[2] His Other Half

245 32 2
                                    

𝟭𝟬 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟬𝟮

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝟭𝟬 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟬𝟮

Dengan langkah perlahan, Sai mengangkat bagasinya turun ke tingkat bawah. Semalam Tuan Richard memberi tahunya bahawa hari ini Tuan Richard akan pergi ke luar negara atas urusan kerja. Sai hanya mengangguk faham, dia sudah biasa ditinggal pergi oleh Tuan Richard. Sebelum ini, jika Tuan Richard ingin ke luar negara atas urusan kerja, Sai akan di tinggalkan bersama dengan pembantu rumah. Tapi kali ini berbeza, Tuan Richard ingin meninggalkan Sai di rumah sahabat baiknya.

Sai mendekati Tuan Richard yang sedari tadi menunggunya di ruang tamu. Tuan Richard terus berdiri dari duduknya selepas melihat kehadiran Sai. Tanpa berkata apa-apa, Tuan Richard terus berlalu pergi meninggal ruang tamu itu diikuti dengan Sai.

Tuan Richard berharap Sai akan berteman baik dengan anak sahabat baiknya itu, dia sedikit risau dengan sikap Sai yang tertutup dan pendiam. Tuan Richard juga tidak pernah melihat anak lelakinya itu tertarik dengan sesuatu.

Kereta Tuan Richard meninggalkan perkarangan rumah mewah 3 tingkat milik mereka. Seperti biasa, Sai tidak menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya.

Tuan Richard hanya focus memandu tanpa berkata apa-apa pun pada Sai sehinggalah kereta Tuan Richard  masuk ke perkarangan rumah mewah 3 tingkat milik sahabatnya itu.

Tuan Richard memberhentikan enjin keretanya lalu keluar dari perut kereta diikuti oleh Sai. Tuan Richard mengeluarkan bagasi Sai lalu membawa Sai pergi ke pintu utama. Tidak lama selepas Tuan Richard menekan lonceng rumah, pintu utama itu terbuka dengan luas. Kelihatan seorang lelaki segak yang berumur lingkungan 30an berdiri di hadapannya. Lelaki itu adalah Tuan Iskandar, sahabat baiknya.

Tuan Iskandar menyambut kedatangan Tuan Richard dengan senyuman, dia menghulurkan tangannya lalu mereka berdua pun terus bersalaman.

"Ini anak aku Sai." Kata Tuan Richard pada Tuan Iskandar namun Sai hanya mendiamkan diri tanpa menunjukkan apa-apa riaksi di wajahnya. Tuan Iskandar tersenyum lalu menyusap rambut Sai.

"Ini anak aku.. Eh? Mana Aylin?" Soal Tuan Iskandar keliru. Baru sekejap tadi Aylin berdiri di belakangnya, kini sudah tiada.

"Ayah!" Aylin melompat keluar dari belakang pintu utama kerana ingin mengejutkan Tuan Iskandar. Ternyata usahanya berhasil.

Tuan Iskandar mengeleng sambil mengusap dadanya kerana terkejut, nasib baiklah dia tiada penyakit jantung. Tidak kena dengan usia 10 tahun, Aylin masih saja suka mengejutkannya.

𝟮𝟰/𝟳 𝗬𝗢𝗨Where stories live. Discover now