The Bride|09

20 2 0
                                    


⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⁕↝⟬The Bride⟭↜⁕

Suasana di kediaman Na sudah kembali seperti sedia kala. Pagi pagi lagi, terdengar suara pelayan menyapu salji yang menutupi jalan kediaman. Karina sedang meminum teh bunga saat terdengar bunyi pintu biliknya dibuka seseorang. Tanpa menoleh, dia tahu siapa gerangan yang menemuinya pagi pagi itu.

"awak nak teh?"

Winter duduk di hadapan Karina. Masing masing memakai hanfu putih. Ketika dihidangkan secawan teh, Winter tidak menyentuh langsung cawan itu. Hanya melihat dengan penuh curiga.

"Cik muda, awak terlalu banyak berfikir. Ini hanyalah teh bunga biasa."ujarnya sambil tersenyum. Saat itu, barulah Winter berani menghirup teh itu.

Winter sudah lama menyimpan rasa ragu terhadap identiti Karina. semua gerak gerinya nampak mencurigakan.

"Langit merah berubah biru."

"Qifeng bertindak semua membisu." balas Karina sambil menatap Winter. Itu adalah kod rahsia Qifeng.

"Jadi kamulah anak buah yang dihantar Ran Lang."

"tepat sekali"

Di bawah cahaya matahari pagi, Karina nampak sopan dengan ekspresi wajahnya yang polos. Namun kepolosan yang ditunjukkan gadis itu justeru membuatkan Winter sedikit gerun dengannya. Ran adalah tingkat kedua tertinggi di Qifeng. Mereka lebih berbahaya dari seekor harimau dan lebih licik dari seekor ular. 

"Aku tak menyangka yang Qifeng akan menghantar Ran ke sini."

"mereka bahkan menghantar Qian ke sini, kenapa tak boleh menghantar Ran?"

"cik muda Hera, cik muda Sejeong dan cik muda Sungkyung adalah Qian?"Karina menggeleng.

"Hera adalah Qian. Sejeong adalah Li. Sedangkan Sungkyung.."

"Dia tiada kaitan dengan Qifeng."sambung Karina.

"Jadi, kau yang-"

"Dia meminum air dari cawan kau. jadi kau yang bunuh dia, bukan aku."

"Tapi aku tak sentuh dua orang lainnya." dua orang lainnya di sini merujuk kepada tetua Na dan Na Jihoon.

"Tentang hal itu, aku pun tak tahu." Dahi Winter berkerut.

"macam mana cik muda Sungkyung boleh ditemukan bersama mereka? Kematiannya hanya kita berdua yang tahu."

"Sudah jelas ada pihak yang jadikan kita sebagai kambing hitam di sini."

Winter diam sahaja. Dia tidak dapat memikirkan siapa pihak yang dimaksudkan Karina. Namun, hal ini sudah berlalu jadi dia tidak ingin memikirkannya lagi.

"Aku ke sini hanya ingin berterima kasih untuk malam itu. kalau kau tak menahan cik muda Sungkyung dari tidur awal, mungkin lebih sukar untukku membunuhnya." ujar Winter.

The Bride [AespaxNctDream]Where stories live. Discover now