BAB 1

24 2 0
                                    

Kelihatan seorang lelaki berusia 20-an sedang fokus menyasarkan target dihadapan dan ada beberapa orang sedang memerhatikannya. Apabila dia sudah yakin, dia melepaskan satu tembakan.

BANG!!

Bunyi tembakan dilepaskan. Lalu dia menanggalkan penutup telinga dan pelindung matanya. Ada satu kertas target yang makin dekat dengan mereka. Lalu mesin yang membawa kertas target tersebut berhenti.

Lelaki tersebut senyum kerana puas hati dengan tembakannya tadi. Tembakan yang tepat di tengah" kertas target. 10 markah untuk tembakan tadi

     "Yeah! That's my boy!" Seorang lelaki berusia 40-an pergi ke lelaki tersebut dan memeluknya.

     "Wehh mantap dhow!! Apa kata kau kasi aku pinjam tangan kau tu. Aku nak jugak try dapat target tepat macam tuu!" Seorang lelaki berambut colat keperang-perangan berkata.

     "Ah tak de kau aku dah booking awal-awal." Seorang lagi pemuda agak rendah berkata.

     "Sape cepat die dapat laa! Bluwerk!!" Lelaki berambut coklat keperang-perangan tadi menjelirkan lidahnya.

     "Sudah-sudah lah gaduh tu." Seorang lagi lelaki yang berbulu mata lentik berkata dengan nada tegas.

     "Aduh lek ah ko. Gurau je tu pun nak serius." Lelaki yang agak rendah tadi berkata.

     "Tak boleh tangan aku ni limited tak de jual dekat mana-mana." Lelaki yang menembak tadi akhirnya bersuara.

     "Sudah. Tak yah bertekak kat sini. Sape lapar angkat tangan!" Lelaki berusia 40-an itu berkata.

     "Saya!!!" Semua lelaki tadi angkat tangan.

     "Okeyy jom coach lanje!!" Lelaki berusia 40-an itu berkata.

     "Korang pergi lah dulu aku nak tukar baju sekejap." Lelaki yang menembak tadi berkata.

Lelaki tadi pun pergi ke dorm. Selepas dia menukar baju, dia pergi ke meja belajar untuk mengambil telefon yang  ditinggalkan di situ sebentar tadi. Dia terpandang akan satu sticky note yang tertampal di dinding.

            'Go Ayden Rizqeey!!
            Go for your dreams!!
            Never give up!!
            Belive in yourself!!'

Dia tersenyum melihat nota yang dia tulis 3 tahun lepas. Di sebelah nota tersebut, terdapat satu sijil yang diletakkan di dalam frame yang tertulis

'Ayden Rizqeey'
'Penembak lelaki terbaik bawah 25 tahun 2022'

Senyuman dia makin lebar melihat kejayaan yang dia telah capai selama dia dalam dunia menembak ini.

Ayden Rizqeey, seorang atlet menembak kebangsaan yang berusia 22 tahun. Dia tinggi, ada lesung pipit yang agak dalam yang membuatkan dia nampak handsome dan comel. Dia mula minat sukan menembak sejak dia melihat arwah pakciknya, Arif Haziq yang merupakan seorang atlet menembak kebangsaan. Beliau meninggal ketika usia 27 tahun disebabkan kes bunuh diri. Tetapi Ayden yakin bahawa pakcik nya tidak membunuh diri.

Sejak kematian pakcik kesayangannya, Ayden mula menyelidik tentang peristiwa tersebut. Nak kata dia bunuh diri, satu jam sebelum pemergiannya, Ayden sempat berborak dan bergurau senda dengan pakciknya buat kali terakhir. Pakciknya sangat gembira seolah" tiada apa" yang berlaku kepadanya. Dan alasan kematiannya adalah stres. Tapi Ayden yakin bahawa pakciknya takkan berbuat demikian.

Lalu, Ayden terus pergi ke kafeteria untuk makan tengah hari. Ramai orang sedang menjamu selera disebabkan sekarang memang waktu untuk makan tenghari. Selepas dia mengambil makanan, dia mencari kelibat coach dan kawan-kawannya.

Will You Be Mine?Where stories live. Discover now