-BAB 4-

272 11 1
                                    

Hampir genap tiga hari tempoh di beri. Tapi minda Iris masih berbelah bahagi dalam membuat keputusan. Kerana dia yang memulakan langkah dahulu telah berani mati membuat penawaran pada Arjuna, untuk berpatah balik bukan prinsip hidupnya.

Telefon atas meja solek di raih, hendak menelefon Arjuna. Namun, niatnya tergendala ketika pesanan dari lelaki itu masuk pada waktu yang sama. Lokasi letaknya sebuah restoran yang di terimanya membuat kening Iris bertaut rapat.

'I akan makan malam dengan Arash malam ni. Lydia with her mom ada sekali. Kalau you datang, I anggap deal kita jadi. I'm waiting for you.'

Telefon di letakkan semula. Kedua-dua tangan Iris mengepal. Amarahnya menggila dalam diri bila di ingat balik pengkhianatan yang di lakukan Arash dan Lydia di belakangnya. Tak semudah itu dia lupakan. Apalagi memaafkan.

Mungkin orang lain akan berkata move on adalah jalan yang terbaik. Tapi mereka tak berada di tempatnya. Tak mengerti sesakit apa dia rasa ketika segenap rasa percaya di berikan pada Arash dan Lydia tapi dua orang manusia itu malah mempermainkannya. Dari bangku sekolah lagi dia dan Lydia tak pernah berenggang. Sudah seperti adik beradik. Alih-alih, dia di tusuk diam-diam dari belakang. Tahu seperti apa rasanya? Seperti di rejam dengan ribuan belati.

Sungguh dia tak menyangka, Arash mahupun Lydia begitu pandai menyembunyikan hubungan mereka dari dirinya. Sangat berbakat berlakon di hadapannya. Hatinya berdenyut sakit tiap kali mengingat semula tipu helah mereka. Di sini dia lah yang bodoh. Terlampau percaya dan mudah tertipu.

Langkahnya di bawa menuju wardrobe. Tangan mula bergerak memilih satu persatu gaun yang tergantung depan mata. Sehelai gaun satin hitam di tarik keluar. Angka jam atas meja di kilas. Masih ada berapa jam saja lagi untuk memberi kejutan pada Arash. Tak sabar rasanya mahu melihat seperti apa ekspresi lelaki itu nanti.

______

Jam di pergelangan tangan di pandang. Kelakuannya itu di sedari Arash.

"Dad ada invite someone join makan malam kita?" Arash dan Lydia di sebelah berpandangan.

"Ha, itu lah saya pun perasan gak dari tadi tuan asyik tengok jam." Rohana mencelah, dengan nada mengusik.

Lydia di sebelah di jeling. Kalau tau Arash ada bapak hot lagikan berharta dari awal lagi takda lah dia nak kenankan Arash jadi bakal menantu. Sayangnya, dia yang terlepas pandang kerana tak menyiasat latar belakang Arash dari awal hubungan Arash dan Lydia.

Arjuna menggeleng kecil sebagai jawapan. Seorang pelayan di gamit.

Melihat kemesraan yang di pamer Arash dan Lydia tanpa ada rasa segan silu di depannya, terdetik dalam hati apa Arash tak punya sedikit pun rasa bersalah terhadap Iris. Setelah bercerai dengan Iris, Arash masih meneruskan hubungannya dengan Lydia seperti tak ada apa yang terjadi. Kesalnya di diamkan.

Bunyi derap tumit kasut semakin mendekat ke meja mereka membuat Arash dan Lydia yang sedang membelek menu serentak menoleh ke wajah yang sudah menghentikan langkah di tepi meja.

"I-Iris?" Arash tergamam.

Bermacam pertanyaan bermain di kepalanya, tiada satu pun temui jawapan untuk kepastian.

Mata Lydia membulat besar. Kenapa Iris ada di sini! Lengannya yang di senggol si emak tak di pedulikan. Hanya Arjuna yang kekal tenang.

"Sorry, I'm late." bahu Arjuna di rangkul sekejap semakin membuat Arash terperangah.

Arash pandang Arjuna dan Iris silih ganti. Ada apa dengan semua ni!

Arjuna bangun, menarik kerusi di sebelahnya untuk Iris.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DUDA TERLAJAK HOTWhere stories live. Discover now