04 :: Okay kot?

70 7 0
                                    


"Ha macam mana bro dengan babysitter yang aku cadangkan tu?" soal Jeonghan dengan semangat. Kopi disediakan untuk Joshua.

"Not bad but tak ada yang istimewa"

"Ala okay la tu kan? Bolehlah dia jaga Yeseol kan?"

"Entah"

Jeonghan membuat muka mendengar jawapan acuh tak acuh dari Joshua.

"Aku cakap dekat dia yang dia jaga Yeseol tu satu hari je, lepas kau dah boleh terima dia untuk jaga Yeseol baru aku suruh dia kerja fulltime"

"Oh ye ke, takpelah nanti aku cakap kat dia sendiri"

Joshua mencapai kertas kerjanya.

"Cakap apa? Ha! Kau terima dia kerjalah ni kan?"

"Nope, aku tak percayakan dia"

"Dah tu?"

"Aku nak pecat dia.."

•••

Nafas ditarik sedalam dalam yang mungkin. Haemin memulakan kerja pertamanya dengan bermain masak - masak dengan Yeseol. Setelah itu  Haemin mengajak Yeseol mandi, oleh kerana Yeseol tahu mandi sendiri, Haemin berada didapur untuk memasak sarapan untuk Yeseol. Setelah selesai memasak, Haemin menyediakan baju Yeseol dan membantu Yeseol memakaikan baju.

"Pandainya Yeseol ni, baru nak masuk 5 tahun Yeseol dah tak pakai diaper... Pandailah Yeseol ni" puji Haemin.

"Yalah, daddy kata tahun depan Yeseol kena pergi sekolah jadi Yeseol kenalah belajar berdikari" Yeseol membuat muka berlagak.

Haemin ketawa mendengar jawapan Yeseol.

"Okaylah Yeseol, sekarang kita pergi sarapan lepastu kakak bawa Yeseol jalan - jalan nak?"

"Nak nak!"

•••

Joshua membuka pintu pejabat Jeonghan. Jeonghan yang sedang membuat kerjanya memandang Joshua.

"Kau nak apa Josh?" soal Jeonghan sambil tangannya tidak berhenti menaip dan matanya memandang Joshua.

"Ada nombor babysitter baru tu tak? Aku lupa nak ambil nombor dia pagi tadi" pinta Joshua, tangannya mengaru kepalanya yang tidak gatal. Nanti Jeonghan ingat dia minta nombor saja saja pula.

"Ah ada, kau ni pelupa je... Kejap lagi aku hantar dekat whatsapp.. kau kata kau nak pecat dia kan? Nanti aku cari pengganti baru"

"Ah okay okay" Joshua berlalu keluar dari pejabat Jeonghan. Joshua mahu menuju ke pejabatnya tetapi suara seorang gadis yang agak sedikit gedik kedengaran. Lekas - lekas Joshua menyorok dalam bilik air. Itu sudah pasti Jung Eunbi.

Jung Eunbi merupakan sahabat baik Joshua yang menganggap Joshua lebih dari sahabat tetapi Joshua pula tidak mempunyai perasaan yang special kepada gadis itu. Setelah Eunbi menyatakan perasaannya pada Joshua, Joshua terpaksa menolak kerana memang Joshua tiada hati pada Eunbi. Tetapi Eunbi tidak mengalah dan tetap mengejar Joshua.

"Bro, Eunbi cari kau tadi tapi aku cakap kau pergi site"

"Thankyou brother, jangan dia cari aku dekat site sudah..." Joshua menepuk bahu rakannya Seungcheol.

"No problem" Seungcheol berlalu pergi menyambung kerjanya.

Joshua menarik nafas lega. Bukannya dia tidak mahu bertemu dengan Eunbi tapi dia tak nak menyakiti perasaan Eunbi lagi. Joshua tidak mahu Eunbi berharap.

Joshua masuk ke dalam pejabatnya. Whatsapp dari Jeonghan dibuka. Terus nombor Haemin disimpan di telefonnya. Nombor itu ditekan tombol panggilan.

Jeon Haemin
+010287197××

"Haluu haluu haluu Haemin is speaking"

Joshua kembali memandang skrin. Betul ke Haemin ni?

"Haloo, hantu bercakap ke ni"

"Emm, Haemin.. ni aku Joshua"

"Ahh Tuan Joshua rupanya.. ada apa tuan?"

"Yeseol macam mana?"

"Dia selamat je Tuan Joshua, dia dah sarapan, dah mandi.. susu dia pun saya dah siapkan, dan saya langsung tak ada bagi dia makan kacang, makanan ringan dan coklat"

"Bagus, tengah hari ni aku balik kau boleh balik sekejap tapi sampai pukul 2 je, lepas pukul 2 datang balik faham"

"Okay boss!!"

"Saya nak cakap dengan Yeseol"

"Yeseol sayang.."

Joshua terpana mendengar suara Haemin memanggil Yeseol. Suara Haemin sama seperti bekas isterinya, Song Haerim.

"Sayang.. daddy nak cakap dengan Yeseol la"

"Tak nak Yeseol nak tengok tv"

"Ah takpelah Haemin, biar dia tengok tv... Jaga Yeseol baik - baik, aku kena kerja balik ni"

"Aip aip captain Joshua!"

Panggilan dimatikan. Joshua ketawa. Comel pula dengar suara Haemin.

Aik... Joshua

Kau suka sangat apahal?

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now