-BAB 1-

340 19 1
                                    

Tiga minggu sebelum.

Tampang Iris mengerut memandang Arash nampak seperti hendak keluar. Sekejapan, matanya mengilas angka jam atas meja tepi katil. Jam sudah lewat. Kemana pula suaminya ini mahu pergi.

"Awak nak pergi mana?"

Arash mencapai kunci kereta di tempat gantung. Isterinya di dekati.

"Sorry sayang, saya keluar kejap. Ilman call,  minta ambik. Kereta dia buat hal."

Iris mendengus kecil. "Sejak kita nikah, bukan sekali ni aje awak selalu keluar malam."

Dari hari pertama pernikahan mereka, Arash buat hal sama. Tinggalkan dia dengan bermacam alasan. Mulanya Iris memang tak kesah. Dia cuba memahami. Tapi, kalau dah lebih sekali dua selalu keluar malam, fikirannya mula mengesyaki ada yang tak kena. Cuma Iris tak mahu melayan sangat fikiran sendiri. Buat masa ini dia masih percayakan Arash.

"Jangan lama, dah settle urusan awak balik terus."

"Saya janji. Tidur je dulu, tak payah tunggu saya."

Bibir Arash melekat sekejap di dahi Iris sebelum mengorak langkah keluar dari bilik.

Iris mendekati tingkap bilik, memandang kereta Arash sudah bergerak keluar. Nafasnya di buang kasar.

______

Tersengih-sengih Rohana menyambut kedatangan kekasih anak daranya di depan pintu.

"Lydia dah lama tunggu Ras sampai. Jom masuk."

Rohana memandang kiri kanan rumah jiran. Kot lah ada yang mematai mereka. Bukan tak tahu sana sini namanya di canang satu taman rumah. Rohana peduli apa. Dia nak jemput lelaki bukan muhrim masuk dalam rumah datang malam-malam itu hal dia. Kubur masing-masing. Lantak mereka nak cakap apa. Cemburu lah tu sebab dia bakal dapat menantu kaya.

Pintu di tutup. Rohana ke dapur membancuh air.

"Sayang!"

Lydia meluru segera memeluk Arash "Lamanya..." bibir di muncungkan. Menumbuk manja dada bidang itu.

"Sorry lah sayang. Iris tadi macam tak benarkan je I keluar. Tu pun nasib baik dia tak tanya macam-macam." hidung Lydia di cuit.

"Bagus lah, tu maknanya Iris tu bodoh. Senang kena tipu dengan you." Lydia menarik tangan Arash ke sofa.

"Sayang..." Lydia memanggil dengan nada merengek. Tangan Arash di bawa ke atas ribanya.

"Kenapa you pilih Iris berbanding I. I ni tak cukup baik, tak cukup sempurna ke untuk jadi isteri you?"

Arash menggeleng. Rambut lepas Lydia di belai. "You lebih dari sempurna."

"Dah tu, kenapa bukan I yang jadi isteri you?" Lydia tarik muka masam.

"You tau kan, parents Iris nak sangat kami cepat nikah."

"You terpaksa kan? You boleh je tinggalkan Iris. You masih ada I. Kita pun tak payah sembunyi-sembunyi tiap kali jumpa. You tak penat ke dengan hubungan kita ni." Lydia meluah isi hatinya.

"Masalahnya, Iris tu kawan rapat you sayang. Kalau I berterus terang, hubungan you dengan dia macam mana?"

Lydia jungkit bahu. "I tak kesah putus kawan dengan Iris. Demi you, betul... I tak kesah pun Ras."

Arash ketawa kecil. "I risau je kalau sampai Iris tau you dia ganyang. Iris tu, bukan you tak tau kalau dah naik hantu."

Lydia mendesis sebal. "You kan ada backup I."

"Sayang, dengar sini... Sekarang ni parents Iris percayakan I kalau I memang cintakan anak mereka sorang. Nak taknak, kita kena jalani hubungan kita diam-diam macam sekarang ni. Tak perlu ada yang tau selain you, I dan mak you." jemari Lydia di genggam kemas.

"Hmm!" Lydia memalingkan wajah ke lain. Tak puas hati.

"Still, I akan cari masa untuk bersama you. Sejak I kahwin, tak pernah lagi I abaikan you kan." Arash memujuk lembut. Dagu Lydia di paut memandangnya.

"Fine. Tiap kali I perlukan you, you kena datang cepat."

"I janji..." tubuh Lydia di tarik rapat ke dadanya.

Kedua-dua tangan Lydia melilit kemas di pinggang Arash. Melepaskan rindu di dada.

"Ehem!" Rohana berdehem. Mug berisi nescafe panas di letakkan atas meja.

"Mak ni, kacau daun aje lah!"

Rohana jegilkan mata. Arash di pandang, melemparkan senyum penuh makna .

"Ras... Makcik nak minta tolong sikit ni, boleh?"

"Mak..." Lydia sudah naik geram bila menghidu apa di mahu ibunya.

"Ada apa makcik?"

"Ni, makcik nak pinjam duit Ras lagi. Tak banyak, dalam lima ratus."

"Mak nak pinjam duit lagi? Hish mak ni, ingat buah hati orang ni tempat mak pinjam duit ke..." Lydia mengerutu jengkel.

Arash mengusap lembut bahu Lydia. Dia pandang semula wanita di sebelahnya. "Boleh je makcik... Takda masalah pun."

Arash menarik keluar dompetnya. Mengelurkan jumlah yang di minta Rohana tadi.

Tersengih-sengih Rohana menyambut duit yang di hulur Arash. Sempat di hidu duit kertas dekat tangannya. Bau duit memang wangi.

"Ada duit nanti makcik ganti balik."

"Yelah tu mak. Hutang mak dekat Ras dulu tu pun mak belum bayar lagi." celah Lydia sembari memasang tampang menyampah.

Arash ketawa kecil. "I tak kesah pun mak you nak bayar ke tak."

"Ha, engkau dengar tu. Kau yang melebih." terjuih mulut Rohana membawa diri ke biliknya.

"You ni!" paha Arash di cubit geram.

"Eh, I pulak?"

"Yelah, you layankan sangat mak I tu."

"Dengan mak sendiri pun you nak cemburu." Arash tergelak geli hati.

Lydia menampar lengan Arash. Mulut di muncungkan. Mestilah dia cemburu!

_____

Iris memisatkan mata, sebelah tangan meraih telefon atas meja. Gagah mata yang berat dengan kantuk di celikkan. Pesanan dari Arash yang baru masuk di baca.

'Saya lambat sikit balik. I'm so sorry.'

Iris lempar telefon tepi bantal. Selimut di tarik membungkus satu tubuhnya.

Mulut lelaki cuma taunya berjanji, tapi jarang di tepati. Iris memaksa pejam matanya dengan perasaan sebal yang menebal.

DUDA TERLAJAK HOTWhere stories live. Discover now