"Aku..kat mana ni?" Sebaik sahaja kelopak matanya dibuka, dia hanya dapat melihat kegelapan di sekelilingnya. Tak ada apa yang boleh membantunya untuk mengenal pasti tempat tersebut.
Kakinya melangkah ke hadapan perlahan-lahan, bimbang jika tersandung. Mulutnya masin juga kerana beberapa saat selepas itu, dia tersandung pada sesuatu.
"Aduh..." Dia merintih kesakitan. Kepalanya digosok, cuba menghilang pedih padanya.
Dia memaling ke belakang. Matanya disepetkan untuk melihat apa yang dia tersandungkan dengan lebih jelas. Dalam sekelip mata, badannya bergetar, nafasnya tercungap-cungap manakala tekaknya terasa dicekik.
"Abang..." Dia segera merangkak dan mendakap mayat seorang lelaki yang membuatkan dia tersandung.
"Abang... Abang!" Dipanggilnya beberapa kali namun, tiada nyahutan.
Mayat yang didakapnya tiba-tiba menurun ke bawah, seolah-olah ditelan oleh lantai. Sekuat mana dia cuba, dia masih tidak mampu untuk membawa mayat itu naik ke atas semula. Dia juga dapat merasakan tangannya basah.
Tangannya dipenuhi darah. Cecair merah yang likat dan berbau hanyir. Adakah darah manusia berbau? Dia tak pasti. Beberapa kali dia cuba membuang darah itu dengan mengelap tangannya pada baju namun, makin banyak darah yang mengalir.
Dia gelisah. Dia takut.
"Abang! Tolong Ice! Abang!" Jeritannya dibalas semula gema jeritannya.
Tolong. Sesiapa.
Aku takut. Aku tak nak keseorangan lagi. Aku tak nak dipinggirkan lagi.
Nafasnya tercungap-cungap. Dia cuba mengambil sebanyak mungkin oksigen yang dia mampu namun, hemoglobinnya seperti tidak mahu berlari untuk menghantar oksigen ke seluruh badannya. Rambutnya ditarik-tarik, bagaikan akarnya bakal tercabut.
Matanya menangkap satu cahaya yang malap. Dua belah tangan yang bertapak kasar mencapainya. Dengan lembut tangan itu merangkup wajahnya.
"Ice. Bangun,"
˚𓆩∵𓆪˚
"Ah... Aku lupa nak kunci jam..." Ice menggaru kepala. Mukanya diraup kasar selepas dia menguap besar. Jam di dinding telah menunjukkan pukul sembilan pagi.
Jika ikutkan hatinya, mahu sahaja dia selubung diri dengan selimut dan tidur. Ice tidak dapat membuka matanya dengan betul. Dia terlalu mengantuk. Mimpi yang dia alami tadi tidak membantunya untuk kekal segar selepas mengalami mimpi yang sama berkali-kali.
YOU ARE READING
OPPOSITE | BLAZE AND ICE
Fanfiction❪ 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗘: BLAZE DAN ICE ❫ aku yang inginkan kehidupan takkan dapat memuaskan dia yang ingin kematian。 ❛ sophisme yang kau katakan, adakah aku berfikiran sama seperti kau kalau aku setuju dengannya ? ❜ Blaze dan Ice bagaikan langit dan bumi...