CHAPTER 23

134 7 26
                                    

Di chapter sebelum ini Ali yang sedang melakukan push-up ketika di malam hari di kejutkan oleh kesedaran nya yang ditarik masuk ke dalam sebuah dunia gelap dimana ia berlaku tepat ketika peribadinya yang lain menyebut nama dewa yang disembah keluarganya dan saat Ali berada di dunia yang gelap gelita itu ia tiba-tiba

Dikejutkan dengan cahaya yang bersinar diikuti dengan kemunculan sosok lelaki yang memiliki mata kanan yang berwarna biru dan Ali yang sebenarnya tidak mengenali lelaki itu entah kenapa ia tiba-tiba memanggil nama lelaki itu dengan sebutan Alan

Selepas Ali sedar ia tak tahu langsung apa yang baru saja terjadi kepadanya lalu berapa hari kemudian ujian kedua untuk sekolah Ali di mulakan Ali bersama Noelle dan Alice menjadi satu pasukan dan kini ujian kedua mereka dimulakan dan sekarang mereka Tengah menghadapi Beast Class atas yang perlu mereka lawan sambil kumpulkan point sebanyak mungkin

"Hup! Jaga-jaga dekat belakang kamu Noelle~"

Ali yang terapung ke udara dengan sihir angin dan melancarkan serangan sihir cakera angin ke arah Beast serigala putih yang ingin menerkam Noelle dari belakang saat dirinya terleka dengan Beast yang bergerak ke arahnya lalu Noelle berkata

"Ah terima kasih abang"

Noelle berterima kasih kepada Ali dan sambung serang Beast serigala putih yang didepan mereka semua lalu Ali yang terbang di udara cuba bantu Alice dan Noelle menggunakan serangan sihir angin yang simple kemudian 5 minit berlalu dan ada lebih 25 Beast serigala putih yang berjaya mereke bertiga kalahkan

"Fuhh banyak juga tapi tak sangka betul Beast ni semua keras dan laju berbeza dari ujian pertama"

Kata Ali yang memeriksa point yang ia perolehi melalui jam tangannya lalu Alice yang lap peluhnya berkata

"Ye lagipun memang ujian kedua ni susah sikit Aku tak tahu berapa banyak yang ada tapi ujian kedua ni dikatakan ada Raja Beast yang sangat bahaya dan menakutkan"

"Raja Beast?"

Tiba-tiba bunyi guruh yang kuat di dalam dunia digital itu dan Noelle yang terkejut langsung merapat ke Ali sambil memegang lengan Ali dan melihat ke arah langit yang mendung

"Raja Beast eh? Macam ular tu ke"

"Yup tapi aku dengar raja Beast dekat ujian ni tertidur jadi kita dapat bergerak tanpa perlu risau kalau ada raja Beast yang muncul macam sebelum sebab raja Beast dekat sini dah tertidur lama Jadi jangan risau"

Kata Alice sambil senyum dan Ali hanya angguk faham sambil ia memikirkan sesuatu lalu terdengar bunyi Raungan Beast yang kuat dan mereka bertiga serentak melihat ke arah bunyi Raungan Beast itu

"Suara tu .... Pasti Beast Class Rare!"

Kata Noelle dengan raut wajah yang teruja lalu Ali memandang ke arah Alice sebagai tanda ia ingin tahu apa maksud Beast Class Rare itu tapi Alice dengan cepat tarik tangan Ali dan kata

"Mari kita bunuh dia cepat! Nanti kita dapat 50 point! Mari Ali Noelle!"

"Huh? Oh o-okey"

"Yeay! Mari!"

Ali Alice dan Noelle bergerak bersama ke arah suara Raungan Beast Class Rare yang terdengar sangat kuat itu hinggakan burung-burung terbang ke langit kerana mendengar raungan itu setelah mereka bertiga berlari agak lama mereka pun tiba di kawasan lapang yang perlihatkan Beast Serigala merah yang bertarung dengan Beast berubah hitam yang besar dengan cakar yang menakutkan

"Ah! Itu Serigala merah! Beast Rare yang paling susah nak dapat!"

Kata Noelle dengan semangat dan teruja sambil mereka bertiga sembunyi diatas pokok untuk lihat situasi yang sedang berlaku di depan mereka sekarang lalu Ali menepuk kepala Noelle dan ia tanya kepada Alice

ALI......YANG..... DIKHIANATI 2Where stories live. Discover now