-BAB 3-

445 25 0
                                    

Iris meluru ke bilik. Pakaiannya dalam wardrobe di ambil keluar di sumbat masuk ke dalam bagasi. Sudah tiada makna dia tinggal di rumah ini lagi.

Arash yang baru sampai berlari naik ke bilik terus menyambar pergelangan tangan Iris.

"Sayang... Please, kita bincang cara baik. Jangan macam ni."

Iris merentap tangannya. "Bincang? Nak bincang apa lagi? Cukup sampai sini Ras, saya taknak dengar apa-apa."

"Saya cintakan awak Iris, waktu yang sama saya pun cintakan Lydia. Saya tak mampu nak memilih awak atau dia. Awak berdua sama-sama penting dalam hidup saya."

Pergerakan tangan Iris yang sedang memasukkan pakaiannya terjeda. Dia menoleh pandang Arash di sebelah. Kedengaran lawak apa yang baru di ucapkan lelaki itu. Begitu mudah mencintai dua perempuan pada waktu yang sama. Begitu murahnya cinta Arash sehingga mampu di bagi-bagikan dengan perempuan lain.

Jika dari awal lagi dia dapat tahu hubungan mereka, Iris takkan terjebak dalam pernikahan yang hanya akan berhujung sia-sia. Mungkin dari awal Iris akan mengundurkan diri dari hidup Arash. Tapi terlambat, dia baru tahu semuanya sekarang. Setelah dia menjadi isteri Arash.

Hancur teruk hati dan perasaan Iris. Tidak tahu kapan luka di hatinya akan pulih.

Plak!

Tapak tangannya menyasar ke pipi yang sama dia lempang tadi.

Terteleng kepala Arash. Rahangnya mengetap. Pasrah menerima saja setiap pelakuan Iris terhadap dirinya. Sedar, dia telah melakukan silap besar. Pada saat yang sama, dia tak mampu menepis perasaan yang muncul dalam hatinya terhadap Lydia. Dia menginginkan kedua-duanya di dalam hidupnya. Salah kah? Tak pernah terlintas di benaknya untuk melepaskan salah seorang darinya.

"Saya tak perlukan cinta awak lagi! Ceraikan saya sekarang!" melengking suara Iris. Dadanya berombak laju.

Arash masih mengunci mulut. Permintaan Iris sangat berat baginya. Cerai? Apa pula kata ibu dan ayah Iris nanti.

"Baik..." kepala Iris terangguk-angguk. "kalau awak taknak ceraikan saya biar saya yang tuntut cerai dekat mahkamah."

Tak ada peluang lagi untuk lelaki seperti Arash. Curang, tidak ada isteri di dunia ini mampu memaafkan suami curang. Jika ada yang mampu, dia memang seorang wanita hebat. Tapi tidak Iris. Hatinya tak mampu menerima kecurangan Arash jauh lagi memaafkannya. Tidak sama sekali.

Iris tarik bagasi keluar dari bilik.

Arash kepal tangan sisi tubuh. Belakang tubuh isterinya di pandang.

"Saya ceraikan awak Iris Ayuni Binti Zulkifli dengan talak 1." lafaz cerai meluncur dari bibir dalam keadaan diri terpaksa melepaskan Iris.

Iris melangkah keluar dari rumah tanpa berpaling lagi. Rumah dua tingkat itu di tinggalkan serentak dengan air mata yang sudah jatuh menitis ke pipi.

Belum pun genap sebulan bergelar seorang isteri, dia sudah memegang status janda. Semua yang terjadi di luar dugaan manusia sepertinya. Iris perlukan waktu menenangkan diri sebelum memberitahu hal ini pada ibu dan ayahnya. Kedua orang tuanya nanti pasti akan terkejut besar menerima khabar perceraiannya dan Arash.

_____

Iris mengacau-ngacau carrot juice atas meja sembari menunggu seseorang sejak tadi. Pandangannya di buang pada beberapa pasangan yang kelihatan sangat bahagia. Dulu, dia juga pernah berada di situasi itu. Namun kini semua itu hanya tinggal kenangan yang tak layak di ingat dalam hidupnya lagi.

Dua bulan berlalu begitu pantas. Dia sudah sah bercerai dengan Arash. Kekecewaan dan kemarahan yang terpamer di muka ibu dan ayahnya ketika dia memberitahu mereka tentang hubungannya dan Arash sudah berakhir masih segar dalam ingatan. Iris membuang nafas berat.

Arjuna Benjamin, lelaki itu sedang dia tunggu sekarang. Setelah pertemuan mereka seminggu yang lalu, giliran lelaki itu pula mengajaknya untuk bertemu.

Langkah sepasang kaki semakin mendekat ke meja Iris tanpa Iris sedari. Tersentak dia apabila sosok tubuh itu sudah duduk di depannya.

"Lama tunggu?"

Suara berat itu bertanya pada Iris.

"Tak juga..." senyum segaris Iris lempar.

Wajah kacak di depannya menghiasi pandangan Iris. Iris tak nafikan istilah orang kata makin tua makin mengancam. Seperti lelaki di depannya ini sekarang. Auranya begitu mempesona mata.

Arjuna memetik jarinya di depan muka Iris."Perlu masa berapa lama lagi you nak tenung I?"

Cepat Iris larikan pandangan ke lain. Panas wajah akibat malu.

Arjuna memanggil pelayan, memesan minuman.

Iris pula, dia sudah cukup tahu umur lelaki di depannya ini. 40 tahun. Usia mereka terpaut jauh. Mungkin hanya Arjuna yang tak berapa tahu tentang dirinya walaupun dia pernah berhubungan dengan Arash sebelum ini tak semestinya lelaki itu tahu semua tentangnya.

"Tentang hubungan kita, bagi you mungkin cuma alat untuk you gunakan balas dendam pada Arash. Tapi bagi I..." jemari panjangnya mengetuk-ngetuk pelan tepi meja. Iris di pandang serius. "I tak suka main-main dalam hubungan."

Wajah Iris berkerut. "Maksudnya, awak nak hubungan kita seperti apa?"

"You buat tawaran pada I untuk pura-pura jadi kekasih you. You nak Ras rasa apa you pernah rasa. You gunakan I orang paling dekat dengan dia. You tak rasa apa you cuba buat untuk kepuasan hati you sendiri kekanak-kanakan."

Ekspresi Iris menegang. Terasa dengan kata-kata lelaki itu.

"I tak suka hubungan yang klise. Dari pura-pura and then end up falling in love. I nak hubungan kita nampak semula jadi"

"Jatuh cinta bukan hal yang dapat di paksa." bantah Iris.

"Then, kahwin terus dengan I bercinta kemudian. I tak suka buang waktu dengan hubungan yang tak jelas."

"Apa?!"

Suara kuat Iris mengamit beberapa pasang mata menoleh ke arah mereka. Iris tak menduga jika lelaki di depannya ini agak menjengkelkan.

Arjuna menyilangkan tangan ke dada. Pandang muka terkejut Iris.

"So, how?"

"Awak gila?" Iris buntangkan mata. "A...awak suka saya?" spontan pertanyaan begitu di ajukan Iris.

"Buat masa sekarang tak lagi. Cuma, I taknak bazirkan perasaan pada someone yang belum tentu jadi milik I."

"Dah tu, senang aje awak ajak kahwin dah kenapa." geram pula Iris dengan jawapan Arjuna.

"Macam I cakap tadi, bercinta lepas kahwin."

Iris mendengus. Wajah di buang ke lain. Fikirannya jadi buntu. Ajak orang kahwin macam ajak main kahwin-kahwin waktu kecik-kecik dulu. Sukar Iris mahu terima 'offer' Arjuna tadi. Dia baru menjanda kot! Bukan senang dia mahu terima macam tu je. Kebahagiaan sendiri menjadi letak utama.

"Kahwin atas dasar cinta tapi masih berpisah untuk apa."

Sinis kata-kata itu menikam tepat ke dada Iris. Sempat di jelingnya Arjuna. Memang tak dia nafikan pun apa yang di katakan Arjuna ada betulnya. Begitulah kenyataan sekarang.

"Jadi wife I dulu... Selebihnya you sendiri akan tahu."

Membelalak mata Iris. Lagi, Arjuna masih dengan tawarannya.

"Lagi better jadi mommy tiri dari jadi kekasih jadian. Balas dendam you akan jadi lebih seronok. You tak rasa macam tu?"

Entah apa yang mendorongnya bersetuju untuk menjayakan plan Iris. Di sini, Arash yang silap kerana tak menghargai Iris sebagai isteri.

Mata Iris menyorot lama pada wajah di depannya. Sedikit tergoda dengan tawaran Arjuna. Iris berdehem kecil. Dia tak mahu buat keputusan membabi buta.

"Saya fikirkan dulu."

"I bagi you masa tiga hari. Lebih dari tiga hari tawaran I tadi tamat tempoh. You boleh cari lelaki lain untuk jayakan misi you." Arjuna bangun dari duduknya, berjalan ke tepi kerusi yang di duduki Iris.

Kepalanya di tundukkan, berbisik dekat di telinga Iris. "I tunggu kata putus you." langkahnya di bawa pergi meninggalkan Iris yang masih tergamam.

DUDA TERLAJAK HOTWhere stories live. Discover now