Bab Tiga Puluh Satu 🦋

983 67 3
                                    

Dunia seolah berhenti. Jantung boleh berhenti saat itu juga. Dia terdiam mendengar seseorang di sebalik telefon berkata.

"Jangan bergurau."

"Datang ke Hospital Besar segera. Kami ulangi, Cik Adeena Amaeldyia dan Puan Hazlin Natasya terlibat kemalangan langgar lari. Jika anda adalah ahli keluarga, sila datang dengan kadar segera."

Kaki nya lemah. Dia terduduk di kerusi besar itu. Telefon bimbit terlepas dari pegangan. Namun segera dia capai kembali sebelum berkata.Dada nya turun naik dengan cepat.

"Itu pasti.. Adeena Amaeldyia? Bukan Aedina? Pasti Adeena?.."

"Ada ic dibawa bersama."

"SIAL! ARGH!" Telefon itu dicampak ke dinding dengan emosi yang tak terkata. Dia segera berdiri mencapai kunci kereta dan berlari keluar.

Faiq memerhati dari meja kerja nya. Dia diam saja tanpa bersuara. Helaan nafas berat dihembuskan sebelum tangannya mencari telefon bimbit.

"Jangan main main, Ryu! Kau pasti tu Mama? Kau pasti tu Adeena?!"

"Aku pasti, Renaka! Ic dibawa bersama.."

"Aku on the way dengan papa."

Telefon yang disimpan di kereta digunakan. Tadi dia dah campak telefon dia yang lain.

Panggilan terputus. Ryu memecut dengan kelajuan penuh. Wajah nya merah mata nya dipenuhi dengan air mata yang ingin keluar. Isteri nya.. Adeena kesayangannya.. terlibat kemalangan.

Mama nya.. mama syurganya..terlibat.. kemalangan!

Stereng kereta dihentak kuat oleh Ryu. Tangisan nya pecah jua. Dia menangis menjerit.

"Tolong lah.. tolonglah jangan ambil dia, Ya Allah!" Kereta dipecut laju. Fikiran nya tak jernih dan dipenuhi yang negatif.

Dia tiba di Hospital Besar hanya dengan beberapa menit saja. Pintu ditutup kuat. Dia berjalan cepat. Bukan, dia mula berlari ke pintu utama hospital dan segera ke kaunter untuk menanyakan keberadaan kedua orang tercinta nya.

"Pesakit.. kemalangan langgar lari, ada dimana?!"

Semua orang terkejut dengan suara Ryu yang keras dan bergema di dalam hospital itu. Staf yang menjaga kaunter amat terkejut dan was-was dengan Ryu.

"AKU TANYA KAT MANA?!"

Staf itu terkejut sekali lagi. Dia dengan tangan bergetar memegang tetikus dan menggerakannya. Ingin mencari tentang pesakit kemalangan langgar lari.

"Unit..Kardiologi. Tingkat.. tiga. Masih di operasi pembedahan."

Sebaik saja staf itu bersuara demikian, Ryu segera berlari ke lift dan menekan button anak panah ke atas berkali-kali dengan perasaan gelisah.

Lift terbuka. Ryu mengeluh apabila jalan nya terhalang kerana banyak nya orang yang keluar dari lift.

Sebaik saja dapat masuk, dia menekan button nombor tiga berulang kali. Ryu menjadi amat tergesa. Rasanya pintu lift ini slowmo! Lambat nau nk tutup nye!

Pintu telah ditutup dan lift mula bergerak naik. Deruan nafasnya menjadi tak karuan dengan pelbagai fikiran negatif yang bermain di kepala. Walau dia berusaha positif namun kesan negatif lebih memberikan hasil.

Ting!

Pintu dibuka dan dia langsung membuka langkah besar keluar. Ryu berlari keluar dan cepat mencari dimana Unit Kardiologi.

"Stop there. In here, we have rules. Jangan lari."

Langkah nya diberhentikan oleh suara seorang lelaki. Dia menghela nafas kasar dan menjeling ke lelaki itu. Dengan coat putih doktor itu, membuat Ryu merasa lelaki itu menjengkelkan.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now