Chapter 4

10 2 0
                                    

Pintu van sekolahnya ditutup perlahan sebaik sahaja kaki selamat melangkah keluar daripada kenderaan berwarna kuning itu.

Nafas berat dihembus apabila mata melihat pemandangan di hadapannya.

Senyuman pahit diukir pada hujung bibir.

"Home sweet home.. "

Kaki yang terasa berat akibat penat digagahkan jua untuk melangkah mendekati pintu.

Tangan automatik mengetuk pintu sebelum pintu tersebut dikuak perlahan dari luar. Lantas jejaka itu dengan laju memasuki rumahnya.

"James Bryan Lucas. Sit down. I've something to discuss with you."Arah Encik Noah dengan nada tegas. Anak bujangnya itu ditenungnya lama.

James yang patuh akan arahan bapanya itu pantas melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan bapanya.

Wajah ibu tersayang dilirik olehnya mengharapkan ibunya itu dapat memberi klu apa yang sedang berlaku ketika ini.

Malangnya hampa tatkala ibunya mengangkat kedua-dua belah bahu tanda tidak tahu.

"I heard that you had a girlfriend. Is that true, James?"Encik Noah mula berbicara tanpa berbasa basi.

James mengalihkan pandangannya ke arah berlainan. Gerun melihat wajah Encik Noah yang merah akibat marah yang ditahan. Salah dia juga kerana merahsiakan hubungannya dengan Christ.

Air liur yang kesat ditelannya. Mulut tidak mampu bersuara umpama dijahit dengan benang

Encik Noah yang melihat anaknya seakan tidak mahu bersuara itu mula naik angin.

"Answer my question,James!"Nada suara mula meninggi. Dia tidak suka apabila orang tidak menjawab persoalannya.

Tubuh James bergetar hebat.

"I'm so sorry,Dad."Pinta James. Kepala ditundukkan ke lantai.

Encik Noah mengeluh lemah. Wajah anaknya dipandang tidak percaya.

"I wonder why markah exam kamu semakin drop. But now I know. Kamu sibuk mabuk bercinta with that girl!"Tengking Encik Noah. Baran mula menguasai tubuh.

Puan Alyssa hanya mampu berdiam diri. Takut untuk campur tangan tentang hal demikian.

"It's not her fault. James yang lalai. James yang mengabaikan pelajaran dekat sekolah."Kata James. Tidak suka apabila Chirst dipersalahkan dalam hal ini.

"Aku hantar kau pergi sekolah untuk belajar bukan untuk mabuk bercinta! I don't care itu salah dia ataupun kamu. She's not that important. Leave her."Arah Encik Noah dengan suara penuh amaran.

James tersentak. Roh bagaikan keluar daripada tubuh. Air mata yang ingin keluar ditahannya.

"Wh-What?"Wajah Encik Noah dilihat sekilas. Jelas terlihat bahawa bapanya tidak bergurau dengannya ketika ini.

"I. Said. Break. Up. With. Her."Ulang Encik Noah satu per satu dengan muka bengis.

Wajah Chirst yang tersenyum manis ke arahnya bermain di minda. Tidak mungkin dia akan menyakitkan hati kekasihnya itu. Tetapi dia juga tidak boleh ingkar akan arahan bapanya.

"Wei James!"Panggil Martin dengan kuat.

James yang tadinya hilang di dunianya sendiri itu tersedar.

"Hah? Owh. Sorry sorry sorry."Pinta James dengan ketawa halus.

"Kau asal,bro. Ada problem ke?"Soal Martin. Perangai James yang tidak ceria seperti selalu itu membuatkan Martin hairan akan sahabatnya.

James mengeluh lemah sebelum tersenyum kecil kepada Martin.

Blind For Love Where stories live. Discover now