𝗕𝗟𝗨𝗥𝗕

351 35 4
                                    

𝟮𝟲 𝗠𝗮𝘆 𝟭𝟵𝟵𝟳

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝟮𝟲 𝗠𝗮𝘆 𝟭𝟵𝟵𝟳

Sai terbangun dari tidurnya saat terdengar bunyi hentakan yang sangat kuat. Anak kecil yang baru berusia 5 tahun itu menggosok-gosok kelopak matanya dengan lembut.

Sai turun dari katil lalu keluar dari bilik tidurnya, dengan langkah perlahan Sai pergi ke bilik kedua orang tuanya.

"Argh!!"

Sai tersentak saat terdengar jeritan yang kuat dari bilik kedua orang tuanya. Sai terus masuk ke dalam bilik tersebut saat melihat pintu bilik yang tidak tertutup.

"Mama.." Panggil anak kecil itu. 

Mata Sai membulat saat melihat ke arah Tuan Richard yang sedang mencekik leher Puan Katerine. Kelihatan Puan Katerine meronta-ronta mencuba untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

"Papa!!" Sai berlari mendekati kedua orang tuanya. Puan Katerine yang tadinya meronta kini hanya terbaring kaku.

"Mama... Mama.." Panggil Sai lembut. Namun, tiada tanda pun yang wanita itu akan membuka matanya. Tangan kecil Sai menggeletar saat menyentuh beberapa kesan lebam di wajah wanita itu.

Tuan Richard mengangkat tubuh Puan Katerine seperti tidak melihat langsung kehadiran anak lelakinya itu. Tuan Richard membawa tubuh Puan Katerine ke bangsal kayu yang berada di hutan belakang rumah agam milik mereka.

Sai yang sedari tadi memanggilnya tidak dia hiraukan, Sai tiada pilihan lain selain mengikuti saja kemana Tuan Richard membawa Puan Katerine. Sai menangis semahunya di belakang Tuan Richard.

Sampai sahaja di hadapan bangsal kayu, Tuan Richard terus masuk tanpa menghidupkan lampu terlebih dahulu. Tuan Richard meletakkan tubuh Puan Katerine di atas simen lalu menuang minyak petrol ke tubuh wanita itu.

"Papa!" Sai memeluk kaki Tuan Richard.

"Sai.. Pergi sana sayang." Tuan Richard berkata dengan nada yang lembut sambil menunjuk ke arah pintu bangsal kayu. Sai tiada pilihan lain selain mengikuti arahan Tuan Richard.

Tuan Richard mengeluarkan mancis dari poket seluarnya lalu membakar tubuh Puan Katerine. Bangsal kayu yang tadinya gelap kini diterangi cahaya api dari tubuh Puan Katherine.

"Ma.. Ma.." Air mata Sai semakin deras mengalir di pipi.

"Kenapa papa bakar mama?!" Jerit Sai membuatkan suaranya bergema di bangsal kayu itu. Dia berlari ke arah Tuan Richard sambil menangis teresak-esak. Tuan Richard melihat ke arah Sai tanpa menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya.

"Sampah harus dibakar." Hanya itu yang diucapkan oleh Tuan Richard kepada Sai sebelum mendukung tubuh kecil itu keluar dari bangsal kayu tersebut.

Malam itu Tuan Richard membunuh isterinya sambil disaksikan sendiri oleh anak lelakinya Sai.

𝟮𝟲 𝗠𝗮𝘆 𝟮𝟬𝟭𝟴

Aylin membuka matanya, dia mendapati bahawa dirinya sudah terikat di kerusi kayu. Badannya terasa sangat lemah sekali, dia yakin bahawa dia sedang berada di ruangan bawah tanah milik keluarga Sai.

Aylin cuba untuk melepaskan tali yang terikat di tangannya. Namun, tindakannya terhenti saat terdengar bunyi tapak kaki mendekatinya. Dari kegelapan, Aylin dapat melihat seorang lelaki mendekatinya dengan langkah perlahan.

Jantung Aylin berdegup kencang saat pandangannya bertemu dengan sepasang mata biru milik lelaki itu. Sai yang kini sudah berdiri di hadapannya tunduk lalu mendekatkan wajahnya di wajah Aylin.

Aylin yang ketakutan terus memalingkan wajahnya ke arah lain, dia memejamkan matanya kerana takut di apa-apakan oleh lelaki itu.

"Mine.." Bisik Sai di telinga Aylin. Tanpa sedar air mata Aylin mengalir di pipi. Aylin dapat merasakan ibu jari Sai mengesat air matanya. Tangan Sai terasa hangat saat menyentuh pipinya.

"Aw.. Awak nak apa?" Akhirnya Aylin mendapat keberanian untuk bertanya walaupun dia sudah tahu jawapan dari soalan itu.

"Kenapa awak ikat saya dekat sini?" Suara Aylin masih terdengar tenang walaupun jantungnya terasa seperti ingin meletup. Aylin tersentak saat Sai menyentuh lehernya.

"I can feel it.." Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Sai bersuara.

"Your heartbeat.." Sambung Sai lagi. Aylin masih memejamkan matanya, dia tidak berani untuk menatap wajah Sai.

"How can you smell so good even though you haven't showered for 2 days?" Aylin dapat merasakan nafas hangat Sai di lehernya.

"S.. Sai.."

Sai memegang kedua pipi Aylin lalu memalingkan wajah Aylin menghadapnya.

"Open your eyes Aylin.." Suara Sai terdengar pelan seakan-akan berbisik. Aylin pun terus membuka matanya membuatkan pandangan mereka bertemu.

"I love you.."

Mata Aylin membulat saat bibir Sai menyentuh bibirnya.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝟮𝟰/𝟳 𝗬𝗢𝗨Where stories live. Discover now