BAB 15

89 3 0
                                    

Mata Diana mengecil saat terlihat satu tubuh datang mendekat. Terus rasa takutnya datang menerpa.

Mummy.

"Apa lagi yang awak buat ni Diana?" nyaring suara Datin Bashirah membuatkan bahunya terhenjut.

"Apa lagi kali ni. Cakap!" jerkah Datin Basyirah. Beg tangannya dihempaskan di atas katil. Wajahnya merah menahan sabar.

Mendapat berita untuk kesekian kalinya Diana di masukkan kehospital buat jiwanya meradang hebat.

Diana. Anak yang tak pernah mendengar kata. Pemberontak. Apa yang dia lakukan tak pernah menyenangkan. Malah terus-terusan menyusahkan dia.

"Mummy ingat awak dah bernikah, perangai berubah. Ini masih sama!"

"Mummy... Dee.. Dee..." suaranya tersekat sekat. Dia cuba untuk capai tangan Datin Bashirah namun Datin Basirah sudah menarik tangannya terlebih dahulu sebelum kulit mereka bersentuhan.

"Apa lagi yang tak kena Dee? Semua mummy dah buat. Mummy dah hantar kaunselor. Jumpa doktor. Kenapa masih pilih jalan ini Dee?"

Air mata Diana mula mengalir.

"Menyusahkan!" jerkah Datin Bashirah kuat.

"Tahu tak Mummy dah bawa jumpa pakar. Mereka cakap Diana tak datang temujanji. Kenapa? Cakap? Kenapa?"

"Diana... Diana tertekan..."

"Awak tu sengaja nak mengada-ngada kan? Bukannya sakit pun..."

"Mummy... Diana minta maaf.. tapi Dee... Dee bukan buat-buat. Diana sedih. Cuma sedih..." pandangan mata mula berkaca-kaca. Peritnya rasa manusia yang paling rapat dengannya menuduhnya begini.

Sakit ini bukan di buat-buat. Dia sakit. Mentalnya tidak kuat seperti manusia lain. Dia cuma resah dan sampai ketikanya dia cuma mahu dunia ini berputar untuknya.

Hanya untuk sesaat, dia mahu rasa dunia ini aman. Teriak kepala tidak bergema kuat.

"Mummy...."

"Mummy dah minta Dr. Fakhrul untuk follow up. Jangan missed appointment lagi Diana!"

Datin Bashirah mengangkat kembali beg tangannya dan terus menyusun langkah ke arah muka pintu.

Tubuhnya tercegat di muka pintu saat satu tubuh menghalang langkahnya.

Atas bawah Datin Bashirah memandang Zaed yang serius memandangnya.

"So, Zaed? Zahid? Ziad? Nama apa?!"

"Zaed..." ujar Zaed lembut.

"Suami jenis apa awak ni? Kalau dah jadi suami kenapa tak ambil berat tentang Diana?"

Zaed terpaku. Mati kata.

"Menyusahkan betul! Mummy banyak urusan.. Tak ada masa nak jaga Diana lagi. Ingatkan bolehlah diharapkan bila dah bernikah. Rupanya masih sama lagi. Tak habis habis nak dapatkan perhatian!" bebel Datin Bashirah.

Zaed teguk liur. Matanya melingas melihat Datin Bashirah dan Diana bersilih ganti. Yang paling dia risau sekarang ini, Diana sudah kembali menangis di atas katil.

"Dee..." panggil Zaed.

"Dah! Ke tepi!" arah Datin Bashirah.

Tanpa salam, mahupun tanya khabar, Datin Bashirah mengangkat kaki meninggalkan wad Diana. Bunyi detak kasut Datin Bashirah semakin menghilang.

Zaed panggung kepala memandang Diana yang berbaring mengiring. Tubuh itu seakan-akan mengigil. Menahan tangis.

"Dee..." panggil Zaed.

"Dee..."

"Leave me alone! Leave me alone!!"


**********************************************************************************************

"MAMA risau betul tengok keadaan Diana tu Zaed. Akhir sekali tadi doktor cakap dia mengamuk. Habis makanan dibalingnya pada nurse..." Cik Puan Annisa mengurut dada selepas melihat keadaan Diana yang tidak keruan.

"Apa punca Diana jadi macam tu? Awak kacau dia ke?"

"Tak, Ma... tadi Mummy Diana datang..."

"Datin Bashirah datang?"

Zaed angguk. Kemudian nafas dilepaskan perlahan.

"Nampak dari caranya hubungan mereka agak renggang. Lepas Datin keluar dari bilik tadi, Diana dah mula menangis... cuma dia tak nak jumpa Zaed.."

"Allahu... kenapalah anak ni jadi begini. Awak tak tahu apa apa ke kisah hidup Diana sebelum ni Zaed? Awak baik dengan Erina, dengan dia. Takkan dia tak pernah cerita apa-apa?"

Zaed urut tengkuknya. Dia juga buntu. Diana tak pernah jadi begini, malah dia selalu beranggapan Diana adalah manusia normal.

"Zaed... Diana perlukan kita. Dia perlukan bantuan orang lain Zaed.."

"Ya ma..."

"Bantu dia ya... payah macam mana dia pun. Bantu dia. Mama tak nak dia buat benda yang bukan-bukan lagi."  

UNTUK LUKA INIWhere stories live. Discover now