The Bride|01

115 2 0
                                    


⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

'Qifeng, bayangan merayap tanpa bau, tajam seperti pedang, bergerak sehalus bayu.'

Qifeng adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk melatih sekumpulan pembunuh upahan terbaik di Kerajaan Xianle. Nama Qī Fēng adalah diambil dari bahasa Mandarin,七峰  yang bermaksud 'Seven Peaks' ataupun 'Tujuh Puncak'. Tujuh puncak di sini merujuk kepada tujuh kelas pembunuh upahan yang ada di Qifeng.

Kelas paling bawah adalah Qian sementara kelas kedua dan ketiga masing masing dipanggil Li dan Si. Kelas keempat adalah Han. Sementara tiga kelas tertinggi adalah Yuo, Ran dan Wu.

Qian, Li, Si, Han, Yuo, Ran dan Wu.

Masing masing dari kelas ini memiliki seorang guru. Qian Lang adalah guru bagi kelas Qian dan memiliki pelatih sebanyak 20 orang. Li Lang adalah guru kelas Li dengan pelatih sebanyak 8 orang. Si Lang adalah guru untuk kelas Si dan begitulah seterusnya. Tingkat Si dan Han mempunyai pelatih di jumlah yang sama iaitu 3 orang.Yuo dan Ran pula masing masing memiliki 2 dan 1 pelatih sahaja.

Antara ketujuh tujuh kelas ini, hanya ada satu kelas  sahaja yang tidak mempunyai anak murid. Wu. Gelar Wu hanya dimiliki oleh seorang wanita yang dipanggil Wu Lang. Wu Lang menjadi orang kanan sekaligus orang kepercayaan ketua Qifeng.

Melihat dari jumlah pelatih yang berjaya memasuki tingkat kelas ini, dapat disimpulkan bahawa ujian dan penilaian yang akan mereka lalui untuk memasuki kelas sangat sukar. semakin tinggi kelas itu, semakin sukar ujian yang mereka tempuhi.

Kewujudan organisasi ini diketahui oleh seluruh penduduk kerajaan Xianle. Namun, keberadaan dan cara kerja mereka sangat sangat dirahsiakan hingga tiada sesiapa pun yang tahu di mana mereka tinggal serta bagaimana rupa paras dan penampilan setiap ahli Qifeng.

Qifeng bermusuhan dengan seluruh keluarga besar yang menjadi ketua di setiap daerah atau pergunungan. Ramai pihak yang mencuba untuk mengesan keberadaan mereka namun semuanya gagal.

Untuk menjadi salah seorang ahli Qifeng bukanlah mudah. Semua ahli Qifeng tidak mempunyai riwayat hidup di kerajaan itu. Nama, tanggal lahir serta keluarga.. kebanyakan dari mereka tidak mempunyainya.

•◍✧*。

Di dalam kegelapan malam, Kediaman Kim terdengar sunyi memandangkan hampir semua penghuni di rumah itu sudah terlelap. Semua merasa letih setelah seharian bekerja untuk menjayakan sebuah acara besar besaran untuk mendoakan dan merayakan cik muda di keluarga itu, Kim Winter yang akan berangkat ke Kediaman Na di puncak Gunung Wuming.

Di dalam bilik tidur cik muda Winter, gadis itu tidur dengan nyaman di atas katil sambil berselimutkan kain tebal berwarna putih dengan sulaman bunga berwarna pink putih di bahagian hujung selimutnya.

The Bride [AespaxNctDream]Where stories live. Discover now