bab 15

201 6 1
                                    

"Arayyan sayang mama kan?"

"Sayang sangat-sangat!" Arayyan tersenyum sambil ketawa. Dia mendepakan tangan menunjukkan seberapa sayangnya dia kepada mamanya.

Puan Amara tersenyum manis. Dia mencubit pipi Arayyan. Geram dengan telatah comel anaknya.

Arayyan Uqashah. 5 tahun.

"Puan Amara, tuan panggil puan."

Kata seorang pekerja rumah itu. Puan Amara tersenyum kelat. Dia melihat ke arah Arayyan. Anaknya yang manis itu.

"Arayyan sayang..." Puan Amara mengusap pipi Arayyan.

"Hm?" Arayyan melihat ke arah mamanya. Sepasang mata bundar yang berwarna hijau gelap itu sungguh menawan.

"Mama kena pergi dekat papa kejap tau. Nanti mama datang balik, main dengan Arayyan. Boleh?" Tanya Puan Amara.

"Boleh!" Arayyan mengangguk laju.

Puan Amara memeluk anaknya. Satu-satunya kekuatannya dan kelemahannya. Dia mencium dahi Arayyan. Lembut. Puan Amara bangun dan berlalu pergi.

Arayyan melambai ke arah mamanya. Puan Amara melambai semula ke arah anaknya.

"Vroomm! Vroomm!" Arayyan bermain dengan kereta mainan miliknya.

Dia mendorong kereta itu untuk melajukan pergerakan kereta mainan itu. Kereta mainan itu berlalu dengan laju hingga terlepas di depan bilik kerja papanya. Arayyan berjalan mendekati bilik itu. Pintu bilik kerja papanya sedikit terbuka.

"Abang! Abang tak boleh buat macam ni dekat Ara! Abang tak boleh rampas Arayyan dari Ara! Dia hak Ara!" Puan Amara menengking sepenuh hati.

"Kau diam! Dia anak aku! Suka hati aku nak buat apa! Kau tu cuma orang yang aku gunakan." Ariez menengking semula isterinya.

Puan Amara menahan kemarahannya. Dia menggenggam tangan erat.

"Kenapa tak jadikan Afayyen sahaja sebagai pewaris!? Kenapa anak aku! Aku benci kau Ariez! Aku benci! Benci!" Puan Amara mengetuk dada Ariez.

Ariez menepis Amara sehingga jatuh. Amara jatuh terduduk. Ariez kemudian menendang isterinya itu sekuat hati. Kemudian ditampar pipi mulus isterinya itu. Dia menarik rambut Amara dengan kuat.

"Aku pun tak ingin pun buat kau jadi bini aku, Amara. Aku benci satu keturunan kau. Kau ingat kau tu siapa hah!" Semakin kuat pegangan di rambut Amara.

"S-sakit bang... Sakitlah!" Rintih Amara sayu. Amara meronta untuk dilepaskan.

"Kau tahu pun sakit?! Mari aku bagi kau rasa sakit lagi!"

Arayyan berlari mendekati mereka berdua. Dia menolak Tuan Ariez dengan kuat. Arayyan kemudian mendepakan tangan melindungi mamanya yang masih terbaring di lantai.

"Jangan pukul mama lagi! Arayyan benci papa! Arayyan benci!"

"Kau tepilah budak!" Ariez menolak Arayyan sehingga Arayyan terhantuk di bucu meja. Darah pekat ligat mengalir.

"Arayyan!" Puan Amara mendekati anaknya.

"Arayyan? Bangun Arayyan!" Puan Amara menepuk pipi Arayyan untuk menyedarkannya. Terdapat hirisan dalam di dahi anaknya.

"Kau! Kau pergi mampus! Lelaki macam kau tak layak hidup! Aku benci kau Ariez!" Puan Amara menengking sepenuh hati. Air matanya mulai keluar. Dia menumbuk Ariez dengan sekuat tenaganya.

Amarah Ariez semakin membuak.

"Kau yang patut mati, Amara." Ariez kemudian mengambil pisau di poketnya dan menikam isterinya.

Ma Darling Sweetheart's : Arayyan Uqashah ✓Where stories live. Discover now