The Bride|30

24 3 0
                                    


⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

"tuan muda.. kamu.." tetua Lee terkejut melihat kehadiran Jaemin dengan pedang baru yang di tangannya. itu adalah pedang baru yang ditempa Jaemin semasa ujian ketiganya.

"kamu sudah lulus ujian pemimpin?"

"ya."

Lee Haechan terkejut. dia memandang Lee Jeno yang nampak tenang.

Ketiga tiga Tetua tersenyum saat mendapat khabar gembira itu. Akhirnya, Kediaman Na tidak perlu beroperasi tanpa pemimpin lagi.

"tuan pemimpin, tahniah. kami... bersedia mematuhi arahan dan membantu tuan pemimpin menjaga Gunung Wuming." Tetua Lee menyatukan tangannya ke hadapan sambil tunduk diikuti dengan Tetua Mark dan Tetua Ning.

Na Jaemin melirik ke arah Lee Jeno dan Lee Haechan yang masih berdiri tegak. Lee Jeno diam beberapa saat sebelum akhirnya melutut dengan satu kaki.

"tuan pemimpin." ujarnya sambil tunduk hormat.

Sementara Lee Haechan menarik nafas dalam dan mengikuti gerak geri abangnya tanpa rela. matanya merah dan dia hanya mampu memandang lantai dengan penuh ketidakadilan di hati.

"terima kasih. saya juga harapkan tunjuk ajar dan kerjasama dari kamu semua. Para tetua, apa yang sedang kamu bincangkan?"tanya Jaemin.

Lee Jeno dan Lee Haechan bangun semula. begitu juga dengan tetua lainnya.

"saya sudah menemukan jawapan tentang pembunuhan yang berlaku. ka- tuan pemimpin mesti sudah mendengar dari Tetua Ning tentang kejadian pembunuhan manajer Hua yang dilakukan oleh cik muda Karina..kan?" tanya Jeno dengan serius.

"ya.."

Lee Jeno pun menceritakan dengan lebih detail tentang hal yang terjadi termasuk dengan identiti sebenar Karina. sementara Lee Haechan sedari tadi hanya diam membisu. hatinya masih tidak dapat menerima kenyataan lagi.

"dan Haechan sudah meneliti tentang racun Xian Chen yang digunakan untuk membunuh Tetua Na dan sepupu pertama." Jeno memandang Haechan dan memintanya untuk menjelaskan.

Haechan menarik nafasnya untuk menenangkan dirinya sebelum memberikan penjelasan.

"saya sudah menghantar penyelidik untuk mencari tahu tentang semua pembeli yang pernah membeli racun ini di luar gunung Wuming. tepat di perbatasan gunung, ada sebuah pasar gelap yang menjual racun ini." semua orang mendengar penjelasan Haechan dengan saksama.

"kami menemui nama manajer Hua di dalam senarai pembeli racun ini. di dalam rekod itu, manajer Hua sendiri yang membeli ubat itu seminggu sebelum menggunakannya. dan racun Xian Chen ini juga ada pada mayat Tetua Ning."

"tapi kamu tak laporkannya pada kami masa tu.."tanya Tetua Ning.

"masa tu, manajer Hua sendiri yang meneliti jasad tetua. saya menemui rekod asli penelitian itu di rumah manajer Hua yang sudah ditinggalkan." jawab Haechan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Bride [AespaxNctDream]Where stories live. Discover now