Prologue

689 31 0
                                    

°• soft heart never get love, it used•°

Genap 15 minit dia ratapi titisan-titisan hujan yang membasahi bumi hijau hari ini. Setiap bunyi yang terhasil bikin hatinya tenang dari rasa gusar.

"Pokk" dia berpaling ke sebelah menatapi gadis yang tersenyum lebar sambil mencuit lesung pipitnya.

"Lama ke tunggu?" soal gadis itu dengan senyuman manisnya. Dia sanggup tatap wajah itu selama mana yang dia mahukan.

"Tak lama pun. Duduklah" dia tepuk ruang di sisinya menyuruh si gadis itu duduk. Dan dia akur.

"Dah ambik sijil?" soal dia membuka bicara. Dengan riang gadis itu mengeluarkan sijil spmnya.

"Dah setahun lebih baru nak ambik" ujarnya. Gadis itu menepuk paha dia. Sempat dia mengaduh sakit sebelum gadis di sebelahnya mengeluarkan sekeping kad.

"3 month from now. Jangan lupa datang" ujar gadis itu dengan senyuman.

Dia baca tajuk yang tertera pada kad "Walimatulurus ...." dia tak sanggup baca nama. Hati bagai dicengkam. Rasa sesak di dada. Air keluar di tubir matanya. Dia menatap wajah gadis itu tak percaya sebelum semuaanya menjadi gelap.




















"ELIYA MIKAYLA!! BANGUN!!" drastik dia terjaga dari tidur buruknya. Dia sentuh tulang pipinya, basah. Dia nangis?

"Bangun Eliya kita dah lambattt!" ujar rakan sebiliknya, Iman. Fikirannya masih pada mimpi dia tadi. Memori yang sentiasa terulang di ingatannya.

"ELIYA! CEPATT!! MANDI!! " gesaaa Iman sekali lagi menggapai tuala dan toiletries nya lantas keluar dari dorm.

Eliya masih blur mengerling jam di dinding. "DAH 7!!" dia pun capaii tuala dan alatan mandinya. Paling lambat dia pernah bangun dalam sejarah ke sekolah.

#####

Lehernya dipanjang melihat kawasan asrama yang sunyi itu. "Takde orang, cepatt Yaa" ujar Iman perlahan.

Langkah dijinjat supaya tiada bunyi kedengaran. Perlahan sahaja mereka berjalan disebalik bangunan blok asrama.

Otak ligat berfikir nak melepasii perhimpunan yang sedang dijalankan.

Tiba-tiba Iman sentuh bahu Eliya perlahan lalu menunjukkan seekor kucing putih yang menayangkan muka comel ke arahnya. Eliya sempat tepuk dahi sebelum memberi arahan "jangan bising" kepada Iman.

Namun, semuanya sia-sia apabila kucing itu menguis kaki Iman dan "AAAA!" keluar suara nyaring Iman.

"Oii, jangan bising nanti kan-

"Siapa tu?" suara tegas menyapa mereka. Terus badan mereka direndahkan. Menyorok di belakang tempat simpan pemadam api.

"Habislah, ni semua salah kau Iman" bisik Eliya.

"Saya kira sampai 3, keluar sekarang atau saya panggil cikgu bertugas" ujar sang pengawas.

"Macam kenal suara nii" ujaran Iman mendapat anggukan Eliya.

"Liya, kau tengok siapa" arah Iman yang bersedia nak lari.

"Eh, asal aku?"

"Kau je yang berani" balas Iman lagii.

"Fine" perlahan Eliya mengeluarkan kepalanya. Tiada satu figura pun yang menyapa. Pelik dirinya.

Tetiba ada satu tangan menyentuh bahunya dari belakang. Perlahan mereka berdua toleh kebelakang.

"Eh Diya" Iman tersengih. Eliya yang disentuh Diya hanya kaku.

"Gerak dulu Yaa" terus Iman langkah seribu meninggalkan Eliya. Dalam hatinya dah sumpah seranah kawan jenayahnya itu.

Eliya yang nak cuba larii terperangkap bila Diya mendepakan kedua tangannya.

"Looks who I found here. A troublemaker, Eliya Mikayla" ujar Diya.

"For thousand times, I'm not a troublemaker" Eliya menolak tangan Diya ke bawah.

Diya mengguling matanya. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"What should I do with you?" soal Diya sarkastik. Eliya abaikan Diya dan mahu pergi dari situ.

"Eh nak pergi mana? Yang datang lambat perhimpunan kena berdiri dekat depan. So please, let me escort you" Diya beri senyuman penuh makna. Suka tengok manusia di depannya terseksa.

"Diya Aneesa, saya tahu awak pengawas yang sangat bertanggungjawab tapii please, saya taknak berdiri depan orang ramai" pujuk Eliya desperate tapi masih ada nada tegasnya.

"I don't give any special tickets to anyone. I treat everyone equally" sambung Diya lagi.

Eliya sudah mengeluh berat. Dia kena fikir cara untuk larikan diri darii manusia bernama Diya nii.

Matanya mengerling ke arah kucing di belakang Diya. "Tengok tu kucing comel" terus Diya berpaling kebelakang. Eliya pun dengan pantasnya buka langkah seribu.

Diya berpaling semula kepada Eliya yang berlari tak cukup tanah tu. Selepas sedar dirinya dianiaya terus rasa ketidakpuasan hati kepada Eliya. Nak jerit pun tak guna.

tbc...

New cliche story from me. Enjoy the journey semua!

Beats [gxg]Where stories live. Discover now