Chapter 1

19 2 0
                                    

Tangisan seorang perempuan kedengaran di kawasan taman permainan berdekatan rumah Dahlia.

"Ana,sudah-sudahlah menangis,hmm? Jangan bazirkan air mata berharga awak kerana ini. Jangan risau wak,even kita berbeza kelas kita still akan berjumpa setiap hari."Pujuk Dahlia dengan lembut. Tangan kirinya mengelap titisan air mata yang turun di pipi Anatasia.

"Dahlia,bodoh sangat ke saya? Jika saya pandai seperti kau orang semua mesti semua ini tidak akan berlaku. Jika saya pandai mesti kita dapat berada dalam kelas yang sama ketika ini."Terhinjut-hinjut bahu gadis itu akibat menangis.

"Anatasia! Awak sedar tak apa yang awak telah katakan tadi. Jangan merendahkan diri sendiri,Ana. Setiap benda yang berlaku di dunia ini ada sebab disebaliknya. Bersangka baik pada Allah. Awak dah usaha sehabis baik. I'm proud of you."Kata Dahlia memberi semangat kepada sahabatnya. Walaupun hatinya turut berduka tetapi perasaan kawan-kawannya lebih penting.

"Iya, awak betul. Thank you for that."Ucap Anatasia bersama senyuman nipis yang terbentuk pada bibir.

"Now stop crying. Don't worry okay. Even kita berbeza kelas tetapi remember that saya akan sentiasa ada untuk awak."

Anatasia mengangguk tanda faham.

"Kalau begitu saya balik dulu tau. Kita jumpa masa buka sekolah nanti okay?"Sambung Dahlia lagi.

Dengan langkah yang berat gadis itu meninggalkan Anatasia daripada situ.

Tanpa sedar air mata menitik bagaikan titisan hujan. Perasaan sakit ini sudah lama dipendam tapi tidak pula diluah. Dirinya ini masih terkejut dan tidak boleh terima dengan berita bahawa dia akan berpindah ke kelas pertama pada tahun ini. Dia tiada kawan, tiada bahu untuk dia menceritakan suka dan duka. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati dia ketika itu.

"Ya Allah,aku takut. Selama ini aku dibanggakan kerana aku pandai tetapi itu kerana aku di kelas belakang. Kini, aku perlu bersaing dengan orang yang lebih pandai daripada aku. Bolehkah aku menghadapi semua ini,Ya Allah?"Getus Dahlia di dalam hati. Air mata yang mengalir di lap menggunakan telapak tangan.

Setelah menghembuskan nafas yang berat. Tombol pintu rumahnya dibuka.

"Assalamualaikum."Sapa Dahlia dengan senyuman yang dibuat-buat.

"Waalaikumusalam,bagaimana dengan, Ana? Dia dah okay ke?"Laju sahaja Puan Aisya bertanya. Bukan dia tidak tahu bahawa Dahlia keluar kerana ingin memujuk Anatasia daripada menangis.

"Dah. Ibu tengah masak apa tu? Nak adik tolong?"Soal Dahlia.

"Tak perlulah. Kamu tu pergi naik rehat. Tak payah susah-susah nak tolong bagai."Kata Puan Aisya. Menolak pelawaan Dahlia untuk menolongnya.

"Baik. Adik naik dulu ya,bu."Dahlia kemudiannya menaiki tangga ke biliknya.

Daun pintu ditutup dengan perlahan. Badan dihempaskan ke katil.

"Dahlia kau kuat! Kau mesti boleh. Kau tak perlu nak bersaing dengan diorang. Just jadi diri kau. Be yourself."Dahlia memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Ting!

Bunyi notification daripada fon Dahlia kedengaran. Tangan mencapai fonnya kemudian mesej yang dihantar oleh kawannya melalui WhatsApp itu dibaca.

Ainul♥:Wei aku dapat kelas Ruby!! Kau dapat kelas mana?

Tangan dengan pantas menaip.

Dahlia:Sapphire

Ainul♥:SAPPHIRE?! Maksudnya kau sama kelas dengan James lah kan?

Dahlia mengeluh kecil. Dia sudah muak mendengar nama seorang lelaki itu daripada mulut kawan-kawannya. Apa yang hebat sangat lelaki itu sehingga menjadi perbualan ramai?

Blind For Love Where stories live. Discover now