40- She's Healing?

1.6K 72 4
                                    

"HUH! Abang! Abang!!! Abang jangan tinggalkan Haura!". Bangun-bangun sahaja daripada tidur, terus Haura menggagau mencari Ghibran yang tadinya ada di sampingnya. Menjerit dan memekik kerana takut kehilangan si suami. Tangisannya turut kedegaran serta-merta selepas dia bangun daripada tidurnya itu.

Ya, selepas sahaja selesai mendengar penceritaan Ghibran di ruang tamu bersama yang lain tadi, Haura menangis terus. Dia sangat penat. Penat emosinya menerima semua kenyataan yang dituturkan oleh Ghibran di hadapan Anika, ibu mertuanya, Puan Sri Khalida, Tan Sri Amin dan Harris siang tadi. Harris juga ada menunjukkan beberapa bukti untuk menyatakan bahawa semua yang dituturkan Ghibran itu benar belaka termasuk lah parut bekas luka tembakan yang ada di bahunya sendiri.

Malam menjelma lalu Haura yang penat itu berniat untuk tidur awal untuk menenangkan dirinya namun lain pula jadinya. Segala yang diceritakan oleh Ghibran itu kembali ke dalam mimpinya. Apakah makna di sebalik petanda ini?

"Abang!". Seru Haura lagi dengan suaranya yang tersekat-sekat.

Maka terkocoh-kocoh lah Ghibran bangun daripada duduknya di atas sejadah di dalam bilik yang agak gelap itu lalu menghampiri si isteri. Dia duduk di birai katil lalu terus membawa badan Haura ke dalam dakapannya membatalkan wudhuknya yang diambil tadi.

"Ya, sayang. Abang ada dekat sini". Ghibran menggosok-gosok bahagian belakang badan Haura dengan lembut sambil cuba untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis teresak-esak itu.

"J-jangan tinggalkan aku... Ghibran... Ghib--ran... Aku takut...". Begitu kuat Haura memeluk badan Ghibran sehinggakan wajahnya betul-betul menempel pada dada lelaki itu. Habis basah kurta hijau yang dipakai, dibanjiri air mata Haura. Dia tidak kisah. Jika ini harga yang perlu dia bayar untuk menenangkan isterinya, dia sanggup mendakap Haura selama mana yang wanita itu mahu.

"Abang tak tinggal. Abang ada dekat sini, Haura. Abang ada dengan awak".

"Aku takut... A-aku takut sangat...".

"Shh... Nothing to be scared of anymore. Suami awak dekat sini, sayang". Jika rasa takut itu boleh berpindah tuan, Ghibran sanggup mengambil rasa takut Haura dan melaluinya buat kali kedua.

Ghibran terus dan terus menggosok-gosok bahagian belakang badan Haura seraya sesekali mencium bahagian tepi kepala wanita itu serta mengalunkan beberapa rangkap selawat ke atas Allah dan Rasulullah untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis ketakutan itu.

Beberapa minit kemudian, pelukan Haura terasa semakin longgar. Ghibran pun berusaha untuk melihat wajah si isteri. Comot. Comot lepas menangis. Comel sangat! Tapi Ghibran tahu ini bukan masa yang sesuai untuk menegur. Tak apa.

"K-kau takkan tinggalkan aku lagi kan?". Tanya Haura dengan nada yang penuh kesedihan.

"Separuh hati abang remuk bila abang tahu yang Haura tak boleh nak ingat abang lima tahun lepas. Separuh hati abang remuk bila abang tahu Haura tak nak jumpa sesiapa pun few days after you lost your memory about me. Hati abang sangat remuk kerana terpaksa tinggalkan isteri abang ni buat lima tahun lamanya dulu. So no, I won't ever leave you again. Abang tak sanggup". Ghibran mengusap kedua belah pipi comel yang kebasahan itu.

"Tapi... A-aku punca kau jadi macam ni...". Mata Haura jatuh pada tangan kiri besi Ghibran. Tangannya pula naik menyentuh parut terbakar berbentuk separuh belahan hati yang ada pada mata Ghibran itu. Ya, dia punca segala kekurangan ini ada pada suaminya. Kalau lah Ghibran dengar cakap kaptennya--astagfirullah Haura! Jangan salahkan takdir!

"No, not you. Not anyone's fault. Ini ujian Allah buat abang. Mungkin ada sesuatu yang abang lalaikan di waktu lampau. Ini cara Dia menguji abang. Abang tak salahkan sesiapa pun. Jauh lagi nak menyalahkan Dia. Jadi, awak tak perlu rasa bersalah, okay? Lagipun abang tak rasa terbeban pun dengan semua ni. Lagi gembira ada la sebab haritu dekat kampung, isteri abang panggil abang special sebab ada tangan ni". Ghibran tersenyum manis seraya menilik-nilik tangan besinya.

ZAYD GHIBRAN ||©Where stories live. Discover now