Bab Tiga Puluh Dua🦋

1.1K 66 4
                                    

Pandangan Julia menunduk apabila dia dipandang tajam oleh Aieman, anak sulung nya.

"Sanggup ibu? Ibu sanggup buang anak sendiri?!"

"Sanggup ayah hah? Mana hati perut ibu dengan ayah ni?! Ibu mana yang buang anak? Ayah mana yang cadangkan untuk buang anak? MANA?!"

Suara Aieman jelas lantang dengan rasa marah dan malu membuak-buak. Orang memandang namun tidak diendahkan. Ryu dan keluarganya diam melihat. Biarkan keluarga mereka yang uruskan urusan mereka.

Walaupun itu berpunca dari Ryu.

"OKU anak syurga bu! Banyak kita seksa dia, lagi banyak pahala dia. That's damn good for her! But we? No, Eman dan Eryn pun bersalah. Ibu ayah pun. PEREMPUAN YANG LARI TU PUN!"

"Eman bersalah sebab lupa akan Deena. Adik Eman sendiri!"

"Eryn pun. Eryn salah. Eryn selalu cakap ada kakak sorang best. Ada kakak macam Dina ni seronok. Tanpa Ery tahu, Ery ada lagi kakak. Kakak yang yang Ery lupa dan tak pernah jumpa." Eryn menyambung ucapan Eman. Jelas mereka merasa bersalah dan geram kepada ibu bapa mereka.

Kenapa perlu buat macam tu sekali? Kenapa perlu berbuat demikian hanya kerana OKU?  Apa salahnya?

"Adil ke bu? Kita hidup bahagia berlima tapi Adeena menderita seorang diri. Dia membesar tanpa bimbingan keluarga. Dia membesar dan tahu yang keluarga dia lupakan dia. Adeena selalu menunggu dekat depan pintu rumah anak yatim tu. Dia percaya yang ibu akan datang dan ambil dia."

Aieman tak mampu lagi berkata. Suaranya tercengkal merasa perasaan kecewa yang luar biasa.

"Sampai hati ibu?" Eryn memandang ibu bapa nya dengan perasaan kecewa. Walau kecewa, Eryn berusaha tetap tidak kurang ajar. Di cap anak derhaka karang susah jugak.

"Bukan macam tu.. ibu.."

"Apa? Apa yang ibu nak maksudkan?"  Aieman diam selepas berkata demikian. Memberi ruang untuk Julia menerangkan semua nya. Dia tak nak marah dan bersangka buruk tentang ibu dan ayah nya.

"Ibu tak nak dia kena buli atau.."

"Dia tetap kena buli dekat sekolah menengah dan rendah! Tanpa kita, Deena lebih tersiksa. Dimana dia luahkan segala rasa takut dan resah nya kalau kita tiada di sisi masa tu? Ibu cuma malu. Sebab ibu tergolong dari keluarga kaya raya dan sempurna, ibu malu dapat anak macam Adeena. Ibu tak nak mengaku dan bersembunyi dengan alasan."

Julia dan Nazmi saling berpandangan. Mereka terdiam mendengar ucapan Aieman yang diyakini amat marah dan kecewa. Aeryn pula tak mampu lagi berkata. Dia memandang ke pintu disebaliknya ada Puan Hazlin dan Adeena, kakak yang tidak dia kenali.

"Aedina mungkin tengah bergembira dengan kawan dia. Gembira sebab tiada keluarga yang kongkong dia lagi.  Antara Dina dan Deena, mereka berbeza. Hanya wajah yang sama. Sepatutnya, ibu berikan kasih sayang yang sama."

"Ibu sedar tak anak itu anugerah Allah? Betapa pentingnya anak? Mana akal ibu? Mana sifat keislaman ibu masa buang Adeena? Mana?"

Aieman menyambung ucapan nya. Walau terdengar kasar cara Aieman menyampaikan ucapan namun dia tak maksudkan nya sama sekali.

"Jangan kurang ajar, Aieman. Ayah tetap ayah kamu dan ibu tetap ibu kamu."

"Kak Deena tetap anak ayah. Kak Deena tetap anak ibu. Lahir dari rahim ibu. Mendapatkan susuan ibu. Apa bezanya?" Eryn yang bersuara. Dia geram dengan ayah dan ibu nya. Tak sangka dengan tindakan ibu dan ayah nya amat tak matang. Perlu ke hanya sebab OKU?

Nazmi terdiam apabila Eryn membalasnya. Julia menunduk tak berkata. Dengan suara perlahan, dia menangis di pelukan suami.

"Minta maaf dekat Kak Deena. Selagi dia tak sedar, teruskan minta maaf."

Dengan helaan nafas berat, Eryn melangkah pergi. Ingin mengambil angin selepas mendapat kabar mengejut. Aieman pula mendapat tepukan pelan oleh Renaka di punggung nya. Seolah Renaka berkata untuk bertenang.

Keadaan senyap seketika. Tiada yang ingin bersuara. Keadaan terasa amat canggung selepas kejadian itu. Doktor-doktor yang berlaluan pun nak tak nak lalu dekat depan mereka.

"Dengan keluarga Puan Hazlin Natasya dan Cik Adeena Amaeldyia?"

Pintu bilik pembedahan terbuka dan seorang dua doktor keluar. Lelaki dan perempuan.

Lelaki tadi!

Terus saja mereka mendapatkan doktor itu dan menunggu apa yang ingin diperkatakan.

"Alhamdulillah, kedua pembedahan berjalan lancar. Hanya tunggu masa untuk mereka sedar."

Sebaik mendengar kabar baik itu, helaan nafas lega terdengar. Ryu hampir saja terduduk di lantai kalau dia tak berpaut di bahu Renaka. Rasa macam diberi peluang kedua untuk menjaga dengan baik isteri nya.

Ryu berjanji takkan cuai lagi, kemana Adeena pergi. Dia pastikan dia berada di sisi. Kalau boleh, dalam tandas wanita pun dekat depan pintu tu dia tunggu juga!

"Pemerhatian akan dijalankan. Jika semuanya berjalan lancar, kemungkinan dalam masa 3-4 hari, mereka akan sedar."

"Terima kasih banyak, doktor."

Hazman berkata lirih. Selepas itu, kedua doktor berlalu pergi. Julia dan Nazmi duduk ke kerusi dengan ekspresi yang tidak difahami. Ryu pula berusaha sedaya upaya menahan tangis nya. Rasanya dia nak menjerit aje.

Thanks. Thankyou very much.

"Macam mana? Okey ke keadaan kakak ipar kau? Mama kau?"

"Berjalan lancar, doktor tu cakap. Kena tunggu sedar dulu."

Renaka membalas dengan tenang. Dia menjauhkan diri dari yang lain selepas mendapatkan panggilan oleh Faiq.

"Ren, kau pasti ke?"  Tiba-tiba saja nada suara Faiq berubah. Renaka menjadi bingung dengan apa yang ditanyakan lelaki itu.

"Ape nye?"

"Ala, bende tu lah."

Terdiam. Renaka diam mengingat hal yang telah mereka berdua rancangkan. Walau ragu, kena buat juga.

"Kita boleh cancel. Dia abang kau, dia juga kawan aku. Aku.."

"Kita dah separuh jalan. Kau nak serah diri?" Renaka menyela percakapan Faiq. Dia tahu apa yang ingin dikatakan Faiq. Sedari tadi, Faiq tidak yakin dan nak tak dia setuju bila mereka bincang.

"It's better. Kau suka ke jadi kuli si Liona tu?"

"Money. I just want take her money."

"Kau dah kaya, Renaka. Kenapa? Aku tahu dari dulu kau tak suka abang kau tu tapi.."

"Kau tak tahu. Kau takkan tahu. Aku dah setuju, ikut jelah."

Segera Renaka menamatkan panggilan dan mendengus kasar. Dia memasukkan telefon bimbitnya kedalam kocek dan meraup wajah kasar.

Renaka memusing badannya. Dia memandang Ryu yang sedang duduk ditemani adik bongsu nya, Rayyan. Helaan nafas kasar dihembuskan.

"Alang-alang dah kat sini, belikan makanan. Pakai duit kamu dulu. Nanti papa transfer balik." Renungan Renaka dikejutkan dengan teguran Hazman dari belakang. Dia tersenyum lirih mendengar dan mengangguk.

Segera langkah nya bergerak pergi. Hazman pula pergi ke tempat duduknya tadi.

Ryu melirik ke bayangan Renaka yang bergerak pergi. Kemudian, dia berbisik pada Rayyan.

"Faiq. Nampak tadi dia masa nak angkat."

Rayyan menjawab dengan yakin. Ryu diam lalu mengangguk. Dia bersandar lalu mengalihkan pandangannya.

Perlu ke semua ni, Renaka Eyden?

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now