The Bride|22

10 1 0
                                    

⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

Kim Winter, Na Jaemin, Tetua Mark, Puan Aeri dan tuan muda Chenle duduk di meja sambil menikmati kuih dan teh yang sudah dibuat oleh Puan Aeri sebelumnya.

"saya tak sangka yang tuan pemimpin akan meneruskan ujian ini secepat ini."ujar Chenle

"bukan saya yang nak. kalau buat sebab Lee Jeno yang tetapkan tempoh masa, mungkin saya akan tinggal di kediaman lebih lama lagi." Jaemin mengeluh.

"saya belum sempat ucapkan tahniah atas kelulusan tuan pemimpin untuk ujian pertama ini. walaupun... sudahlah.. yang penting sekarang tuan pemimpin dah kembali ke sini."ujar Mark.

"terima kasih.."

Mark memandang isterinya seolah olah sedang memberikan suatu isyarat. Aeri terus tersenyum dan berdiri.

"cik muda, mari.. kita berbual di belakang." ajaknya.

"ohh. baiklah.."

setelah dua wanita itu meninggalkan meja, barulah Mark mengeluarkan sebuah buku berwarna putih.

"saya ingatkan buku teknik Pedang Salju yang dikatakan kamu hanyalah auta semata mata."

"untuk apa kami menipu."

"setelah mempelajari teknik ini, kekuatan dalaman tuan pemimpin akan meningkat lebih cepat dari orang lain. seberapa lama tuan pemimpin akan mempelajari teknik ini, itu semua bergantung pada tekad tuan pemimpin."

"tuan Mark."tegur seseorang dari tangga rumah mereka. saat Mark dan Jaemin menoleh, ternyata di sana ada seorang gadis yang berdiri dengan membawa sebekas makanan di tangannya.

"cik muda Yun.." Mark terus berdiri dan berjalan ke arahnya.

cik muda itu tersenyum manis memandang Jaemin sebelum berbual dengan Mark. beberapa minit kemudian, Mark pun dtanag kembali ke meja mereka dengan bekas makanan itu.

"Tetua, dia siapa?"tanya Jaemin ingin tahu.

"cik muda Yun Xiao. kekasih Tetua Ning."

"kekasih?" Mark tersenyum sambil mengangguk.

"nampaknya semua penduduk di Gunung Salju memiliki rupa paras yang indah indah."puji Jaemin.

"siapa lagi cantik? cik muda Yunxiao atau cik muda Winter?"

"di mata saya, sudah tentu cik muda Winter lebih cantik."

•◍✧*。

Winter dibawa ke halaman belakang. mereka berdua berdiri di pondok kecil yang berada betul betul di atas tasik yang dikelilingi dengan salju. diatas permukaan tasik itu ada banyak teratai yang tumbuh dengan mekar walaupun cuaca terlalu dingin dan mencengkam.

"langit merah berubah biru..."tiba tiba sahaja Aeri mengatakan hal itu membuatkan Winter memandangnya terkejut.

"Qifeng bertindak semua membisu.." jawab Aeri.

The Bride [AespaxNctDream]Where stories live. Discover now