Keistimewaan Sejak Kecil

1.2K 134 0
                                    

Abdul Mutalib sangat dihormati di seluruh jazilah Arab. Dia merupakan seorang pemimpin tertua di kalangan kaum Quraisy dan juga berkuasa ke atas Kaabah.

Sehamparan permaidani disediakan untuknya di Kaabah. Tiada sesiapa pun yang berani duduk di atasnya walaupun anak-anaknya sendiri.

Kedudukannya menjadi tauladan kepada masyarakat Arab pada ketika itu. Namun cucunya, Muhammad telah mendapat beberapa keistimewaan melebihi anak-anaknya sendiri dan cucu-cucunya yang lain.

Semasa di Kaabah, Muhammad sering berlari-lari ke arah datuknya. Memandangkan Abdul Mutalib seorang pemimpin yang disegani, dia telah dihalang oleh bapa-bapa saudaranya. Namun Abdul Mutalib melarang perbuatan mereka itu dengan berkata, "Biarkan dia duduk di sampingku."

Ini menyebabkan mereka kehairanan dan terfikir, mungkin suatu hari nanti anak itu akan menjadi pemimpin seperti datuknya.

Abdul Mutalib mempunyai beberapa sebab mengapa Muhammad begitu diistimewakan. Muhammad adalah anak yatim piatu. Ayahnya, Abdullah adalah anak Abdul Mutalib yang paling disayangi. Abdullah hampir menjadi korban nazar ketika kecilnya. Sebagai penebusnya 100 ekor unta telah disembelih sebagai gantinya.

Sewaktu Nabi Muhammad masih dalam kandungan, ayahnya pergi mengikuti suatu rombongan perdagangan menuju ke Syam. Perdagangan ini dirintis oleh Abdul Mutalib. Namun Abdullah meninggal dunia sebelum sempat pulang ke Makkah. Sebab itulah Abdul Mutalib merasa bersalah di atas kematian anaknya itu.

Kemudian ibu Nabi Muhammad, Siti Aminah pula meninggal dunia ketika dia berumur enam tahun. Kini, Abdul Mutalib lah yang menjadi pelindung dan tempat berhibur Nabi Muhammad sewaktu kecil.

Ketika usia Abdul Mutalib semakin tua, dia telah sakit kuat, Nabi Muhammad dengan sabar telah menjaga datuknya. Abdul Mutalib telah berpesan kepada anaknya supaya memelihara cucunya itu setelah pemergiannya nanti.

Abdul Mutalib meninggal dunia ketika berusia 80 tahun. Hari itu seluruh penduduk Makkah telah berkabung dan kota turut menjadi sepi.

Inilah di antara kesedihan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad sejak kecil lagi. Ianya menjadikan baginda berjiwa tabah dalam mendidiknya sebagai pemimpin yang terkemuka.

The Story Of ReligiousWhere stories live. Discover now