . " Puji Luth tayang senyuman manis .

"unexpected to see you both of u here  ." Dara senyum sebaris .

Tuah masih tak dapat mengubah pandangannya . Haura yang perasan akan riak Tuah hanya tersenyum pahit .

Dara dah berubah . Sosok tubuh didepan Tuah  ini mengenakan abaya berwarna biru tua dan yang paling menarik . Dara mengenakan tudung yang juga sama warna .

Tidak kelihatan lagi rambut Dara yang berwarna brown milktea . Cantik sangat Dara . Ini kali pertama Dara bertudung .

"Kami minta diri dulu ." pamit Luth lalu mendepakan tangan memberi ruang kepada wanita disebelahnya untuk jalan .

T.Y.T.T.Where stories live. Discover now