21 :: Pening

60 4 2
                                    

"Joshua, em maksud saya tuan.. Saya balik dulu la ye" ucap Haemin dengan lembut sambil mengemas begnya.

"Nak aku hantar?"

"Tak perlu, susahkan tuan je.. Tuan jaga Yeseol ni, saya boleh balik naik teksi"

Joshua memandang Seungcheol yang sedang mengusap usap pipi Yeseol.

"Seungcheol, kau nak balik dah kan?"

"Haah, sekejap lagi aku baliklah.. Bini tunggu dekat rumah"

"Sejak bila kau ada bini hanat"

Seungcheol dan Joshua ketawa. Haemin nak turut ketawa tapi malu. Hoho, nanti menyemak pula.

"Tumpangkan Haemin"

"Ehh tak payah" segera Haemin membantah.

"Takpe Haemin, saya boleh hantar awak balik" kata Seungcheol.

"Saya tak mahu menyusahkan sesiapa, it's okay saya boleh balik sendiri" dengan pantas Haemin mengucup pipi Yeseol.

"Saya pergi dulu"

Haemin terus berlalu pergi seperti peleset.

"Wuish laju mat"

"Hmm degil"

Joshua mengelengkan kepalanya. Datang hospital tadi naik dengannya terpaksalah gadis itu naik bas. Nak dihantar sudah ditolak.

Haemin menarik nafas lega. Nasiblah Joshua tak kejar ke apa.

Tiba - tiba kepalanya rasa sakit. Pening semacam.

Ting!

Tuan Bossku Sayang 💕
Hati - hati bakal isteri saya..

Pipi Haemin memerah malu.

Haemin berfikir sejernak sebelum menghantar tanpa sedari, tangannya tertekan send.

Me
Aip aip captain bakal suami

Mahu sahaja Haemin menjerit. Dia mahu padam mesej itu namun Joshua lagi cepat baca.

"Aaaaa!!!" Jeritan terlepas jua.

Semua orang memandangnya.

Haemin tersengih dan berjalan laju menuju ke bustop.

Malu anjai.

Kepalanya berdenyut denyut kembali. Jantungya berdegup laju. Pernafasnya tersekat. Perutnya berbunyi menandakan perutnya kosong. Dahi sudah menitik di dahi.

Haemin mengadu kesakitan dan memegang perutnya.

Ya tuhan, sakitnya..

Pandangan mata Haemin semakin lama semakin gelap.

Bukkk.

Badannya jatuh.

"Cik.. Cik..."

•••

"Tadi aku suruh tumpang Seungcheol taknak, nasib ada manusia baik tolong kau" bebel Joshua. Haemin tersengih dan berjalan lemah ke kereta Joshua.

Dia dibantu oleh seorang lelaki muda dan dibawa ke hospital.

"Takde apalah tuan, tadi saya tak makan sebab itulah saya pengsan"

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now