Author's notes: Chapter ni secara kesuluruhannya akan jadi chapter flashback. Jadi tulisan dia akan jadi senget macam ni hehe. Jemput membaca, sayang-sayangku!
☕
HAURA muram. Sampai hati si suami buat dia macam ni. Kan dah janji nak buat aktiviti sama-sama. Tahu-tahu boleh pula dia cakap yang dia ada kerja. Tengah berbulan madu kali kedua kut!
Ceritanya... Sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T ini yang mana Haura mengandung, Ghibran sudah berjanji ingin membawa isterinya itu untuk pergi berbulan madu kali kedua di sebuah pulau. Dah sampai dah pun. Cumanya...
"Abang minta maaf, Haura. Kapten tiba-tiba call abang tadi. Abang tak boleh nak teman awak". Ghibran dengan penuh rasa bersalah meminta maaf kepada si isteri yang sudah monyok itu. Kalau dah monyok macam ni, nak merajuk lah tu. 100% susah nak pujuk! Haura ini masih muda, makin susah lah macam ni! Pandai-pandai kau lah, Ghibran...
"Lepastu siapa nak teman Haura? Haura seorang diri je dekat sini".
"Abang dah telefon Harris. Dia on the way. Nanti dia temankan Haura atau kalau Haura nak balik sekalipun, abang boleh suruh dia hantarkan Haura balik". Haura tetap sahaja bersedih. Dia tak nak balik... Dia nak bercuti dengan suaminya di pulau ini. Lagipun, mereka baru sahaja sampai. Tapi Haura tak nak juga bercuti dengan Harris je. Harris sahaja buat apa! Dekat rumah hari-hari pun boleh tengok muka dia. Ghibran ni lain lah... Limited... Kena kongsi dengan government... Nama pun tentera laut. Sekejap ada, sekejap takde. Macam chipsmore!
"Tapi kita baru je sampai... Abang dah janji dengan Haura".
"Abang minta maaf, sayang". Ghibran memandang sayu si isteri sambil menggosok pipi Haura. Aduhai, sungguh dia tak sampai hati nak tinggal isteri comel dia ni. Tapi nak buat macam mana kan? Dia juga ada tanggungjawab kepada negara.
"Macam ni... Sementara tunggu Harris datang, abang bawa awak jalan-jalan dekat pantai dulu, nak?".
"Tak nak... Haura nak merajuk dengan abang". Haura tepis lembut tangan kiri Ghibran yang masih memegang pipinya itu lalu pergi berbaring secara tertiarap di atas katil bilik resort yang sudah Ghibran tempah khas untuk mereka itu.
Ghibran nak tergelak pun ada tengok perangai Haura yang satu ini.
"Haura... Abang tahu perut awak tu tak besar lagi tapi tak elok baring tertiarap macam tu. Kesian dekat anak kita, kesian juga dengan awak nanti. Perut sakit". Nasihat Ghibran lembut lalu berjalan ke arah Haura. Dia duduk di birai katil itu lalu dengan lembutnya dia memusingkan badan si isteri agar Haura kini berbaring secara terlentang.
"Kan elok sikit tu".
"Huh!". Haura yang masih dengan rajuknya berpaling ke arah lain. Dia bukan apa sebenarnya, cuma dia takut kalah dengan senyuman manis lelaki berkulit sawo matang itu.
"Jom pergi jalan-jalan dekat pantai? Kalau Haura tak rela pun, paksa kan diri tu teman abang. Nanti abang dah tak ada--".
Cepat-cepat Haura memalingkan kepalanya ke arah Ghibran apabila ayat terakhir itu terluncur keluar daripada mulut si suami.
"Abang jangan cakap macam tu lagi eh. Haura tak nak abang meninggal sebelum Haura".
"Ajal tu kan kuasa Allah. Abang tak boleh nak halang kalau dah Dia nak tarik nyawa abang. Besides, 'tak ada' tak semestinya meninggal, sayang. Boleh jadi tak ada sebab Haura dah tak nak ingat abang ke. Boleh jadi tak ada sebab Haura dah benci abang ke. Boleh juga jadi tak ada sebab Haura dah tak nak tengok muka abang. Jadi, abang kena menjauh daripada Haura. Betul tak?". Semua kebarangkalian yang disebut oleh Ghibran itu membuat hati Haura menggelegak kemarahan. Iya la, mana mungkin dia akan lupakan suami tercintanya ni kan?

YOU ARE READING
ZAYD GHIBRAN ||©
RomanceHaura Dayana Zayd Ghibran One of the most lovely love story I've ever written. Haura Dayana. Dengar nama je dah tahu orangnya macam mana. Gedik! Diva! Semua gelaran yang sama maksud dengan dua perkataan itu adalah untuk dirinya. Oh dan, gadis ini j...