Chapter 5

12 2 0
                                    

"Boleh saya tengok kuku dan stokin?"Soal remaja perempuan itu kepada seorang  lelaki berbangsa cina di hadapannya.

Lelaki itu kemudiannya menghulurkan kedua belah tangannya ke gadis itu lalu menarik sedikit seluar tracksuit yang dipakainya ke atas supaya gadis itu dapat memeriksa kekemasan dirinya dengan lebih mudah.

Dahlia meneliti kuku jejaka di hadapannya itu dengan tekun. Setelah itu mata diturunkan ke arah kasut dan stokin jejaka itu pula. Memastikan lelaki itu tidak memakai kasut yang dilarang ke sekolah. 

"Baik terima kasih. Awak boleh pergi."Kata Dahlia. Memberi kebenaran kepada pelajar lelaki itu untuk pergi memasuki sekolah.

Dengan langkah yang lemah lelaki itu masuk ke sekolah dengan perlahan.

"Baru bangun tidur agaknya budak tu. Murid biasa pun penat ni kalau diorang jadi pengawas seperti kita rasanya mesti muka macam mayat hidup."Kata Anatasia sambil menggelengkan kepalanya. Dahlia sudah ketawa kecil mendengarnya.

Betul apa yang dikatakan oleh Anatasia itu. Mungkin pengawas sekolah lain tidak seperti mereka tetapi apa yang mereka rasakan sekarang ini adalah sangat penat. Ingatkan menjadi seorang pemimpin pelajar ini mudah dan mereka akan dipandang tinggi oleh pelajar lain. Tapi apa yang mereka hadapi sekarang ini sangat berlainan. 

Setelah menjadi pengawas sekolah baru-baru ini,Dahlia banyak berubah. Berlakunya perubahan yang baik dan buruk yang sukar ditafsirkan. Jika ikut kata hatinya dia memang tidak kuat menghadapi semua ini tetapi dia gagahkan dirinya jua untuk bangun.

"Saya dengar awak terjatuh semalam. Macam mana boleh jatuh?"Soal Anatasia dengan riak wajah risau.

"Mamat James yang tak guna tulah pergi langgar saya! Awak tahu tak yang dia semalam jalan sambil menari macam orang gila. Tahu-tahu saya jadi mangsa!"Terang Dahlia dengan suara yang kedengaran seperti tidak puas hati. Dia masih sakit hati dengan James tetapi dia juga berterima kasih kepada jejaka itu kerana menolongnya semalam. 

Dahlia memandang ke arah sahabatnya apabila tiada sebarang balasan oleh gadis itu. Anatasia kini sedang melihatnya dengan senyuman seribu makna. 

"Kenapa dengan awak ni,Anatasia? Demam ke? Seram tahu tak bila awak senyum macam itu."Dengan muka penuh kehairanan Dahlia bertanya. 

Anatasia yang melihatnya mengambil peluang untuk ketawa kan gadis itu sekuat-kuatnya.

"Gigih betul ye awak ceritakan fasal dia. Ada apa-apa ke ni?"Usik Anatasia. Senyuman sinis terbentuk pada hujung bibir.

Terbuntang mata Dahlia mendengarnya. Wajah tidak percaya terang bersuluh di mukanya ketika ini.

"Eww,apa yang awak fikirkan ni? Saya? Nak suka dia? Memang tak lah! Dia tidak memenuhi ciri-ciri lelaki idaman saya okay."Ujar Dahlia membuatkan Anatasia ketawa lepas.

"Hati-hati,Dahlia. Orang tua-tua pernah kata jangan terlalu benci akan seseorang kerana nanti takut kita yang jatuh hati kepadanya. Awak tu bukan tak lawa. Pergilah try."

"Jika saya suka dekat dia sekali pun dia tidak akan sukakan saya,Ana. Saya tak nak benda tu berlaku. Lagi pula dia sudah ada yang punya. Saya telah jauh ketinggalan."Keluhan kecil keluar daripada bibir merah bak mawar oleh gadis itu.

Tipulah jika dia kata bahawa dia tiada perasaan sedikit pun kepada James. Akan tetapi kerana memikirkan yang lelaki itu sudahpun berpunya membuatkan dia berputus asa. Jadi,apa yang dia boleh lakukan hanya menafikan perasaan itu dengan anggapan suatu hari nanti perasaan ini akan hilang juga. Tidak mengapalah jika dia tidak dapat James itu kerana ramai lagi lelaki yang boleh dia jumpa nanti.

"Jangan lah dark sangat,Dahlia. It's okay, dalam dunia ni ramai lagi kumbang yang elok rupanya. Contohnya, Hyunjin!"

Kata-kata itu membuatkan Dahlia tersenyum. Kawan dia seorang ini memang mahir membuatkan dia terhibur di saat dia sedih.

Blind For Love حيث تعيش القصص. اكتشف الآن