-BAB 2-

278 17 0
                                    

Dekat seminggu Iris tahan geram hati pada Arash, lelaki itu makin kerap lambat balik. Macam biasalah, bila di tanya sebab sejuta alasan di beri.

Dulu-dulu, waktu tengah bercinta, asyik nak berkepit setiap masa. Ni, bila dah jadi suami isteri masa dengannya ada had limit pulak. Sibuk overtime, balik-balik alasan sama. Muak!

Iris hanyut dalam lamunan. Mereka pasangan suami isteri. Ya, itu pada dasarnya. Tapi, sudah dua minggu lebih menikah, Arash masih belum menyentuhnya lagi walaupun tidur satu katil. Pelik. Itu Iris rasa. Nak kata Arash suka kaum sejenis, Iris yakin jika Arash seorang lelaki yang normal. Sakit otak Iris memikirkan sikap suami sendiri.

Mug yang sudah kosong di bawa ke sinki. Iris berniat mahu pergi ke rumah sewa Lydia. Teman yang satu itu cukup lama tak menghubungi. Kali terakhir Lydia menghubunginya sebelum majlis pernikahannya dan Arash. Itu pun Lydia kata tak dapat nak datang, beralasan tak sihat badan.

Iris naik ke bilik. Bersiap ala kadar. Rambutnya di kelip dengan jepit rambut, meraih kunci kereta keluar dari bilik. Dia memandu ke rumah sewa Lydia tanpa mengabari terlebih dahulu. Hujung minggu begini, dia tau Lydia sedang ada di rumah.

Tegun Iris berdiri di tepi pintu kereta. Pandangannya terhunus pada sebuah kereta di luar pagar tidak jauh dari keretanya.

Itu kan, kereta suaminya?

Kencang debaran di dada. Pintu pagar yang terkuak kecil memudahkan Iris melangkah masuk mendekati pintu rumah. Dari luar pintu, telinganya jelas menangkap gelak tawa dan usik mengusik Arash dan Lydia dari dalam.

"Iris tak curiga dekat you ke sayang? You asyik kata sibuk overtime, kesian lah sikit dekat Iris. Mesti dia lonely kerap sangat you tinggal."

"I lebih kesiankan you sayang. Masa I dengan Iris lebih banyak bandingkan masa I untuk you tau."

Lydia ketawa manja.

"Aww! Stop it Ras! You belum mandi lagi."

"I don't care. I want you..."

"Dekat sini? Serius? Geli lah Ras!"

Tangan Iris mengepal kuat. Nafasnya memburu laju. Pelan, tangan di angkat mengetuk pintu.

Gelak tawa Arash dan Lydia di ruangan tamu terhenti. Keduanya saling berpandangan lalu serentak menoleh ke arah pintu.

"Siapa?" Lydia soal.

"Don't know?" Arash jungkit bahu.

Lydia tolak perlahan tubuh Arash yang lagi menindihnya. Dia berjalan ke arah pintu. Arash mengekori dari belakang. Keduanya tergamam sebaik pintu terbuka. Wajah Iris tersembur depan mata. Cepat-cepat Arash mengancingkan semula butang kemejanya.

"I...Iris..." terbata-bata suara Lydia. Tak menyangka Iris akan datang ke sini.

"Terkejut?" tangan Iris semakin kuat mengepal.

Muka Lydia sudah berubah pucat. Liur di telan payah. Mereka ketahuan!

"S...sayang...saya boleh jelaskan." Arash mendekati Iris. Hendak menarik lengan Iris pergi, tapi tangannya di tepis Iris dengan kasar.

Batang tubuh Iris masih tak berganjak. Di renungnya dua wajah manusia yang sudah menusuknya diam-diam dari belakang. Dua-duanya orang yang Iris percaya dan sayang. Tapi ini balasan dia dapat akibat terlalu percaya dia di perbodohkan mereka.

Iris ketawa. Lydia sudah mengundur selangkah masuk ke dalam.

Kalau lah dia tak berniat hendak datang ke sini petang ini, rasa-rasanya bila agaknya dia akan tahu? Setahun, atau dua tahun kemudian? Mungkin lebih lama dari itu dirinya terus akan di bodohi mereka.

"Iris... a...aku-"

Plak!

Tak sempat Lydia habiskan ayatnya, dia sudah jatuh tersungkur ke lantai di lempang Iris sekuat tenaga. Terketar-ketar tangan Lydia menyentuh bibirnya sudah mulai pedih.

"Aku taknak dengar penjelasan kau!" Arash yang menikus tepi pintu di pandang.

"Berapa lama?" lelaki itu di dekati.

Arash bungkam melihat tampang Iris yang kelihatan menahan amukan.

"Dah berapa lama Arash!" Iris membentak nyaring.

"Se...setahun." gagap Arash menjawab.

Iris ketawa. Selama setahun dia di tipu hidup-hidup rupanya.

Plak!

Arash terkedu bila tapak tangan isterinya melekap di pipi kanannya. Kuat. Panas rasa mukanya. Telinganya turut berdesing.

"Ceraikan saya!"

Arash menggeleng. Tangan Iris di tarik.

Iris mendorong kuat tubuh Arash sampai terhentak bahu lelaki itu ke dinding. Setianya di balas dengan pengkhianatan. Bukan orang lain, tapi orang yang paling dekat dengannya.

Iris mengimpikan kehidupan yang bahagia bersama orang yang di cintai dan mencintai dirinya. Rupa-rupanya, istilah hidup bahagia itu tak menjamin apa-apa sekalipun saling mencintai. Impiannya musnah tepat di depan mata. Lebih memedihkan, orang yang memusnahkan semuanya adalah orang yang dirinya cintai selama ini.

Iris memalingkan tubuh mengorak langkah keluar. Dia mengesat air mata yang hampir jatuh dengan belakang tangan. Panggilan Arash yang mengejarnya dari belakang tak di pedulikan. Laju dia membolos masuk ke dalam kereta segera pergi dari situ.

DUDA TERLAJAK HOTWhere stories live. Discover now