-PROLOG-

674 26 2
                                    

Nafasnya di tarik lama, di tahan kejap. Ada debar di dadanya.

Lakukan sekarang Iris!

Nafas di lepas. Pandangan Iris tertumpu pada pintu masuk restoran di depannya. Kaki jinjangnya di atur keluar dari kereta.

Retina matanya bergerak bebas ketika kaki sudah melangkah masuk ke dalam. Wajah seseorang di cari.

Jumpa!

Seperti yang Iris harapkan, restoran ini menjadi kunjungan lelaki itu untuk makan siang. Lelaki itu kelihatan sedang menyisip kopi di dalam cawannya.

Nekad!

Iris atur langkah. Tanpa sapaan, kerusi berhadapan dengan lelaki 40-an itu di tarik. Jika di tanya siapa lelaki di depannya ini. Bekas ayah mentuanya. Ayah angkat pada bekas suaminya tepatnya.

Inilah buat kali pertama Iris berhadapan empat mata cuma berduaan dengan lelaki ini. Jika sebelum ini, mereka jarang bertegur sapa. Karakter lelaki di depannya ini agak dingin, jarang bercakap. Mungkin cuma dengannya. Entahlah, Iris tak mahu pedulikan semua itu. Apa yang penting bagi Iris, tujuan asalnya mendatangi lelaki ini.

Sepasang mata coklat miliknya tertumpu pada Iris sepenuhnya. Ya, tanpa ekspresi. Tak juga bertanya sebab mengapa wanita di depannya ini tiba-tiba muncul di sini. Sedangkan mereka tak buat sebarang temu janji.

"Jadi kekasih saya."

Hambik kau, straight to the point terus!

Dengan tak ada segan silunya, dan tak adanya nak berkias lagi. Ada sebab yang mendorong Iris jadi seberani ini. Malu? Dia ketepikan dulu. Mungkin kedengaran tak masuk akal. Ya, memang. Meminta lelaki yang terpaut jauh umur darinya sudah satu hal. Lagi satu hal, Iris buat keputusan tanpa pengetahuan orang lain termasuk ibu ayahnya.

Gila? Ya, Iris gila. Kerana sakit hati, marah, kecewa buat dia jadi segila ini.

"What?"

Suara datar maskulin itu menampar gegendang telinga membuat Iris terkedu seketika.

"Jadi kekasih saya. Tak cukup jelas lagi?"

Matanya menyorot tajam memandang Iris.

"You're crazy."gumamnya tanpa minat dengan penawaran gila Iris.

Tangan Iris bawah meja mengepal. Bibirnya tertawa pelan.

"Ya, memang... Saya gila. Arash penyebabnya." suara tertahan di celah gigi ketika nama bekas suaminya itu meniti bibir.

Tampang Iris kelihatan bengang tiap kali mengingat apa yang di lakukan Arash di belakangnya selama mereka masih berhubungan.

"You nak gunakan I untuk balas dendam pada anak tiri I? Sebab apa you yakin sangat kalau I akan setuju dengan tawaran tak masuk akal you ni?"

Dia cukup tahu apa telah Arash, anak tirinya itu lakukan pada wanita di depannya ini sehingga ikatan pernikahan yang baru saja terjadi berakhir dengan perceraian. Hanya, dia masih tak menyangka keberanian seorang Iris Ayuni yang datang secara langsung mememuinya memintanya menjadi kekasih. Nonsense!

"Keputusan saya muktamad. Saya cuma nak dengar kata setuju dari awak, Arjuna Benjamin."

Biarlah kedengaran kurang ajar, atau perempuan tak tau malu semacamnya itu. Sudah alang-alang sejauh ini Iris melangkah, dia takkan mengundur lagi.

Arjuna menyandarkan tubuh, tangan di silangkan ke dada. Merenung Iris lama. Bibirnya ketawa kecil.

"Apa keuntungan I dapat kalau I setuju dengan tawaran you?"

"Myself. Awak memiliki saya."

"It means, I boleh lakukan apa saja yang I suka pada sesuatu yang dah jadi milik I?"

Wajah Iris merah padam.

"What do you mean?"

"I mean, I can touch you, kiss you and do whatever I want. I tak minat dengan hubungan yang membosankan."

Mata Iris melebar. Jerk! Perangai tak kurang sama dengan anak tirinya.

"So, how?"

Iris bungkam. Mati akal. Dia tahu dari mula lagi jika Arjuna Benjamin bukan senang di ajak berunding.

Arjuna mengilas angka jam di layar skrin telefon tepi meja. Setelah ini, dia ada mesyuarat penting.

"You masih nak teruskan tawaran you tadi? I don't have time, answer me now."

Liur di telan payah. Arjuna sudah bangun dari duduk. Tubuhnya sudah di paling membelakangi meja. Tinggal hendak mengatur langkah pergi dari situ.

"Okay, deal!"

Arjuna menoleh semula.

"Mulai hari ni awak adalah kekasih saya. Deal?"

Arjuna menyusun langkah dekat. Sebelah tangannya menahan belakang kerusi yang di duduki Iris menundukkan tubuh mendekatkan jarak wajah mereka.

Reflek Iris mengundur kepalanya ke belakang. Mukanya panas, ekor matanya mengerling pada pasangan yang duduk selang semeja memandang ke arah mereka. 

"Sure."

Langkahnya di hayun keluar meninggalkan Iris yang masih tercenggang.

Iris mengurut dada sendiri. Jantung serasa hampir copot.

Kau sah gila Iris!

Iris berdecit pelan. Mana tak gila, lelaki dia tawarkan untuk jadi kekasih tanpa cinta bukan sebarangan lelaki. Arjuna Benjamin,  duda hot complete package mengancam ramai perempuan-perempuan di luar sana.

DUDA TERLAJAK HOTWhere stories live. Discover now