Chapter 2

16 1 0
                                    

"Dahlia, cuba awak lihat abang di sana itu. Handsome wei."Kata Anatasia membuatkan mata Dahlia beralih kepada seorang lelaki berkulit putih dan berpakaian kemeja biru pekat bersama seluar slack.

"Aura dia cantik, muka pun elok tapi tulah saya rasa handsome lagi Abang Blain saya tu. "Balas Dahlia sambil membayangkan wajah lelaki idamannya itu di minda.

"Awak masih menyukai,Abang Blain? Bukan dia sudah habis sekolah ke?"Soal Anatasia membuatkan raut wajah Dahlia bertukar suram.

"Memanglah dia dah tamat sekolah. Tetapi hati saya masih tertulis nama dia. Saya tidak boleh melupakannya semudah ABC."Telekung yang telah digunakan olehnya itu dilipat kemas sebelum dimasukkan di dalam sebuah bag kecil.

"Saya faham sangat dengan perasaan itu, Dahlia. Saya pun tidak boleh melupakan,Nafiy."Kini anak matanya beralih pula ke arah di mana Nafiy berada.

Dahlia memandang simpati akan gadis di sebelahnya. Dirinya juga dilanda rasa serba salah kerana perasaannya terhadap Nafiy yang lama dia rahsiakan selama ini.

Mana tidaknya dia terjatuh suka akan Nafiy setelah mengetahui Anatasia menyukai jejaka itu. Mungkin ramai yang akan kata Dahlia seorang yang tikam belakang sahabat sendiri tetapi dia bukanlah seorang seperti itu yang menyebabkan dia menafikan dan merahsiakan perasaan di hati.

Walaupun ramai yang gelarkan dirinya "playgirl" kerana mempunyai crush yang ramai tetapi dia juga seorang yang lebih pentingkan perasaan orang lain lagi-lagi apabila mereka sahabatnya.

"Nafiy tu memang tak guna. Dia reject awak dengan kasar. Saya hairan macam mana awak masih suka dekat dia..."

Kata-katanya mula perlahan apabila menyatakan ayat terakhirnya itu.

"Well, cinta itu buta,Dahlia. Saya suka dekat dia jadi saya ignore perkara buruk yang ada pada dirinya. Awak pernah dengar tak satu istilah ni yang berbunyi I like him so I ignore his redflag. Itulah apa yang saya lakukan sekarang. "Terang Anatasia dengan lembut. Tangan leka membetulkan tudungnya yang agak senget itu. Maklumlah mereka baru selesai menunaikan solat zohor.

Dahlia menggangguk kecil tanda mempersetujui kata-kata sahabatnya.

"Kita dah lewat untuk ke kelas. Cepat Ana kita perlu pergi sekarang."Lantas tangan Anatasia ditarik. Kakinya berlari anak menuju ke kelas.

"Perlahan sedikit,Dahlia. Awak pakai kain,nanti terjatuh pula."Tegur Anatasia sambil kakinya cuba mengejar langkah gadis di depannya.

***

"Dahlia,dengarnya ada cikgu praktikal yang akan mengajar kita."Kata Medina membuatkan Dahlia teruja. Manalah tahu jika ada rezeki dapat cikgu muka handsome. Boleh dirinya itu mencuci mata kan?

"Apa nama cikgu tu?"Soal Dahlia dengan wajah yang penuh rasa ingin tahu. 

"Hmm tak salah saya nama cikgu tu, Cikgu Nelvin. Ala kalau awak perasan tadi cikgu tu ada di surau."Terang Medina. Dahi Dahlia mula berkerut.

"Yang mana wak?"Soal Dahlia lagi.

"Ala yang pakai kemeja biru pekat tu."Dahlia cuba mengingati jika dia ada ternampak gerangan cikgu yang sahabatnya katakan.

"Owh, itu cikgu ke? Sumpahlah? Saya ingat dia abang senior kita."Ujar Dahlia. Bersalah pula rasa di hati. Ingatkan pelajar rupanya guru sendiri.

Medina ketawa kecil mendengarnya.

"Dahlia, Dahlia,"Kata Medina sambil menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

"Tetapi pada mulanya saya juga tidak percaya yang dia itu seorang cikgu."Itu perkara fakta. Semua pelajar di sekolah itu berfikir bahawa beliau adalah pelajar bukannya seorang guru.

Blind For Love Where stories live. Discover now