Chapter 7

1.6K 81 6
                                    

Bibir terukir senyuman melihat anak- anak yatim di rumah Teratak Zahrah yang sedang berkerjaran. Dia duduk di bangku berhampiran mereka semua. Mata memerhati mereka yang sedang bermain. Risau jika ada yang terjatuh cedera.

"Mama!" Dia toleh melihat siapa yang memanggil dirinya. Budak perempuan itu berlari mengampiri dirinya. Dia membuka besar tangannya. Budak perempuan itu memeluk tubuhnya.

"Iya Eryn sayang." Dia mencium pipi gebu Eryn. Eryn membalas ciuman Erika. Dia memeluk tubuh Erika erat tidak mahu dilepaskan. Sudah sekian lama dia tidak berjumpa mama kesayangannya.

"Eryn rindu mama tak?" Dia mengangguk. Bibir muncung kedepan. Erika menggomol wajah Eryn. Geram sungguh dirinya melihat kecomelan Eryn.

"Mana kakak Mia mama?" Bibir Erika muncung menunjuk keberadaan Mia. Seperti biasa Mia sedang sibuk memerhati Ustaz Firdaus di surau.

"Kakak Mia ni gatallah." pelat Eryn tapi Erika masih memahaminya. Maklumlah umurnya baharu sahaja berusia 3 tahun. Erika tertawa mendengar perlian anaknya.

"Mama balik sekejap ke lama mama?" Erika terdiam sebentar. Dia memandang anak mata anaknya dalam. Rasa rindu yang terlampau berat.

"Sorry sayang, mama balik sekejap aje. Mama ada banyak kerja. Tempat kerja mama jauh sayang. Maafkan mama." Sayu sahaja nada suara Erika. Dia turut berasa bersalah meninggalkan anaknya seorang diri di teratak ini. Bukan dia tidak mahu bawa tapi dia takut anaknya tidak kuat jalani hidup di Kuala Lumpur. Nasib bonda sudi menjaga Eryn.

Bulan lepas dia datang kerana ingin melawat anaknya namun anaknya tiada disitu. Salah seorang perkerja Puan Sumayyah membawa Eryn keluar bercuti. Jadi kerana itu dia berasa amat rindu kepada buah hatinya.

Eryn Alissa anak kandungnya. Dia pernah berkahwin beberapa tahun lepas namun perkahwinannya hanya sementara. Suaminya pergi menghadap ilahi sewaktu dia sedang mengandungkan Eryn. Bonda yang sudi menemaninya. Bonda juga yang menyuruh dirinya meninggalkan Eryn disitu.

"Tak apa. Mama kan work. Ayin ayang mama tau." Erika tertawa mendengar pelat anaknya. Dia mencubit geram pipi tembam anaknya. Eryn monyok kedepan. Dia memeluk tubuh seperti orang merajuk.

"Mama akit tau." Dia memegang pipinya yang sudah memerah itu.

"Sorry sayang mama. Siapa suruh comel sangat?"

"Mama nak main dekat ana oyeh?" Erika mengangguk. Pantas Eryn berlari menuju ke arah kanak-kanak lain. Erika tertawa kecil melihat badan montel anaknya yang sedang berlari. Nasib dia manusia. Kalau tidak anaknya sudah lama dia makan.

"Erika!" seru Mia. Dia menghampiri Erika dengan wajah pucat. Tadi okay sahaja mengapa tiba-tiba bertukar pucat. Nampak hantu ke apa.

"Kau kenapa Mia? Pucat semacam aje muka tu." Pelipis Erika berkerut melihat wajah Mia.

"Tak ada apa-apa." Erika memandang hairan wajah Mia. Dia tersenyum miring. Sekarang dia tahu mengapa wajah Mia berubah pucat.

"Ustaz Firdaus nampak kau tengah intai dia kan Mia?" Pantas Mia menggeleng. Habis kantoi rahsia dirinya.

"Habistu kenapa muka kau pucat?"

"Mana ada pucat. Kau salah nampak kot. Ni mana Eryn? Aku rindu dia ni." Erika menjeling Mia.

"Ada tu dekat sana. Tangah main." Dia menunjuk dimana keberadaan Eryn.

"Badan montel tu ke?" Erika mencubit lengan Mia. Suka hati sahaja memanggil anaknya montel. Dia sahaja boleh.

"Erika Elvina sakitlah!."

"Nasib kau kawan aku kalau tak dah lama aku goreng kau." Dia menjeling Mia yang sedang tersengih tidak bersalah. Dia berlari anak menuju ke arah Eryn yang sedang sibuk bermain dengan rakan-rakan yang lain.

EMIR EIDRIS | CompleteWhere stories live. Discover now