CHAPTER 28

1.2K 48 0
                                    

VOTE PLEASE ⭐

Harini Aurora mengikut Darren pergi bekerja seperti yang dijanjikan. Ceria sahaja wajah Aurora pada hari ini.

"ceria je abang tengok muka Cinta abang harini"

"mestilah. Today is my first time to go at your office so that's why I'm so happy plus excited too" kata Aurora ceria.

"tapi macam mana kalau sayang bosan. Office abang tu bukan ada apa-apa pun"

"kalau bosan Aurora jalan-jalan lah dekat office abang tu. Tak pun Aurora tolong abang buat kerja" Ujar Aurora. Dia sudah ada plan baik punya.

"ikut sayanglah asalkan sayang tak bosan" jawab Darren.

Mereka keluar dari rumah sedikit awal bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.  Mujurlah rumah mereka tidak jauh dari pejabat Darren.

Sampai sahaja di hadapan pejabat Darren, Aurora ternganga.

"tingginya abang punya company"

"biasa-biasa je ni. Dah jom lah naik, abang ada kerja pulak ni" Darren menarik tangan Aurora agar mengikuti langkahnya.

Apabila mereka masuk semua pekerja menundukkan kepala sebagai tanda hormat kepada Darren. Aurora kagum melihat seni bina syarikat itu sehinggakan dia tidak sedar bahawa dia sudah berada di dalam bilik Darren.

"cuba tutup mulut tu. Dari tadi ternganga je masuk pulak gajah nanti" tegur Darren. Aurora sengih apabila ditegur oleh Darren.

Dia terlebih excited kerana inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke company besar. Dulu semasa di tempat kerjanya iaitu di Lily's Cafe, dia selalu memandang ke arah bangunan-bangunan yang tinggi di hadapan cafe.

Dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja kerana dia tiada keperluan untuk menjejakkan kaki ke syarikat yang gah itu.

"besar jugak ye abang punya office" Aurora berjalan-jalan di setiap penjuru. Buat tour office katanya.

"saje buat besar-besar. Nanti senanglah kalau anak-anak abang nak main lari-lari dalam ni" jawab Darren. Terhenti langkah Aurora apabila Darren berkata begitu.

"anak?"

"ye anak. Anak kita nanti"

Aurora berjalan ke arah Darren sambil memegang tangan suaminya.

"abang nak anak ke?" soal Aurora perlahan.

"of course i want but i won't force you. Abang boleh tunggu sayang sampai sayang betul-betul bersedia. Sudahlah jangan fikir lagi. Nah, iPad. Download lah game dalam tu" Darren menyerahkan iPad kesayangan kepada Aurora.

Aurora mengambil iPad dengan senyuman hambar. Masih teringat-ingat tentang hal anak itu tadi.

Aurora baring di sofa sambil tangannya bermain dengan iPad. Habis segala game dia download. Mujur storage besar.

Setelah hampir 30 minit, Aurora menutup iPad. Bosan jugak asyik main iPad je dari tadi. Dia melihat ke arah suaminya yang tekun buat kerja.

Dengan memakai cermin mata berbingkai jernih, rambut terjuntai sedikit ke hadapan. Lengan baju pula ditarik sampai ke siku membuatkan pemandangan indah mewarnai kornea mata Aurora.

"best tenung orang?" kata-kata daripada Darren mematikan lamunan Aurora.

Aurora berdehem perlahan. "mana ada Aurora tenung abang" dalih Aurora.

Darren mengangkat keningnya sambil menyandarkan badannya ke kerusi.

"err...abang nak minum air tak? Aurora pergi pantry luar eh buatkan air untuk abang" Aurora terus mengubah topik.

CARL DARREN: HIS AURORA || CWhere stories live. Discover now