SPECIAL CHAPTER 1

1K 29 0
                                    

Miss me?

"Abang, cepat lah sikit. Nanti lambat pula sampai ke majlis perkahwinan kawan-kawan kita tu" jerit Aurora dari bawah sambil tangannya sibuk menyusukan anak-anak kembarnya

Alhamdulillah anak-anaknya dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Kesakitan bersalin yang dirasai terus hilang sebaik sahaja mendengar suara tangisan anak-anaknya.

Yang kakak diberi nama Carla Aurika Hayz, manakala adiknya pula Carla Aureya Hayz.

Paling teruja sekali ialah Darrel. Dia amat menyayangi adik-adiknya sampaikan Darren mahu cium pun dia tidak bagi.

Apa lagi memang terus bergaduh lah dua orang tu. Yang ayah tidak reti nak mengaku kalah, yang anak pula nak menang saje. Naik pening kepala Aurora dibuatnya.

"Anak-anak tidur ke tu?" tanya Darren yang baru sahaja turun.

Aurora memandang ke arah suaminya. Bersiap punya lah lama mengalahkan perempuan. Dia yang perempuan ni pun tak adalah lama macam si Darren ni bersiap.

"Ni kenapa hensem sangat ni? Saje lah tu kan nak bagi orang terpikat dengan abang" Aurora jeling suaminya.

Haish tak boleh dia kalau orang lain melihat suaminya dalam keadaan bergitu. Nanti mesti ramai orang yang terpikat. Dia takkan benarkan perkara itu terjadi. Hanya dia sahaja yang boleh terpikat dengan Darren

"Nampak kacak ke abang pakai macam ni? Terima kasihlah atas pujian sayang tu" usik Darren. Tahulah dia bahawa isterinya cemburu.

"Abang ni! Rora cakap betul-betul ni. Dia main-main pulak"

"Kita kan nak pergi majlis perkahwinan. Takkan abang nak pakai selekeh selekeh pula. Majlis kawan kita kut. Nanti nak bergambar dah cacat gambar tu sebab abang selekeh" Darren beri alasan kukuh.

Apabila melihat isterinya diam, dia memeluk isterinya dari belakang.

"Aurora tetap nombor satu dalam hati abang. Takkan ada yang kedua, ketiga ataupun keempat dalam hati abang ni. Aurora tahu kan yang abang hanya sayangkan Cinta abang seorang ni aje"  ujar Darren ikhlas.

"Okay, I'm sorry"

"No, you don't have to be sorry to me. At least I know you loves me and that's why you're in jealousy mood"

Aurora hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata Darren. Ye, dia sayang Darren sebab itu dia cemburu.

"Dah lah, jom gerak sekarang. Nanti jammed pulak jalan" Aurora bangun dari tempat duduknya. Beg keperluan anak-anaknya juga diambil.

In case kalau anak-anaknya muntah atau ada perkara yang tak diingini berlaku.

"Boleh jalan ke tak tu sayang?" tanya Darren prihatin apabila melihat kesusahan isterinya untuk berjalan. Mungkin disebabkan Aurika yang berada dalam dakapannya.

"Boleh je" balas Aurora seraya tersenyum.

"Meh abang pimpin sayang" Baru sahaja Darren berkira-kira mahu memegang bahu Aurora, ada tangan kecil yang menghalang.

"Nope, daddy pegang Reya. Biar Arrel pegang mummy" laju sahaja tangan kecil itu menepis tangan Darren.

Darren pula pandang anak lelakinya dengan riak tak puas hati. Ada sahaja perkara yang mahu digaduhkan. Nak pegang isteri sendiri pun dah tak boleh.

CARL DARREN: HIS AURORA || CWhere stories live. Discover now