43- Kunci Rumah

1.4K 57 6
                                    

ALIH-ALIH balik juga seketul Haura Dayana dengan seorang Iskandar Anika Shah. Nak buat macam mana, suami pandai sangat memujuk... Haura akhirnya mengalah. Julung-julung kali perempuan menyerah kalah dengan lelaki ni. Momen ini patut dimasukkan ke rekod dunia.

Tapi kena ditekankan juga, antara salah satu sebab Haura tak nak balik kerja dengan Anika ialah situasi di dalam kereta itu sendiri.

Senyap.

Sunyi.

Janggal.

Hanya terdengar bunyi radio sahaja berbicara. Itu pun sayup-sayup sahaja. Rasa-rasanya semut pun tak boleh nak dengar.

Oleh kerana tak tahan dengan situasi yang terlalu diam itu, Haura membuat keputusan untuk membuka mulut.

"Anika...".

Anika berpaling sekilas ke bahagian kirinya lalu berpaling semula ke hadapan. Risau tengok Haura lama-lama nanti, terbabas pula kereta dia. Terbabas bukan kerana terpukau dengan kecantikan Haura tapi rasa nak termuntah setiap kali dia teringatkan betapa girly pop nya Ghibran setiap kali bersama Haura.

"Hm?". Balasnya senada.

"Kenal Badrisham tak?". Kali ini, soalan itu berjaya membuatkan Anika sekali lagi berpaling ke arah Haura selama tiga saat.

"Kenal. Kenapa?".

"You berkawan dengan dia?".

Anika menggeleng.

"Kenapa? Ghibran berkawan je dengan dia. I thought you do too".

"Kawan Ghibran, tak semestinya kawan aku. Kau ingat aku berkawan dengan semua orang macam suami kau tu? Dengan kau pun aku tak berkawan". Aih, bitter semacam je Anika harini kenapa? Anika belum makan ya, Anika?

"You chill sikit boleh tak? Asyik nak marah je. I tanya je pun". Haura tidak puas hati dengan personaliti Anika yang satu ini. Suka marah tak tentu pasal. Lek arh. Orang nak buka topik bersembang je pun. Jangan serius sangat, bang.

"Memang lah marah. Kau tanya pasal Sham tu. Dah macam takde orang lain kau nak tanya". Tiba-tiba Anika mengeluarkan kata-kata seolah-olah dia tidak suka berbual mengenai Badrisham.

"Kenapa dengan dia?".

"Kau dah lupa ke, Haura?". Anika mulai serius kembali. Dia cukup kesal dengan sifat Haura yang pelupa ini. Dia lupa ke yang Badrisham tu...

"Lupa apa?".

"Kau lupa ke dia cuba rosakkan rumah tangga kau? Dia fitnah Ghibran macam-macam haritu". Sekarang Haura terdiam. Terdiam setelah mendengar tuduhan benar daripada Anika itu. Kini Haura sudah ingat. Beberapa hari lepas Badrisham ada datang menyebarkan cerita yang tidak benar tenang masa lalunya dengan Ghibran sekaligus mengambil kesempatan atas memorinya yang hilang.

"Tapi...tapi kenapa dia buat macam tu?".

"Fuck it..." Kedengaran Anika mencarut secara perlahan...

"... Mesti Ghibran dah bagitahu kau yang si Badrisham tu pernah suka kau dulu kan? Itu lah sebabnya kenapa dia fitnah Ghibran macam-macam. Dia reka cerita tak betul. Sebab memang dia nak kau makin bencikan Ghibran. Dia nak kau tinggalkan Ghibran lepastu datang kepada dia".

Tercengang Haura buat seketika. Dia memang ada dengar yang Ghibran perkatakan hari itu. Badrisham pernah menyukainya dahulu. Pernah cuba untuk merebutnya dahulu. Tapi Haura tidak pernah tahu akan cerita penuhnya.

"Ghib pernah bawa kau pergi pangkalan dulu. Sebelum kau hilang ingatan. Aku rasa sebelum kau dan dia pergi honeymoon yang tak jadi tu atau sebelum tu lagi. Tu la kali pertama Badrisham tengok kau dan dia terjatuh suka dekat kau. Belum sempat sehari dia dengan perasaan dia tu, Ghibran perkenalkan kau sebagai isteri dia. Dia ingat kau ni adik Ghibran. Dia tak sangka pula isteri. Badrisham tu kecewa. Macam tak logik kan? Tapi katanya cinta pandang pertama". Anika membuat muka toya di hujung katanya. Dia meluat dengan kisah cinta bodoh si Badrisham tu.

ZAYD GHIBRAN ||©Where stories live. Discover now