"Apa yang harus dilakukan untuk redakan hati yang resah, Ustaz...?" Zaed pandang wajah Ustaz Hanif yang sedang berkira-kira menutup buku notanya.
Usai majlis ilmu di masjid, Zaed duduk lama di depan Ustaz Hanif. Tiada langsung hatinya untuk pulang ke rumah. Lebih rela berteleku disini mengubat hati yang sedang lara.
Ustaz Hanif. Satu satunya manusia yang tahu hal sebenar dan menjadi pendengar setianya ketika ini. Terkejut bukan kepalang lelaki ini saat mengetahui dia dinikahkah secara mengejut dengan wanita lain.
"Zaed..."
Zaed panggung kepala. Anak matanya yang pudar itu bertemu dengan bening mata Ustaz Hanif.
"Hal hati itu akan jadi berat sekiranya kita sentiasa memikirkan masalah dan bukan mencari jalan penyelesaiannya..."
Zaed diam. Halkumnya bergerak-gerak menanti kata Ustaz Hanif.
"Saya tahu, Zaed. Keadaan awak sukar buat masa sekarang."
"Ya Ustaz...yang ada sekarang ini ada rasa benci. Marah. Dan marah saya seolah-olah dirasuk sesuatu.Saya tak boleh tengok muka Diana. Rasa... nak..."
"Manusia itu lemah. Ada masanya kita goncang dengan dugaan. Nabi Muhammad s.a.w juga pernah mengalami dukacita..."
"Dan apa dugaan yang mendatang sekalipun, ia sudah tertulis di dalam takdir Ilahi. Walaubagaimanapun, Allah tidak pernah meninggalkan hambanya sendirian. Bawak beristighfar, Zaed. Ingat Tuhan!"
"Masihkah Tuhan memandang manusia yang banyak khilafnya seperti saya Ustaz?"
Ustaz Hanif tersenyum.
"Jangan sesekali kita bersangka buruk dengan Allah, Zaed."
"Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, Allah berfirman "Aku (Allah) sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku. (Muttafaqun 'alaih)" Hadis ini mengajarkan kepada setiap muslim untuk selalu berprasangka baik (huznuzhon) dan berharap kepada Allah SWT.Ketika kita bersedih, lalu berdoa. Kita harus yakin doa kita akan dikabulkan oleh Allah. Jangan sampai berfikiran bahwa Allah tak mencintai kita. Berdoa untuk buat hati jadi tenang. Percayalah Allah pasti mengabulkan doa, asalkan kita juga bertaqwa dan beriman kepadaNya."
Zaed tertunduk diam.
"Apa yang awak doakan Zaed?"
"Saya... saya... nak hilangkan benci yang hadir dalam diri ni Ustaz, hubungan saya dengan Diana seolah olah dihujung tanduk. Kami seolah-olah boleh berbunuhan antara satu sama lain.. dendam dan benci terlalu tinggi..."
"Maafkan dia. Maafkan diri kamu..."
"Mustahil Ustaz... mustahil...." terbit senyum hampa pada wajah Zaed. Nak memaafkan si gila itu? Tak mungkin.
"Zaed, memaafkan itu sebenarnya bukan untuk Diana. Tetapi untuk diri sendiri. Awak tidak akan mampu untuk memaafkan orang lain sekiranya awak tidak melepaskan rasa marah yang bergelumang dalam jiwa."
Zaed diam.
"Hati saya dah mati Ustaz...tiada lagi kata maaf. Tiada lagi rasa simpati.. yang ada hanya benci..."
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."
Ustaz Hanif pandangan anak mudanya yang tertunduk lesu.
"Jaga Iman, Zaed. Jaga agamaMu. Jaga Tuhanmu... saya yakin, marah dan benci itu hanya sementara... mula redakan hati untuk terima ini takdir Allah.. saya yakin awak kuat..."
Zaed tarik nafas dalam. Liur diteguk lembut. Berkaca-kaca pandangannya.
Kuat? Aku kuat?
"Diana perlukan awak sebagai suami.. rumah tangga perlunya lelaki yang kuat dengan iman... dan bukan jadikan benci sebagai jalan penyelesaian..."
"Boleh Zaed?"
Zaed tidak mengangguk mahupun mengeleng. Dia hanya tarik nafas dalam. Hadam kata kata Ustaz Hanif.

STAI LEGGENDO
UNTUK LUKA INI
Storie d'amoreDIANA SHE IS DANGEROUS WHEN SHE'S HURT. SHE CAN EASILY DESTROY EVERYTHING AROUND HER, BUT SHE DOESN'T. INSTEAD, SHE DESTROY HERSELF. -Anonymous-