BAB 5

13 1 0
                                    

Setibanya Adelia di hadapan satu pintu yang tertulis 'DR. LUQMAN' , Adelia terus mengetuk pintu untuk meminta izin dan dia membuka pintu tersebut.

     "Abang." Kata Adelia lalu bergerak menyalam tangan abangnya.

     "Eh adik, nak ape?" Tanya Luqman.

     "Wah wah wahh, die yang suruh orang lepastu buat-buat tak tau pulak yee." Marah Adelia sambil bercekak pinggang.

     "Owhh hehe lupe la. Ok makasih yaa." Kata Luqman dengan slang Indonesia dia.

Adelia sedar mereka tidak berdua di dalam bilik tersebut. Terdapat seorang lelaki duduk di sofa tidak jauh dari meja kerja abangnya. Adelia memandang lelaki tersebut dan mereka saling berpandangan.

     "Owhh lupa cakap. Ni kawan abang. Nama dia Haqeem. Panggil Abang Qeem." Terang Luqman. Adelia hanya senyum manis kepada Haqeem.

Tidak lama kemudian, kedengaran pintu bilik diketuk sekali lagi. Dan pintu tersebut dibuka lalu menampakkan susuk lelaki dewasa dan kanak-kanak.

     "Assalamualaikum, saya datang nak menyibukk." Kata Ayden.

     "Waalaikumussalam." Jawab Haqeem dan Luqman serentak.

     "Papaa!!" Jerit kanak-kanak lelaki tersebut sambil berlari ke arah Haqeem.

     "Ayashh!!" Haqeem dengan senyuman yang lebar mendepakan tangannya lalu memeluk Harraz.

     "Eh ni kenapa mata merah macam baru lepas nangis? Qey kau wat ape kat die?" Tanya Haqeem dangan muka seriusnya.

     "Bang aku tau kau tu polis. Tapi takyah lah nak bukak bilik siasatan dalam hospital ni kan Abang Luq kann??" Kata Ayden sambil memandang Luqman.

     "Yupp. Benar sekali." Kata Luqman sambil mengenyitkan sebelah matanya.

     "Kau cakap betul-betul Qey kau wat pe kat anak aku?" Kata Haqeem sambil memandang Ayden macam nak makan orang.

     "Ish kau ni tadi die kacau aku drive laa tu yang aq termarah. Kau tau tak aku sanggup berhenti tepi jalan tau sebab nak pujuk anak bujang kau tu. Dah la tak nak caye aku sudah." Kata Ayden dengan mulut yang muncung sedepa.

     "Bang Luq kau tak nak amik adik angkat ke? Aku dah volunteer dah ni." Tanya Ayden kepada Luqman.

     "Tak payah adik aku perempuan sorang pon dah menyusahkan nak tambah kau?? Memang bawak bala lah." Kata Luqman sambil menjeling Adelia.

     "Kau pasal pandang-pandang aku." Kata Adelia yang hanya jadi CCTV tak bergerak daripada tadi.

     "Eh salah ke aku nak pandang adik aku yang cantik ni." Kata Luqman sambil menongkatkan dagunya menggunakan tangan.

     "Wah first time aku rasa bukan sekadar nak bagi penampar dengan penyepak, tapi kalini lain sikit die buy 2 free 1 aku tambah smackdown." Kata Adelia sambil mengepal satu penumbuk dan ditunjukkan di hadapan muka Luqman.

     "Lek luu kitonyo mannjooo." Kata Luqman sambil mengelipkan matanya berulang kali.

     "Eh lah karang, bukan setakat adik kau je geli au, aku pun rasa nak bagi je siku aku ni. Tolong ye." Akhirnya Haqeem bersuara.

     "Abang Iqeey...nak akem?" Kata Harraz sambil mengedipkan matanya.

     "Aih Qeem, ko tengok. Anak kau dah ikut ajaran kembar siam kau." Kata Ayden.

     "Ok kalau budak ni buat comel tapi kalau kau buat ibarat aku dekat hutan tengak tengok beruk kedipkan mata depan aku wahai Luqman." Kata Haqeem.

Will You Be Mine?Where stories live. Discover now