Sinopsis

1K 81 0
                                    

"Abang... abang dah tak ingat Syafa?" - Syafa
"Awak siapa ya?"  - Irham
"Syafa isteri abang."  - Syafa

Ujian melanda tanpa henti. Menghempap sehingga dia jatuh terduduk. Sudahlah satu tahun suaminya hilang tanpa dapat dikesan dan sekembalinya Irham, lelaki itu tidak ingat siapa Syafa padanya.

"Abang tengoklah sijil nikah ni. Abang teliti baik-baik. Perkahwinan kita dah berdaftar." - Syafa

"Kalau awak isteri saya pun... apa yang saya kena buat? Jalankan tanggungjawab saya? Tinggal sekali dengan awak? Mulakan hidup baru dengan awak? Awak rasa mudah? Semudah ABC?" - Irham

Mahu mengalah saja tetapi mengenang nasib si anak yang baru berusia 6 bulan itu, Syafa harus perjuangkan haknya dan Khadijah, anak mereka.

"Jadi awak nak saya buat apa?!" - Irham
"Syafa tak minta banyak abang... Syafa nak Khadijah ada keluarga yang sempurna." - Syafa

Permintaannya kecil tetapi balasan dari permintaan itu sangat besar. Balasan yang memerlukan pengorbanan yang luar biasa. Nak tak nak, Syafa akur.

Setelah mereka bersatu sebagai satu keluarga kecil yang lengkap, banyak pula luka yang Syafa terima. Banyak air mata yang tumpah dan pengorbanan ini terasa sia-sia.

"Abang hiduplah dengan Nadine. Syafa akan keluar dari hidup abang. Syafa dah tak sanggup. Abang pun takkan memilih Syafa lagi. I'm done." - Syafa

Irham kebingungan. Mahu memilih Syafa tapi bagaimana dengan Nadine? Dan sekiranya dia nekad melepaskan Syafa, adakah rasa penyesalan akan menghantui Irham seumur hidup?

(EBOOK) KEDUAजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें