BAB 2

13 2 0
                                    

                         

******

Cling!!

Bunyi pintu terbuka di sesebuah cafe menandakan ada seseorang yang baru saja masuk ke dalam kedai tersebut. Wanita tersebut melilau - lilau seolah olah sedang mencari sesorang.

     "Adel!" Seorang wanita memanggil nama seseorang sambil melambai-lambaikan tangannya. Dan wanita tadi pun toleh ke arah namanya dipanggil.

Adelia Eryna atau lebih dikenali sebagai Adel merupakan seorang wartawan yang hidup sederhana. Berusia 22 tahun. Dia cantik, bertudung, ada lesung pipit di sebelah kanan. Seorang yang peramah dan pencinta haiwan.

Adelia pun pergi ke arah wanita yang memanggilnya tadi.

     "Sorry lambat. Tadi jem kat depan office." Adelia berkata.

     "Ha tau pun. Aku ingat dah lupe aku dah. Nak aje aku tinggalkan sticky note kat staff astu bile kau datang aku suruh bagi kat kau. 'Aku dah balik. Tiada maaf bagimu. Jangan call. Jangan message. Aku merajuk seminggu. Bye.' Tapi nasiblah aku ni masih ada hati dan perasaan tau. Kalau tak haaa." Perempuan itu berkata.

     "Sudah Areesa. Sudah. Kau selagi aku tak cakap stop selagi tu lah kau membebel. Kau punye bebelan tu kalau dibuat karangan comfirm dapat A+++." Kata Adelia.

Nur Areesa atau nama panggilannya, Reesa merupakan kawan baik Adelia dari sekolah menengah ke universiti sampai lah sekarang. Areesa bekerja sebagai owner kepada The Cafe, tempat yang boleh dikatakan sekali seminggu mereka akan berjumpa. Tidak seperti Adelia, Areesa orang yang hidup mewah sejak kecil. Bapanya seorang CEO kepada hotel 5 bintang di Kuala Lumpur.

Sedang mereka bersembang, tiba" ada seorang lelaki 20-an duduk di meja bersebelahan dengan meja mereka.

     "Weh Adel, nak tengok aku buat kerja gila tak?" Areesa bertanya.

     "No. Aku taknak malukan diri sendiri. Cukuplah kau buat haritu."
Adelia menjawab.

Siapa je yang tak kenal dengan perangai gila terpaling gila si Nur Areesa? Dia dikenali sebagai Crazy-sa. Crazy tu gila dan Areesa. Bila digabungkan Crazy-sa. Areesa dan perangai gilanya berpisah tiada.

     "Tak kira aku nak buat jugak." Areesa berkata.

     "Ehem." Areesa berdehem. Tetapi lelaki tersebut tidak perasan.

     "Ehemm." Sekali lagi Areesa berdehem. Tetapi lelaki itu memberikan reaksi yang sama.

     "EHEMMMM." Areesa berdehem sekuat hati. Nak tercabut anak tekak.

Lelaki tadi pun pandang ke arahnya.

     "Ya? Ape yang saya boleh bantu?" Lelaki tersebut bertanya dengan sopan.

Areesa terdengar bunyi Adelia sedikit tergelak. Yaallah Areesa...lelaki tu punya sopan tanya, kau nak tegur die pun macam nak start motor tapi ekzos sumbat. Areesa membulatkan matanya memandang Adelia menandakan 'diam'.

     "Boleh tolong passkan tisu tu tak?" Areesa berkata sambil menunjukkan tisu yang berada di meja lelaki tadi.

     "Owh ok." Lelaki tersebut ambil tisu lalu beri kepada Areesa.

     "Erk...terima kasih." Areesa berkata.

Lelaki tadi senyum tanda sama sama.

     "Weh bukan nak kata ape lah kan, tapi kerje GILE kau tu tak menjadi lah kali ni. Wahh tahniahh!!" Adelia berkata. Jarang-jarang kerja gila si Areesa ni tak jadi.

Will You Be Mine?Where stories live. Discover now