6️⃣

35 0 0
                                    

Sudah hampir 6 bulan Tuah tidak bersemuka dengan Dara . Dia sendiri tak pasti keberadaan isterinya yang satu itu .

"Abang sayang jauh menung."

"Sayang abang ni buat abang terkejut je"

"Tenung luar nak cari ketenangan rupanya ketenangan ada disebelah ."

"eeee suwitnya suami kita ni"

"ye ke Saya ketenangan abang sayang?"

"Bukan setakat ketenangan, ketegangan pun ye juga ."

"eee nakal!"

Tuah merasa ada tangan melingkar dari belakang . Lamunannya terhenti . Dia terimbau kenangan manisnya bersama Dara .

"Abang teringatkan Dara ke?" teka Haura .

Haura sudah lali dengan keadaan . Dia memilih untuk berdamai dengan takdir . Beginilah nasib berkongsi kasih .

Bulan pertama kehilangan Dara,Tuah tak tentu arah . Setiap hari ke hospital mencari Luth . Luth juga tak membantu .

Bulan kedua seminggu sekali dia menyinggah . Dia yakin dengan kata hatinya bahawa Luth tahu keberadaan isterinya . Sengaja Luth rahsiakan .

"Awak dari mana tadi?" Sengan Tuah mengubah topik . Tak lalu dah bicara soal Dara .

"Bilik air , tak ada buat apa sental sikit lantai" cerita Haura .

"Janganlah cuci tandas . Licin ! Nanti jatuh macam mana?" soal Tuah prihatin . Rambut Haura yang menutup kening diseka ke tepi .

"Ala boringlah . Nak keluar pum tak tau nak ajak abang pergi mana ." Haura memuncungkan bibir . Perutnya diusap lembut kini usia kandungannya mencecah 4 bulan .

"Kandungan Dara mesti dah 6bulan . Dara mesti excited sebab dah nampak jantina baby ." ujar Tuah spontan.

Riak wajah Haura berubah . Tak percaya yang baru diungkapkan suaminya .

"Allahu . Abang minta maaf Haura . " Tuah tersedar kesilapannya .

"Tak apa, Aura dah biasa." Haura tersenyum pahit . Dia berlalu keluar bilik .

Tuah hanya menghantar dengan pandangan mata . Dia betul betul tak sengaja . Mesti sakit hati Haura .

Luth bersandar dikerusi kulitnya setelah pesakit terakhirnya keluar dari bilik rawatan . Sungguh lelah dengan jadual hari ini  .

Luth capai telefon pintarnya . Segera dibuka perbualan yang bernama My Dear Inara. Luth tersenyum sendiri .

Jumpa minggu depan waktu temujanji . Nak ajak lunch dekat Ikea sebab craving meatball 😩- My Dear Inara

Nak tak jalan cari barang baby?- Luth

I boleh kosongkan jadual i .- Luth

Really?- My Dear Inara

of course my dear 🫶🏼 - Luth

"Kau senyum apa? Kau text dengan isteri aku eh? Mana dia ?" Terkejut Luth dengan kehadiran Tuah dimuka pintu.

Langsung dia tak dengar sebarang ketukan atau bunyi pintu dibuka . Luth mengangkat muka . Riaknya cuba dikawal .

"Kau nih memang tak ada adab eh? suka suka masuk bilik orang dengan tak berketuk ." Luth peluk tubuh tayang muka menyampah .

"Luth, Aku tahu kau tahu keberadaan Dara . Please beritahu aku ." Tuah teruskan poin nya .

"Aku tak tahulah! Isteri kau kan ? Asal aku pulak boleh tahu?" marah Luth .

T.Y.T.T.Where stories live. Discover now