[3] She Belongs To Him

316 36 11
                                    

Puan Sofea mengetuk pintu ruang bacaan Tuan Iskandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Sofea mengetuk pintu ruang bacaan Tuan Iskandar. Dia risau kerana sudah pukul 11 malam namun Tuan Iskandar masih belum masuk ke dalam bilik. Puan Sofea tahu, pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran suaminya itu.

Pintu ruangannya itu terbuka dari dalam, kelihatan Tuan Iskandar berdiri di depan pintu. Melihat kehadiran Puan Sofea, dia tahu pasti dia sudah terlalu lama di ruang bacaan itu. Dia sibuk memikirkan Aylin sehingga lupa untuk memeriksa waktu.

"Maafkan abang.." Tuan Iskandar tersenyum kelat. Puan Sofea tersenyum lalu masuk ke dalam ruang bacaan Tuan Iskandar.

"Abang belum ngantuk? Kalau abang nak berjaga, ajaklah Sofea sekali." Kata-kata Puan Sofea berjaya membuatkan Tuan Iskandar tergelak kecil. Seperti biasa, Puan Sofea pandai membuat suasana hatinya berubah.

Tuan Iskandar menutup pintu ruangan itu lalu pergi ke arah Puan Sofea yang sudah duduk di sofa.

"Abang risaukan Aylin?" Soal Puan Sofea saat Tuan Iskandar duduk di sebelahnya.

"Yaa, abang risaukan Aylin." Jawab Tuan Iskandar lalu menyandarkan belakangnya di sofa. Puan Sofea memegang tangan Tuan Iskandar sambil menatap wajah suaminya itu.

Kelihatan cecair jernih mengalir di pipi Sofea membuatkan Tuan Iskandar terkejut.

"Maafkan Sofea.. Sepatutnya Sofea datang untuk tenangkan abang, tapi Sofea pula yang nangis." Puan Sofea mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Bibirnya mengukir senyuman tipis. Dia merasa bersalah kerana semenjak berkahwin dengan Tuan Iskandar, hubungan Aylin dan Tuan Iskandar seperti meretak. Dia juga menyalahkan dirinya saat Aylin memilih untuk pindah dan tinggal sendiri.

Tuan Iskandar memeluk tubuh Puan Sofea lalu mengusap pelan belakang Puan Sofea. Dia faham kenapa isterinya itu tiba-tiba menangis.

"Maafkan Sofea, abang.." Puan Sofea sudah menangis teresak-esak di dada Tuan Iskandar. Puan Sofea cuba untuk berpura-pura kuat di hadapan Tuan Iskandar, namun usahanya selalu gagal.

~°~

Aylin mencelikkan matanya, cahaya matahari dari tingkap kaca membuatkan pandangannya menjadi silau. Adakah dia lupa untuk menutup langsir itu semalam?

Aylin memegang kepalanya yang masih terasa sakit. Aylin mengerutkan dahi saat tangannya menyentuh sesuatu yang asing. Aylin terus menarik benda itu jauh dari dahinya.

'Cool fever?'

Mata Aylin membulat, dia terus melihat ke sekeliling bilik. Keadaan biliknya terlihat sangat rapi seperti ada seseorang yang mengemasnya. Pandangan Aylin terhenti pada langsir jendela kaca yang sudah terselak rapi. Jantungnya mula berdegup kencang.

Aylin cuba untuk bangun lalu memaksa dirinya untuk turun dari katil, namun tindakannya itu membuatkan dia jatuh terduduk di atas lantai. Badannya terasa lemah kerana dia pasti sudah terkena demam panas.

Aylin tidak dapat memikirkan apa-apa, dia hanya ingin keluar dari rumah itu dengan secepat mungkin. Dia pasti bahawa Sai sudah berada di dalam rumahnya.

Dia tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh masuk ke dalam rumahnya, tapi dia pasti bahawa tiada apa-apa yang boleh menghalang lelaki itu untuk melakukan kerja gila.

Aylin bangun dari duduknya, dengan langkah perlahan, akhirnya dia berjaya keluar dari dalam bilik. Aylin pergi ke arah tangga yang menghubungkan tingkat satu dan tingkat dua, dia menuruni setiap anak tangga itu dengan penuh berhati-hati.

Hidungnya menangkap wangian dari arah dapur, namun dia tidak menghiraukan wangian itu. Aylin melihat ke arah pintu utama, namun kakinya tiba-tiba terasa lemah membuatkan dia jatuh terduduk di atas lantai.

Aylin yang tertekan terus memukul kakinya sendiri kerana sekarang bukannya masa untuk jatuh. Dia harus segera bangkit dan keluar dari rumah itu.

"Aylin."

Mata Aylin membulat saat terdengar suara Sai memanggil namanya, sekali lagi Aylin cuba untuk bangun namun bunyi tapak kaki itu terdengar semakin mendekat ke arahnya. Dia dapat rasakan tangan Sai menyentuh bahunya, namun dengan pantas Aylin menepis tangan itu.

Aylin tertunduk, sakit pada kepalanya membuatkan dia hampir pitam. Rambut panjangnya yang sedari tadi terhurai itu kini sudah menutup wajahnya.

"Aylin.." Suara Sai terdengar sangat dekat di telinganya. Sai membetulkan posisi rambut Aylin yang menutup wajahnya. Bibir Sai mengukir senyuman saat pandangan mereka bertemu.

Seketika harapan Aylin untuk keluar dari rumah itu musnah. Semuanya sudah terlambat, dia tidak akan dapat untuk keluar dari rumah itu.

Pandangan Sai terhenti pada bibir Aylin yang kelihatan lebih merah dari biasanya. Tanpa sedar air mata Aylin mengalir di pipi. Sai terus menarik tubuh Aylin ke dalam pelukannya. Hangat, badan Aylin terasa sangat hangat.

"Shh.. It's just me.." Aylin dapat merasakan tangan Sai mengusap pelan belakangnya.

"You're not trying to run away from me, right?" Soal Sai. Aylin sekadar mengangguk. Sai meleraikan pelukannya lalu memegang kedua pipi Aylin.

"I made breakfast for you." Sai berkata sambil menatap mata Aylin. Dia mengusap rambut Aylin lalu membantunya untuk bangun. Sai memegang erat tangan Aylin, membawanya pergi ke dapur.

Kehadiran Sai sekali lagi membuatkan Aylin merasa seperti patung yang tidak bernyawa.

~°~

Aylin:
Aylin tak dapat masuk kerja harini, Aylin demam.

Tuan Iskandar memandang lama pesanan ringkas dari Aylin.

Tuan Iskandar:
Boleh ayah datang jenguk Aylin?

Aylin:
Aylin nak rest

Tuan Iskandar:
Baiklah.. Rest cukup-cukup Aylin

Aylin:
Ok

Tuan Iskandar mengeluh kecil lalu meletakkan handphonenya di atas meja. Dia sangat risau dengan keadaan Aylin, kalau ikutkan hati dia ingin memeriksa sendiri keadaan Aylin namun dia tidak mahu membuatkan anaknya itu tidak selesa.

Bunyi ketukan dari pintu membuatkan Tuan Iskandar tersedar dari lamunannya.

"Masuk." Arah Tuan Iskandar. Pintu ruangan itu pun terus terbuka, kelihatan Hisham PA nya masuk bersama fail di tangannya.

~°~

Selepas menghantar pesanan ringkas pada Tuan Iskandar, Sai terus membaca isi pesanan ringkas yang pernah Aylin terima. Selepas itu dia memeriksa kenalan yang ada di dalam handphone Aylin.

Bibirnya mengukir senyuman, ternyata Aylin hanya menyimpan beberapa nombor yang penting sahaja. Pandangan Sai terhenti pada nombornya yang masih belum di simpan oleh Aylin.

Sai melihat ke arah Aylin yang masih lena di atas katil, dia berfikir bahawa Aylin pasti terlupa untuk menyimpan nombornya semalam. Selepas selesai menyimpan nombornya di handphone Aylin, Sai meletakkan kembali handphone itu di atas meja tepi katil.

Sai duduk di sebelah Aylin lalu membetulkan posisi rambut Aylin yang menutup wajahnya.

Sai menatap lama wajah Aylin, wajah yang sangat dia rindui. Selama 6 tahun tanpa Aylin, hidupnya terasa kosong dan tidak bermakna. Tiada sehari pun dia tidak memikirkan Aylin. Dia kembali kerana ingin mengambil hak miliknya, tiada sesiapa yang layak untuk memiliki Aylin selain dirinya.

𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|

𝟮𝟰/𝟳 𝗬𝗢𝗨Where stories live. Discover now