BAB 23

104 3 0
                                    

Diana hairan. Sudah pukul lapan tiga puluh pagi, Zaed masih belum muncul. Lazimnya awal pagi lelaki itu akan bancuh kopi sendiri sebelum pergi bekerja. Semenjak akhir-akhir ini, dia mula faham rutin Zaed. Dan makin banyak yang berubah antara mereka.

Panggilan yang mesra, cara bercakap yang lebih lembut dan kini, hubungan dahulunya hampir membunuh antara satu sama lain sudah bertukar menjadi sahabat seperti dahulu.

Diana melangkah menuju ke bilik Zaed. Perlahan-lahan tangannya menulas tombol pintu dan halakan pandangan ke satu arah. Zaed masih berbungkus tidur.

"Zaed? Tak kerja ke hari ni?" tanya Diana. Namun lelaki itu tidak menjawab. Masih di dalam selimutnya.

Diana kuakkan pintu dan berjalan menuju ke arah Zaed. Separa wajah Zaed yang tertutup dengan bantal di pandang lama. Kenapa muka Zaed pucat?

"Zaed...?" Diana mendekatkan wajahnya melihat Zaed yang tidur lena.

"Zaed... awak tak sihat ke?"

Zaed buka mata perlahan. Berkerut dahinya melihat Diana berdiri tegak.

"Kepala saya sakit dan saya rasa, saya demam..." bisik Zaed.

Diana meletakkan telapak tangannya pada leher dan dahi Zaed. Panas. Patutlah lelaki ini berbungkus begini. Menahan sejuk rupanya.

"Ya.. awak demam. Awak dah makan ubat?"

"Tak," bisik Zaed sambil memejamkan matanya.

Tanpa lengah, Diana menuju ke dapur. Dia siapkan sarapan yang mudah buat Zaed. Roti bakar dan juga pisang. Air kopi panas digantikan dengan air milo. Usai dia menyediakan semuanya, dia tatang sarapan di dalam dulang.

"Zaed, alas perut dulu. Lepas tu makan ubat...."

Zaed akur. Selimut yang membaluti tubuh di tolak perlahan. Diana tergamam saat melihat Zaed hanya memakai seluar pendek.

"Sejuk kan? Kenapa pakai seluar pendek je?" tanya Diana.

"Tak larat nak ambil." Tangannya sudah mencapai air milo dan disisip perlahan. Baru dia terasa lega. Dari pagi dia menahan lapar dan mujur, Diana datang tepat pada waktunya. Selepas Milo di teguk, roti di gigit sekali dua. Dan akhirnya ubat paracetamol dia telan laju.

Diana menarik sweatshirt dan tshirt Zaed yang tersangkut di dalam almari. Sehelai seluar panjang juga turut di ambil dan di bawa kepada Zaed. Zaed yang sedang duduk dibirai katil nampaknya sedaya upaya cuba untuk melawan sakit yang bertandang. Berkerunyut wajahnya.

"Pakai baju ni..." Diana hulurkan tshirt putih untuk Zaed. Zaed hanya pandang sayu.

"Dee.. please. Tolong..." balasnya lembut. Zaed minta ehsan pada Diana untuk sarungkan baju ke atas tubuhnya.

Diana datang mendekat dan buka lipatan baju dengan perlahan. Tangannya kemas mencari hujung baju dan disarungkan pada kepala Zaed. Tubuhnya kini berdiri dekat dengan Zaed. Rapat hingga Zaed mampu menghidu haruman Diana.

Selepas bahagian lengan tersarung pada badan Zaed, Diana sarungkan pula seluar hingga ke paras peha. Zaed teruskan sendiri dan kemudian dia kembali duduk.

"Terima kasih, Dee.." ucap Zaed sambil mendongak memandang Diana yang tersenyum kepadanya.

"Sama-sama... makan ubat..." pesan Diana.

Zaed tidak mahu melepaskan Diana pergi. Terus tubuh Diana di tarik dan peluk Diana pada bahagian pinggang. Diletakkan kepalanya pada perut Diana.

Diana tergamam. Perlahan lahan jemarinya diletakkan di atas rambut Zaed.

UNTUK LUKA INIWhere stories live. Discover now