Bab Tiga Puluh Empat 🦋

584 28 5
                                    

I give you a mercy.

Itu yang Faiq selalu cakap bila akan membunuh seseorang.

Tangannya bergetar ingin memotong saluran itu. Namun, dia buat juga.

Sebaik saja sudah dipotong, pisau itu dia arahkan ke leher Adeena.

BUGH BUGH!

"SIAL!"

Terus terjatuh pisau yang dipegang Faiq apabila pintu bilik air digegar hebat oleh Aieman. Faiq mengeluh mendengar nya. Patutnya dia bunuh tadi.

Dia melihat Adeena bergerak-gerak. Tak lupa juga dia cabut alat bantuan yang membantu Adeena bernafas dan segera dia membuka tingkap.

Faiq menarik tangan Adeena dan dia goreskan pisau hingga keluar darah. Selepas itu, segera dia keluar dari bilik. Tingkap ditutup rapat. Walau agak berbahaya, namun masih ada jalan untuk Faiq.

Pintu bilik air itu digegar kuat oleh Aieman. Tak henti-henti carutan dikeluarkannya kerana pintu itu tak terbuka jua. Rasa geram menyelimuti diri nya.

Tit..tit..

Teet! Teet!

Aieman mendengar dari dalam ia berbunyi dengan kuat. Rasa gelisah, marah menjadi satu. Dia sekali lagi menghentak pintu itu dengan kuat.

BUGH!

Terbuka!

Segera Aieman berlari ke katil Adeena . Dia menekan button yang ada di tepi katil untuk memanggil doktor lalu memakaikan kembali alat bantuan penafasan Adeena.

Nadi nya menurun dratis, detak jantung nya hilang muncul membuat Aieman makin cemas.

"Argh! Apa aku patut buat?!"

"Adeena! Ya allah, abang patut buat apa, Adeena.. tolonglah bertahan.."

Mulutnya membaca doa menenangkan hati nya dan tangan nya mencapai tangan Adeena yang makin lama makin sejuk.

"Kenapa dengan Cik Adeena?!" Doktor dan nurse datang dengan tergesa-gesa.

Ya Allah.. biarkan aku dengar panggilan abang dari mulut adik aku..

Aku merayu..

Derapan kaki nya berjalan cepat apabila ia melirik ke jam tangan yang melekat di tangan kiri nya.

Helaan nafas kasar dihembus dan langkah kakinya makin cepat bergerak. Berulang kali didalam fikiran nya, dia menyalahkan diri sendiri kerana tertidur di rumah disaat mengambil pakaian nya dan Adeena serta keperluan lainnya.

Lama juga dia tertidur sebab masa sedar jam sudah menunjukkan pukul 5.40 petang.

Sedang leka dia berjalan, mata nya menangkap sesosok badan yang terlihat familiar berjalan ke arah nya. Dia berdiri di tempat dan memerhati sekali lagi.

"Deena?" Dia bergumam melihat sesosok yang mirip seperti Adeena laju mendekat. Namun, dia sedar isteri nya sedang dalam rawatan. Tak mungkin..

Apabila orang itu akan melintasi dirinya, dia menegur dengan suara lembut. Siapa tahu tu betul-betul Adeena?

"Adeena? Bukan awak tak boleh jalan lagi ke? Kenapa boleh.."

Orang yang serupa dengan Adeena menoleh dan memandang nya. Ryu mengerut.

"Dina?" Sekali tengok depan-depan dengan jelas, dia langsung tahu. Itu Aedina, adik kembar istri nya, Adeena.

"Eh, awak.. buat apa kat sini.." Dina tersenyum manis memandang Ryu. Perlahan dia mendekatkan ke arah lelaki yang sepatutnya sekarang berstatus abang ipar nya.

"Tak ada apa. Aku pergi dulu." Ryu tak ingin membuang masa berbual dengan adik kembar istri nya ini.

Langkah besar dia ambil berlalu pergi. Namun baru dua langkah, Aedina telah menahan diri nya dengan menarik baju nya.

"Dah kenapa?"

Ryu bertanya tanpa memandang wajah itu. Aedina menarik nafas panjang lalu hembuskannya pelan. Aedina memandang wajah Ryu. Memang dari awal, Dina kagum dengan Ryu. Hensem dia bukan biasa biasa mat.

Tapi, setan mana yang rasuk Dina masa tu sampai dia boleh fikir untuk lari dari hari perkhawinan nya. Tau tau dah khawin lain dah Ryu ni. Sodeh!

"Awak marah sangat ke sampai tak nak tengok muka saya ni?"

"Hah, fikir pakai kepala otak kau."

Ryu tak buang masa, apa lagi. Cau lah!

Aedina diam memandang Ryu yang berlalu pergi. Marah sangat ke aku lari?

Ryu memukul mukul bahagian yang Aedina sentuh tadi seolah ada kotoran disana. Dia tiba di hadapan pintu bilik Adeena. Baru saja dia ingin buka namun pergerakan nya diberhentikan oleh Aieman. Tak sedar pula dia ada abang ipar kat situ.

Aieman duduk di tempat menunggu dengan wajah kusut nya. Ryu bingung dan segera duduk disamping Aieman.

"Kusut semacam. Asal tak duk dalam?"

"Ni salah aku. Patutnye aku.." Aieman tercekat cekat nak bercakap. Ryu langsung berdiri dan nak masuk ke dalam bilik.

"Tak boleh. Doktor tengah handle Deena.."

"Eman! Kau cakap boleh jaga?" Hilang hormatnya kepada Aieman bila tahu Adeena dalam bahaya. Dia menarik Aieman untuk berdiri dan mencengkam baju Aieman.

"Kau cakap betul-betul lah!"

"Aku kena kurung, Ryu! Aku dengar detak jantung Deena menurun tapi aku kena kurung! Kau nak suruh aku buat apa dalam keadaan macam tu?!"

Ryu diam memandang Aieman yang terikut emosi. Hanya mereka berdua disana tanpa adanya yang meleraikan.  Nurse yang ada pun tengok saja tak buat apa-apa. Kalau masuk campur teruk juga dia yang kena nantinya.

Ryu melepaskan cengkaman nya dari Aieman dan nafasnya dihembus kasar. Aieman berulang kali meminta maaf padanya kerana lalai namun Ryu diam saja. Kepalanya dah serabut fikir siapa dalang yang mengurung Aieman dan buat benda yang tak berhati perut macam tu ke Adeena. Entah apa pasal banyak sangat tak suka dengan kehadiran Adeena. 

Patutnya dia tak tinggalkan istri nya seorang diri macam tu. Patutnya aku yang kena jaganya. Aku gagal sebagai suami.

"Nak bagitahu ibu?" Aieman bertanya. Ya memanglah Puan Julia buang anak nya ke tempat yatim dan ditinggal kan macam tu saja tapi Julia tetap seorang ibu yang perlu tahu keadaan anaknya. Walaupun tak sudi nak tahu pun, kena ambil tahu juga.

"Happy lah mak kau kan." 

Aieman tahu Ryu kesal dengan kedua orang tua nya jadi dia tak marah apabila Ryu berkata begitu tentang ibu nya. Dia pun rasa kecewa dan naik angin dengan mak bapak dia. Hati manusia memang tak boleh disangka.

Pintu bilik Adeena terbuka dan keluarlah para nurse yang masuk beramai dengan beberapa doktor. Seorang doktor lelaki yang boleh juga smart penampilan nya keluar dan membuka mask yang menutup wajah nya. Boleh juga muka doktor ni. 

"Dengan keluarga Cik Adeena?" 

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now