9- Cutie Being Angry

1.9K 79 3
                                    

"AIH, monyok je princess I ni. Kenapa?". Harris yang sedang mengangkat dumbell itu berkata-kata setelah melihat Haura duduk termenung sahaja di bangku yang ada di gym itu.

Hari ini hari cuti, jadi Harris berancang untuk pergi ke pusat senaman itu. Turun-turun je tangga daripada tingkat dua rumah itu, terus dia ternampak adiknya; Haura, tercongok menunggu dia di ruang tamu dengan lengkap berpakaian sukan berwarna merah jambu dengan rambut yang digayakan dengan gaya space buns.

Jadi, Harris turutkan saja la permintaan si tuan puteri yang berhajat untuk juga mengikutinya ke gym itu. Tapi sampai-sampai je ke destinasi yang dituju, Haura bukannya bersenam tetapi termenung dengan wajah yang mendung. Apa kena dengan gadis ini?

"I sedih". Haura mulai membuka cerita.

"Kenapa sedih? Ni dah sarapan ke belum ni?".

Haura geleng, "Belum. I takde selera. Sedih sangat".

"Yela, you sedih... Tapi cakap la dekat I kenapa. Siapa yang buat? Macam mana dia boleh buat you sedih? Ke you baru break semalam?". Duga Harris meskipun dia tahu adiknya itu mana pernah menjalinkan apa-apa hubungan romantik. Macam mana dia boleh sebegitu yakin? Kerana dia dan Haura terlalu rapat sehinggakan tiada rahsia antara mereka... Sejak daripada kecil lagi, semua benda kalau boleh Haura nak bercerita atau mengadu dekat Harris. Yela, mereka hanya ada sesama sendiri aje kan?

"Apa you ni? Bercinta pun I tak pernah. Ini kan nak putus cinta. Tak ke pelik tu?". Berkerut wajah Haura menahan geram. Abang dia ni ada aje cara nak buat Haura marah. Mana Haura tak geram?

"Dahtu?".

Haura jeda seketika sebelum dia akhirnya membuka mulut, mulai untuk meluahkan segalanya tentang perkara yang menganggunya sejak daripada semalam lagi.

"Memang semua orang tak nak berkawan dengan I kan, abang? Kalau ada pun, diorang mesti tak ikhlas. Kan?". Muka Haura kembali monyok.

"Kenapa cakap macam tu? I kan ada. I ni bukan kawan you ke?". Dumbell diletakkan ke tempatnya semula untuk Harris betul-betul fokus terhadap perbualan ini. Dia tahu, topik ini serius buat Haura kerana sudah beberapa kali Haura meluahkan hal ini kepadanya.

" You memang la kawan I tapi you juga abang I. Daripada kecil, kita macam hidup dalam dunia kita berdua je. Mungkin you tak lah kut sebab you ada banyak kenalan tapi I ni... I feel very isolated tahu tak? Since I was in the kindergarten, takde orang nak berkawan dengan I sampai lah I besar ni. Diorang semua ingat I ni sombong sebab keluarga kita kaya. Kalau ada yang nak berkawan pun, macam I kata tadi lah... tak ikhlas. Ada yang just nak guna kan I untuk keperluan sendiri. Ada yang hanya atas dasar kerja... ". Ayat terakhir yang niatnya ditujukan untuk Ghibran itu dituturkan dengan volume yang amat perlahan.

" Those feelings come again, right? Tell me why". Harris secara jujurnya cukup bersimpati dengan adiknya itu. Betul lah kata Haura, sejak daripada tadika lagi, tiada yang betul-betul mahu berkawan dengan gadis itu. Entah apa kurangnya. Haura baik kut!

"Kalau I cakap kenapa, you judge I tak?".

Harris geleng.

"Sebenarnya... Bila you gajikan Ghibran sebagai pengawal peribadi I, I cukup tak suka sebab I rasa hidup I yang dah sedia ada sunyi ni terkongkong. Tapi baru beberapa hari I 'spent time' dengan dia, baru I dapat rasa yang I ada kawan. I ingat Ghibran kawan pertama I. I ingat dia ikhlas berkawan dengan I... tapi haritu dia cakap, dia friendly dengan I pun sebab kerja dia je. Maknanya dia tak ikhlas lah berkawan dengan I kan, abang? Tapi haritu dia dah cakap dekat bonda and papa... ". Haura bercerita dengan bibir yang mencebir. Bukan nak over dramatic, cuma ini lah realiti hidup Haura yang menyedihkan.

ZAYD GHIBRAN ||©Where stories live. Discover now