[1] Her Nightmare

370 50 33
                                    

Ayah:Jangan lupa dinner malam ni Aylin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayah:
Jangan lupa dinner malam ni Aylin.

Aylin menatap lama screen handphonenya. Ikut kan ini, sudah 3 kali Tuan Iskandar menghantar pesanan ringkas untuk mengingatinya tentang hal itu. Dia tidak tahu kenapa ayahnya terlalu serius dengan dinner tersebut.

Aylin:
Ok ayah

Aylin meletakkan handphonenya di atas meja tepi katil, pandangannya terhenti pada frame gambar yang terletak di atas meja.

Dalam gambar itu, keluarga kecil mereka terlihat sangat bahagia. Namun gambar itu sudah berusia 18 tahun. Selepas ayahnya berkawin dengan wanita lain, Aylin memilih untuk berpindah dan tinggal seorang diri.

Saat berumur 22 tahun, Aylin terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis. Dia terpaksa berkerja di syarikat Tuan Iskandar kerana satu hari nanti dia akan menggantikan posisi ayahnya itu.

Walaupun sudah genap berumur 26 tahun, Aylin masih belum berkahwin. Berteman saja sangat sukar bagi Aylin, apatah lagi mencari pasangan hidup?

Aylin tidak akan membenarkan sesiapa masuk terlalu jauh ke dalam hidupnya kerana dia tidak dapat untuk mempercayai sesiapa. Semuanya kerana masa lalu yang masih menghantui hidup Aylin. Dia takut tiada sesiapa yang akan menerima dirinya jika mereka mengetahui hal yang selama ini cuba dia sembunyikan.

Aylin tidak ingin memulakan hubungan yang dia tahu akan berakhir.

~°~

Tuan Iskandar menghirup coffee suamnya, pagi itu dia berencana ingin bermain golf bersama dengan sahabatnya yang sudah lama tidak dia temui.

"Abang dah bagi tau Aylin?" Soal Puan Sofea yang saat itu sedang duduk di sebelah Tuan Iskandar.

"Dah sayang." Jawab Tuan Iskandar.

"Saya harap Aylin gembira lepas bertemu lagi dengan Sai."

"Abang pun harap macam tu.." Tuan Iskandar termenung sambil melihat arah kolam renang dari dinding kaca ruang tamu.

Tuan Iskandar masih ingat lagi, Aylin dulu adalah seorang gadis yang ceria. Namun selepas Tuan Richard dan Sai berpindah ke luar negara, sikap Aylin terus berubah. Aylin menjadi seorang gadis yang tertutup dan pendiam.

Tuan Iskandar berharap selepas Aylin bertemu kembali dengan Sai, Aylin akan kembali ceria seperti dulu. Tuan Iskandar tahu bahawa hanya Sai sahaja sabahat baik yang memahami Aylin. Mungkin perpisahan mereka dulu itulah yang membuat sikap anaknya berubah.

~°~

Aylin memberhentikan keretanya di alamat yang diberikan oleh Tuan Iskandar. Dress yang berwarna hitam dan makeup yang simple menjadi pilihan Aylin malam itu. Aylin memang tidak suka berlebihan dalam berdandan.

𝟮𝟰/𝟳 𝗬𝗢𝗨Where stories live. Discover now