"Seriuslah tak nak makan kat Merrybrown?" Ice menarik tali pinggang kereta sebaik sahaja dia masuk ke dalam keretanya yang diparkir di hadapan pasaraya.
"Tak nak. Nak makan makanan kau masak," Atlas yang duduk di bahagian sebelah pemandu mencebik. Ava pula yang berada di belakang mengangguk, bersetuju dengan Atlas.
Ice bersandar lalu menghidupkan enjin kereta sambil mengeluh. Dia bukannya apa tetapi sejak dua menjak ini, perangai Atlas dan Ava semakin mengada. Walaupun tahu bahawa Ice sibuk bekerja, mereka berdua sangat pantang nampak peluang di depan mata. Jika Ice mempunyai masa lapang sekejap sekalipun, mereka ingin lelaki itu meluangkan masa itu bersama mereka.
Adakah perangai mereka berubah kerana mereka berdua bakal mencecah umur tiga belas tahun? Ice sendiri tidak pasti.
Ice bukannya tak suka. Dia cuma risau.
Atlas dan Ava bakal memasuki zaman sekolah menengah. Jika perangai mereka semakin kebudak-budak seperti ini, sudah tentu dia gelisah. Tak sampai dua tahun dia kutip mereka berdua sebagai anak angkat.
Pejam, celik, pejam, celik. Mereka berdua bakal bergelar remaja. Mereka bukan lagi budak sepuluh tahun yang dia selamatkan dua tahun yang lepas.
"Aku nak singgah rumah Hali dulu. Pakcik tu pun satu. Kenapa tak bagi sekaligus kek Kirana bagi semalam masa dia teman aku pergi check up," omel Ice yang menoleh kanan dan kiri sebelum membelok ke arah kanan. Matanya fokus melihat jalan di hadapannya.
"Tak ada jadi kan minggu lepas?" Soal Ice, tiba-tiba teringat bahawa dia membiarkan Atlas dan Ava berduaan di bilik apartmen miliknya semasa dia menyelesaikan kes HEROIN.
"Nope," jawab Ava.
"Eh, Ice! Kau ke yang selesaikan kes pengeluar dadah yang keluar kat berita tu ke?" Nada Atlas kedengaran sangat teruja. Ice tersenyum lalu mengangguk. Perangai Atlas memang begitu. Selalu berasa ingin tahu tentang tugasannya. Kalau boleh, Ice tidak mahu Atlas mengikut jejak langkahnya tetapi jika itu yang Atlas mahukan, siapa Ice untuk menghalang?
"Nak pergi mana ni?" Ava pula menyoal.
"Zus Coffee. Aku kena pergi balai sebenarnya malam hari ni. Aku terus keluar lepas masak," jawab Ice. Atlas mengerling ke belakang. Ava turut memandang Atlas.
Walaupun dia sibuk, Ice masih mencari masa untuk diluangkan bersama mereka berdua. Mereka tahu mereka makin manja. Kadang-kala mereka rasa bersalah namun, mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang dari Ice semasa ke semasa.
Terdetik rasa sedih di hati masing-masing apabila mengetahui Ice tidak akan makan bersama.
"Ice. Kau tak pakai contact lense sekarang ni tak apa ke? Bukan kau selalu pakai bila keluar walaupun sekejap?" Pandangan Atlas beralih ke Ice semula. Dah lama dia perasan yang Ice tidak menyembunyikan sesuatu yang dia selalu lindungi selama ini daripada orang lain sejak keluar dari rumah tadi. Namun, baru sahaja dia menegur Ice tentang perihal itu.
YOU ARE READING
OPPOSITE | BLAZE AND ICE
Fanfiction❪ 𝗢𝗣𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗘: BLAZE DAN ICE ❫ aku yang inginkan kehidupan takkan dapat memuaskan dia yang ingin kematian。 ❛ sophisme yang kau katakan, adakah aku berfikiran sama seperti kau kalau aku setuju dengannya ? ❜ Blaze dan Ice bagaikan langit dan bumi...