Part 2

1.2K 42 10
                                    


Petang itu selepas solat Asar Eyra segera bersiap. Dia mengenakan blouse biru lembut bercorak bunga kecil dan dipadankan dengan seluar slack putih. Shawl berwarna biru lembut juga dililitkan ke atas kepala. Siap! Eyra memandang dirinya ke dalam cermin.

Cantiknya. Anak siapa laa ni. He he he. Nak harap orang puji macam payah, baik dia puji diri sendiri.

"Hai abang Is.." sapa Eyra sambil masuk ke dalam kereta Mazda CX5 milik abangnya itu. Segera tangannya mencapai seatbelt.

"Wow cantik-cantik nak gi mana? Abang nak bawak Eyra makan je pun." Maklumlah sudah lama tak berjumpa dengan adiknya ini, dulu-dulu serabai je budak ni.

"Biarlah. Mana tahu kot-kot terjumpa jodoh kan?" Eyra meleretkan senyuman.

Gatal. Kerja pun tak jumpa lagi sibuk nak kahwin Shahira Naydia ooi. Sempat Eyra mengutuk diri sendiri dalam hati.

"Hmm betul jugak tu. Sebab kalau cantik tapi single buat apa kan? Sendu je life. Macam Eyra sekarang."

Suka betul Iskandar menyakat adiknya itu. Kereta Iskandar meluncur keluar dari perkarangan rumahnya. Jalan raya agak sesak kerana peak hour. Waktu orang pulang dari kerja.

"Hello.. life Eyra tak sendu okay. I live my life to the fullest right now and I am happy." Balas Eyra agak berbangga dengan pencapaian hidupnya. Tapi betul ke happy?

"Good girl. Macam tu laa adik kesayangan abang."

"Eleh cakap orang, padahal dia pun sendu. Macam tak tahu abang Is tu single.." cebik Eyra. Umur dah 29 tahun pun masih single. Ibunya selalu mengadu mahu menantu dari Iskandar namun hampa, lelaki itu terlalu gilakan kerja.

"Abang Is single sebab abang Is tak nak couple. Lain tu.. itu pilihan.."

"Eyra rasa sebab abang Is workaholic sangat, perempuan mana nak. Kita nak juga masa dan perhatian, tapi kalau dah 24 jam dengan kerja. Huh. Baik tak payah bercinta." Omel Eyra pula. Matanya sudah melilau ke luar, banyak perubahan selepas dia tinggalkan negara ini.

Iskandar cuma senyum mendengar celoteh adiknya. Biasalah perempuan mana nak kalah. Jadi tadah telinga sahajalah.

.


Setelah dalam 30 minit pemanduan, mereka sampai di cafe kegemaran Eyra. Tak sangka setelah lima tahun, cafe ini masih bertahan dan dalamannya masih tidak berubah. Mereka mengambil tempat duduk di satu meja.

"Tak sangka abang Is ingat lagi Eyra suka makan kat sini."

"Mestilah. Kadang kadang abang Is singgah jugak sini, dah makanan dia sedap dik."

Eyra mengangguk faham. Betul dia suka makan dekat sini kerana makanan yang sedap dan harga yang berpatutan. Eyra mencapai buku menu di atas meja dan menilik menu menu yang ada.

"Eyra order je nak makan apa. Dua tiga jenis pun takpe. Abang Is belanja".

"Yeayy. Memang laa abang Is kena belanja, Eyra mana ada duit. Heee." kata Eyra sambil menayangkan gigi putihnya. Siapa cakap dia tiada duit? Walaupun duduk United Kingdom dia pandai cari duit sendiri tau tapi bila lagi nak paw duit abangnya kan?

.



Sedang Eyra ralit memilih menu untuk diorder, tiba tiba Iskandar disapa oleh seseorang.

"Is.." tegur seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ. Lelaki itu mengenakan kemeja biru gelap yang disinsing lengannya. Sehingga nampak urat hijau timbul di lengan.

"Eh Adam, kau buat apa sini?" Iskandar terus bangun dan menghulurkan fist bump pada lelaki itu. Sahabat baik sewaktu dia belajar lagi.

Mendengar nama itu, Eyra terus mengangkat mukanya dan terpegun sejenak lalu dia menunduk kembali. Badannya tiba-tiba mengeras dan jantung berdegup kencang.

"Aku baru habis kerja. Singgah nak tapaw je ni. Ternampak kau." Terus Adam dengan selamba tarik kerusi dan duduk.

"Ooh aku ni bawak adik aku makan sini. Kau ingat lagi tak Eyra ni? Dulu kau pernah jumpa kan masa datang rumah aku." Iskandar muncungkan mulut ke arah Eyra yang pura-pura melihat telefon.

"Ingat laa. Takkan tak ingat. Kau dua beradik je pun. Eyra sihat?" tanya Adam sambil memandang wajah gadis itu. Lama betul tak berjumpa dan gadis itu sudah dewasa. Cantik.

"Err.. sihat.. Alhamdulillah. Abang Is, Eyra nak ke ladies jap." tergagap gagap Eyra balas sapaan Adam. Eyra terus mintak izin untuk ke tandas. Dia tidak betah duduk berhadapan dengan lelaki itu.

Eyra memandang dirinya di cermin tandas. Dia cuba untuk bertenang. Sepanjang lima tahun di UK, dia ingatkan dia sudah berjaya melupakan lelaki itu namun ternyata sangkaannya salah. Baru sahaja bersua dengan lelaki itu dia sudah teringat kenangan lalu yang menyakitkan.

"Kau boleh Eyra. Kau dah move on." Ujar Eyra pada dirinya sendiri. Dia membetulkan pakaiannya dan keluar dari situ.

TBC 🌹

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MRS. ADAM [Hiatus]Where stories live. Discover now