CHAPTER 14

1.4K 66 2
                                    

VOTE PLEASE ✓

"good job, guys. Mama bangga dengan korang. Korang dah buat yang terbaik malam ni" ucap Puan Riana bangga. Bagus betul anak-anaknya ini. Tak perlu datang latihan modelling pon.

Delisha dan Aurora tersengih apabila mendengar pujian daripada Puan Riana. Mereka pun tidak sangka yang mereka mampu menyahut cabaran ini. Sudahlah terpaksa menjadi model. Nasib tak kekok.

"thanks to you jugak mama. Dell pun tak sangka boleh jadi model harini. Nanti Dell dengan Rora apply jadi model mama" tutur Delisha. Aurora turut tersenyum mendengar. Dia jadi model? herm lamberttt lagi.

"aunty" panggil Ean yang baru sahaja tiba.

"yer. Kenapa ye Ean?" tanya Puan Riana lembut.

"Ean nak minta izin untuk balik dulu. Ean ada kerja sikit dekat office"

"lah nak balik dah ke. Baru aunty nak ajak pergi makan"

"takpelah, aunty. Next time okay lagi pun Ean ada banyak kerja ni" tolak Ean sopan. Bimbang kalau Puan Riana terasa hati dengannya.

"okay but next time no more excuses. Aunty tak nak dengar" Kata Puan Riana. Aurora dan Delisha yang mendengar sedari tadi hairan. Rapat betul hubungan Puan Riana dan Ean.

Berborak macam mereka berdua tiada di tempat itu. Rancak sangat!

"baiklah, aunty. Lepas ni kalau aunty ajak Ean tak tolak dah" kata Ean seraya tersenyum. Suka betul dia dengan perwatakan Puan Riana yang baik itu. "Aunty, Ean balik dulu lah ye" pinta Ean. Puan Riana hanya mengangguk. Busy betul si Ean ni.

"Rapat betul mama dengan dia. Ada apa-apa yang Dell tak tahu ke?" soal Delisha curiga.

"ish kamu ni. Mana ada apa-apa. Ke Dell jealous" duga Puan Riana.

"Apa mama ni" cebik Delisha. Kita pulak yang kene.

"sudahlah. Mama dengan dia mana ade apa-apa. Dell dengan Rora pergi lah restoran tu. Mama tak pergi kut. Banyak lagi benda tak settle ni" kata Puan Riana.

"okayla. Mama nak apa-apa ke?" soal Aurora. Dia tahu yang Puan Riana tengah lapar. Dari tadi lagi asyik mengadu yang dia lapar.

"bungkus jela makanan yang mama order tu. Sikit pun takpe asalkan mama dapat makan" jawab Puan Riana.

"okay. Nanti Dell bungkuskan untuk mama. Bye"

Mereka berdua berjalan menuju ke restoran yang telah ditempah oleh Puan Riana.

"Siapa Aurora tu, Love" soal Aryann semasa mereka berdua berada di restoran.

"dia tu kawan baik Dell. Dah berkawan lama lah jugak dengan Dell sampai kitaorang dah anggap dia sebahagian daripada keluarga kitaorang dah" jawab Delaila.

Aryann hanya mengangguk perlahan. Terdapat sesuatu perkara yang membuatkan dia tidak berhenti berfikir dari tadi.

Kenapa Aurora mempunyai rantai leher yang sama dengan ibunya?. Setahunya rantai itu dibuat oleh kenalan keluarganya yang berada di Italy. Rekaan rantai itu jugak 100% idea ayahnya. Tidak mungkin ada orang lain yang tahu kerana cara pembuatannya yang rumit.

Ayahnya juga ada berkata bahawa rantai itu hanya ada dua utas rantai sahaja. Satu pada ibu dan satu pada adik perempuannya. Perkara itu yang membuatkan dia penat berfikir.

"kenapa ni abang?" soal Delaila perlahan. Dia perasan riak wajah suaminya berubah semasa mereka di event itu tadi. Dia hendak bertanya tetapi macam bukan masa yang sesuai.

Aryann tersentak apabila tangan Delaila mengusap lembut tangannya. "takde apa-apa" balas Aryann sambil membalas usapan pada tangan Delaila.

"ceritalah dekat Ayla. Dari tadi lagi Ayla tengok abang macam ada something wrong je"

CARL DARREN: HIS AURORA || CWhere stories live. Discover now